Merancang untuk bekerja sepenuh masa dari rumah atau dah memang pun memegang jawatan Surirumah Berprofession macam saya? Saya kongsikan 20 tips kekal produktif bekerja dari rumah supaya taklah nanti kita terpesong dari matlamat asal bekerja dari rumah ni kan..

Mengambil keputusan untuk bersara daripada kerja makan gaji dan bidang perhotelan yang telah saya ceburi selama lebih 17 tahun dan melangkah ke dunia bisnes sepenuh masa dari rumah bukan sesuatu yang mudah. Ianya suatu keputusan besar dalam hidup saya. Cabarannya lebih hebat tetapi saya nekad untuk meneruskan perjuangan saya dalam membina legasi bisnes saya bersama Shaklee.

Perubahan waktu kerja, tempat kerja dan persekitaran pastinya membuatkan saya kekok. Saya sendiri masih belajar untuk menyesuaikan diri, tetapi ada tips yang ingin saya kongsikan untuk kekal produktif jika anda sudah atau merancang untuk berhenti kerja makan gaji dan bekerja sepenuh masa dari rumah.

 

20 TIPS KEKAL PRODUKTIF BEKERJA DARI RUMAH:

 

1) Bermula awal

Mulakan kerja lebih awal sebab apabila kita terbiasa melengahkan masa, lama kelamaan pasti tugasan yang sepatutnya dibereskan akan tertangguh atau tidak dibuat langsung.

 

2) Buat seperti anda ingin pergi ke pejabat.

Bersiap seperti anda ingin pergi ke pejabat. Mungkin bukan dengan memakai full suit, tapi sekurang-kurangnya pakailah pakaian yang rapi. Jika tidak, ada akan jadi tidak bersemangat untuk bekerja atau hanya akan menghabiskan masa dengan menonton TV & tidur saja di rumah.

 

3) Atur hari anda seperti kerja di pejabat.

Buat jadual atau TO DO LIST sama seperti anda bekerja di pejabat dulu. Dengan cara ini, anda akan lebih fokus, produktif dan tugasan dapat diselesaikan dengan lebih teratur mengikut kepentingan dan keperluan. Masukkan juga senarai kerja-kerja rumah dalam TO DO LIST anda supaya tidaklah nanti anda terlupa masak atau terlupa mengambil anak dari sekolah.

 

4) Sediakan ruang kerja yang sesuai.

Anda perlukan ruang kerja yang sesuai. Cukuplah sekadar ada meja dan kerusi yang sesuai, plug elektrik untuk laptop. Jangan buat kerja atau cuba menaip dengan laptop di atas riba dan anda berbaring di katil. Anda akan mudah hilang fokus dan tau-tau nanti tertidur terus.

 

5) Jangan hanya terperap dalam rumah.

Sekali sekala pergilah kemana-mana tempat seperti Starbucks, Dunkin’ Donuts, atau mana-mana saja tempat yang ada WiFi percuma, meja dan kerusi yang membolehkan anda membereskan kerja anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang kerana keadaan yang sedikit bising dengan perbualan akan merangsang persekitaran kerja yang baik berbanding tempat yang terlalu sunyi sepi. Cara ini juga dapat membuang gangguan yang ada di rumah seperti cubaan mengemas rumah, membasuh pakaian atau menonton TV.

Duduk di restoran atau mana-mana tempat awam dan dapat melangsaikan kerja adalah satu style yang boleh anda banggakan berbanding hanya melepak di sana tanpa hari yang produktif. Saya beruntung kerana bisnes Shaklee saya dijalankan secara online dan boleh beroperasi dari mana-mana saja asalkan ada internet.

Best kan bila kita boleh menjalankan bisnes hanya dengan lepak di Starbucks sedangkan orang lain perlu bergegas ke tempat kerja, meredah traffic jam, menghadap boss yang minta macam-macam setiap hari.

Kita lepak tapi lepak yang bermanfaat! Kalau bisnes Shaklee, sambil bercuti atau jalan-jalan pun bisnes masih boleh berjalan macam biasa asalkan ada internet.

 

6) Tegas dengan diri sendiri dan berhenti menghabiskan masa dengan media sosial.

Elakkan diri anda daripada leka melayan sosial media jika ia bukan berkaitan dengan bisnes yang anda buat. Membaca post viral, gossip, iklan di media sosial hanya akan membuatkan anda hilang fokus. Anda perlu tedas dengan diri sendiri dalam bab ini kerana tak ada orang lain yang akan monitor kerja anda di rumah. You are the boss… you are the coolie. Jadi, berikan arahan kepada diri sendiri… go and get things done!

 

7) Komited untuk melakukan lebih.

Letakkan target untuk lakukan lebih pada setiap hari kerana ini akan dapat membantu anda setiasa produktif dan masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja. Contohnya, jangan hanya target untuk follow up 2 orang customer setiap hari. Jika 2 orang tu anda tak sempat follow up, maka tiada follow up langsung pada hari tersebut. Jika anda target 20 customer setiap hari tapi hanya mampu follow up 10 orang saja; itu lebih baik daripada tiada langsung kan?

 

8) Bekerja pada waktu yang anda paling produkif.

Bagi saya, waktu yang paling produktif adalah awal pagi, selepas bersarapan. Saya akan rehat sebentar untuk solat Dhuha & mengaji dan sambung semula bekerja sehinggalah masuk waktu Zohor. Saya terus buat kerja sampailah jam 5.00 petang. Anda boleh tentukan sendiri waktu produktif anda kerana jadual harian kita berbeza-beza.

 

9) Jawab panggilan telefon hanya pada waktu tertentu saja.

Cuba elakkan gangguan daripada panggilan telefon semasa anda sedang fokus membereskan tugasan penting (major tasks) pada hari itu. Anda boleh reject panggilan masuk dengan cara meminta mereka meninggalkan mesej (gunakan Quick Decline Messages pada HP anda untuk ini). Tetapi ini agak subjektif yer… bergantung kepada bentuk bisnes atau kerja yang anda jalankan.

 

10) Jangan jadikan anak sebagai alasan!

Antara 20 tips kekal produktif bekerja dari rumah, ini yang selalu ibu-ibu susah nak handle. Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil dan bekerja dari rumah memang boleh menjadikan situasi sangat mencabar. Anak kecil perlukan perhatian dan penjagaan rapid dan pada masa yang sama ada tugasan bisnes yang perlu dibereskan.

Bagi sesetengah orang, kesibukan dengan anak kecil adalah penghalang… TETAPI bagi orang yang positif, anak kecil itulah pendorong untuk mereka lebih berjaya. Kesibukan dengan anak kecil dan tugasan bisnes boleh menjadikan seseorang itu lebih produktif.

Buatlah kerja ketika si anak sibuk bermain ataupun sedang tidur.

 

11) Rancang kerja anda lebih awal.

Jika tugasan untuk hari ini sudah hampir selesai, anda bolehlah mula merancang apakah tugasan untuk hari esok dan hari-hari berikutnya pula. Ini bagi memastikan anda dapat fokus dan membuat kerja tanpa rasa tertekan.

 

12) Gunakan teknologi untuk berhubung.

Beruntungnya kita pada zaman sekarang adalah teknologi dah canggih. Walaupun bekerja dari rumah, kita masih boleh sentiasa berhubung dengan dunia luar melalui pelbagai medium. Ini memberi kelebihan untuk mendekatkan kita dengan team / group, customer atau prospek.

 

13) Gunakan masa laundry sebagai timer.

Contohnya untuk mencuci 1 muatan, mesin basuh saya memerlukan masa selama 60 minit (1jam). Jadi, sementara menunggu cucian selesai, saya akan buat satu tugasan yang hanya memerlukan masa selama 1 jam seperti update post di FB (pastikan post berkaitan bisnes sahaja). Jadi, siap 1 cucian maka siaplah juga 1 tugasan untuk bisnes saya pada hari itu. Saya akan berhenti sekejap untuk jemur pakaian dan sambung semula dengan tugasan lain selepas itu. Dengan cara ini, tidaklah bosan sangat sebab kita kerja – pause – kerja – pause.

 

14) Orang lain yang tinggal sebumbung perlu jelas dengan tugasan anda.

Jika ada orang lain yang tinggal sebumbung dan bersama anda semasa anda di rumah, mereka perlu tahu dan jelas dengan tugasan yang perlu anda selesaikan setiap hari. Tidaklah nanti ada ibu mertua yang menjeling, masam muka atau salah faham bila anda asyik menghadap laptop atau pegang HP setiap masa.

 

15) Tetapkan waktu rehat.

Sama seperti bekerja makan gaji dulu, anda perlu ada waktu rehat yang tetap. Kalau dulu anda hanya ada waktu untuk makan tengahari, waktu rehat jika bekerja di rumah pula mungkin jadi waktu memasak hidangan tengahari. Tak mengapa kalau lebih daripada 1 jam kerana waktu bekerja tu anda bebas untuk tentukan sendiri cuma jangan sampai hilang fokus. Saya tidak perlu bekerja 8 jam sehari apabila sudah bekerja dari rumah.

 

16) Berinteraksi dengan orang lain.

Sekali sekala keluarlah dari rumah, berjumpa dengan orang luar, window shopping, makan-makan di luar atau cukuplah sekadar membeli barangan keperluan rumah. Ini akan membantu emosi anda stabil dan produktiviti dapat dikekalkan.

 

17) Sediakan makanan atau bahan masakan awal sehari.

Bila di rumah, kita cenderung untuk masak-masak (bagi wanita khususnya) kan? Elakkan daripada mengambil masa yang terlalu lama di dapur kerana anda mungkin saja sudah mencuri waktu kerja anda. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, anda boleh siapkan semua bahan-bahan untuk memasak pada waktu malam atau sehari lebih awal. Jadi, keesokan harinya anda hanya perlu terus memasak saja. Ini lebih menjimatkan masa.

 

18) Tentukan waktu habis bekerja setiap hari.

Sama macam bekerja makan gaji, anda perlu tetapkan waktu habis bekerja atau punch-out time walaupun bekerja sepenuh masa dari rumah. Ini penting untuk memastikan anda tidak terlalu keletihan dan bekerja dengan lebih sistematik, kehidupan peribadi dan keluarga tidak terabai.

 

19) Biarkan TV terpasang.

Ini memang saya selalu buat. Tinggal di rumah seorang diri sambil buat kerja boleh menjadikan keadaan sangat membosankan kan? Biasanya saya akan biarkan TV terpasang di ruang tamu tetapi saya tetap fokus di depan laptop. Pastikan volume TV tidak terlalu kuat hingga boleh mengganggu konsentrasi kita bekerja. Jika bukan TV, saya akan pasang radio. Buat kerja sambil dengar lagu sangatlah best.

 

20) Air yang cukup

Tips terakhir dalam 20 tips kekal produktif bekerja dari rumah adalah yang paling senang nak buat iaitu pastikan di dalam pejabat atau di ruang kerja anda ada bekal air kosong yang mencukupi. Ini bagi mengelakkan daripada anda perlu kerap ke dapur untuk minum. Terlalu kerap berhenti boleh mengganggu fokus kita bekerja.

 

Dah baca kesemua 20 tips kekal produktif bekerja dari rumah dan berminat untuk buat bisnes Shaklee dari rumah macam saya?

Anda boleh baca Kelebihan Jadi Ahli Shaklee dan Bisnes Shaklee yang dah saya kongsikan.

Atau, hubungi saya untuk dapatkan info lanjut tentang peluang dan potensi yang anda bakal dapat dalam bisnes Shaklee.

20 tips kekal produktif bekerja dari rumah

 

WHATSAPP / SMS:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp / SMS:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
20 Tips Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!