Rata-rata semua orang ada menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari kan? Adakah anda yakin produk penjagaan kulit yang anda gunakan 100% bebas daripada bahan kimia merbahaya, selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan buruk jangka panjang? Ada bahaya produk kecantikan yang ramai orang tak tahu dan tak ambil tahu…

Saya kongsikan 16 fakta yang mengejutkan tentang bahaya produk kecantikan dan penjagaan kulit:

WAJIB BACA!

 

16 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG BAHAYA PRODUK KECANTIKAN @ PENJAGAAN KULIT

1. Wanita menggunakan purata antara 12hingga15 produk sehari. Manakala, seorang lelaki menggunakan sekitar 6 produk sehari. Ini bermakna kita terdedah kepada sekitar 150+ bahan kimia yang berpotensi merbahaya yang boleh berinteraksi antara satu sama lain dalam cara yang tidak diketahui.

2. Tubuh kita menyerap sehingga 60% daripada apa yang kita letakkan pada kulit. Badan kanak-kanak pula menyerap 40% hingga 50% lebih banyak daripada orang dewasa. Ini menjadikan mereka lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit di kemudian hari dalam hidup mereka akibat terdedah kepada toksin.

3. Kita terdedah kepada bahan kosmetik dalam pelbagai cara – dengan menyedut serbuk (powder / bedak), semburan dan serapan bahan kimia di tangan dan bibir. Banyak kosmetik juga mengandungi enhancer yang membolehkan bahan itu untuk menembusi kulit. Kajian pemantauan Bio mendapati bahawa bahan-bahan kosmetik seperti parabens, plasticisers phthalate, triclosan, musks sintetik dan pelindung matahari biasanya menjadi bahan pencemar di dalam badan wanita, lelaki dan kanak-kanak.

bahaya produk kecantikan
Bahan kimia dalam produk kecantikan hanya memerlukan masa 26 saat untuk meresap masuk ke dalam salur darah manusia!

 

4. Reaksi dan sensitiviti alahan terus meningkat kerana bilangan bahan kimia yang terdapat dalam produk penjagaan kulit dan persekitaran kita.

5. Menggunakan produk bertoksik akan meninggalkan kesan terkumpul. Timbunan toksin dalam badan akan menyebabkan keupayaan tubuh untuk proses penyembuhan menjadi lebih mencabar dan sukar.

6. Bahan kimia yang terdapat di dalam produk penjagaan kulit juga terdapat dalam cecair brek, mesin degreasers dan anti-beku yang digunakan sebagai bahan kimia perindustrian.

7. Kajian mendapati bahawa banyak bahan kimia dalam produk penjagaan kulit seperti wangian dan pelindung matahari telah terbukti mengganggu endokrin, mengganggu pengawalan hormon, meningkatkan risiko feminisasi sistem pembiakan lelaki, menjejaskan kiraan sperma dan bayi (perempuan) lahir dengan kekurangan berat badan serta kesukaran menumpukan kepada pembelajaran. Mereka juga dikenali sebagai karsinogenik dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan mata.

8. Hanya kerana produk yang dijual di pasar raya, farmasi atau kedai makanan kesihatan, ia tidak menjamin tahap keselamatan keselamatannya.

bahaya produk kecantikan
Kebanyakan produk kecantikan yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia terlarang kerana ia akan memberikan efek yang lebih cepat berbanding produk berasaskan bahan semulajadi. Ini sangatlah bahaya untuk pengguna.

 

9. Memilih produk kecantikan organik dan bebas bahan kimia merbahaya dapat mengurangkan impak terhadap alam sekitar, kerana bahan-bahannya yang biodegradable (biodegradasi).

10. Produk kecantikan buatan tangan (handmade) yang dibuat dalam kuantiti yang kecil mempunyai kepekatan bahan bioaktif yang lebih tinggi. Elakkan daripada menggunakan produk begini secara berlebihan. Produk yang dikeluarkan secara besar-besaran (mass production) biasanya dibuat di negara-negara Dunia Ke-3 yang mempunyai tenaga kerja yang murah dan mengamalkan amalan kerja tidak beretika.

11. Setiap tahun, beratus-ratus ribu haiwan dibunuh, diracun dan dibutakan untuk menguji keselamatan dan keberkesanan kosmetik, produk penjagaan kulit dan produk pembersihan rumah. Membeli produk yang tidak diuji pada haiwan akan membantu menamatkan kekejaman terhadap haiwan dan memberikan mesej yang kuat kepada syarikat multinasional yang masih membiarkan amalan ini.

12. Produk organik lebih mahal untuk dihasilkan kerana skala ekonomi. Syarikat-syarikat kecil yang beretika cenderung untuk menghasilkan produk dalam kuantiti berdasarkan permintaan dan menghabiskan lebih banyak wang bagi melaksanakan amalan yang mampan dan membeli bahan mentah.

13. Perkataan “semulajadi” dan “organik” boleh digunakan untuk pelabelan, pemasaran dan juga dalam nama syarikat sewenang-wenangnya, dan selalunya produk mereka tetap mengandungi bahan kimia sintetik. Produk yang dilabel sebagai organik boleh jadi mengandungi kurang daripada 10% bahan organik mengikut berat atau isipadu.

14. Syarikat pengeluar juga boleh membuat logo mereka sendiri untuk membuat produk kelihatan seolah-olah ia organik. 🙁

15. Syarikat-syarikat yang mengatakan produk mereka sebagai “hypoallergenic” atau “semulajadi” tidak dikawal selia dan tidak memerlukan bukti untuk menyokong tuntutan tersebut. Biasanya ia hanyalah untuk tujuan promosi dan pemasaran semata-mata melainkan syarikat tersebut memang terbukti dan diiktiraf sebagai pengeluar produk semulajadi.

16. Syarikat pengeluar dibenarkan mengekalkan beberapa bahan kimia seperti bahan nano dan komponen wangian – dengan tahap kerengsaan yang tinggi dari yang tertera pada label. Wangian boleh termasuk dalam mana-mana bilangan daripada lebih 3,000 bahan kimia, yang mana tidak ada satu pun perlu disenaraikan. Ujian keatas bahan-bahan wangian telah menemui purata sebanyak 14 sebatian tersembunyi bagi setiap formulasi.

 

bahaya produk kecantikan
6 diet untuk kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi

 

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk penjagaan kulit. Sentiasa pastikan kulit anda sihat dan lembab secara semulajadi melalui pengamalan diet yang sihat dan pengambilan nutrisi yang seimbang.

bahaya produk kecantikan
Vitamin @ suplemen asas Shaklee untuk kesihatan dan kecantikan kulit

 

Bila kulit sihat, tak perlulah lagi guna produk penjagaan kulit secara luaran yang berlebihan. Betul tak?

Tapi peluh berbau dan anda mesti gunakan deodorant setiap hari? Jangan risau, ada cara semulajadi yang anda boleh ambil untuk hilangkan bau peluh.

Anda bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin dan perlukan lotion untuk melembabkan kulit? Tak perlu!… Cara lebih baik adalah pastikan anda minum air kosong minimum 2 hingga 3 liter sehari bagi memastikan kulit tak hilang kelembapan.

Dan tak perlulah berlebihan apabila memakai makeup…. sekali sekala kalau nak hadiri acara special tu tak mengapa lah… bebaskan diri daripada bahaya produk kecantikan dan ambil berat tentang kesan jangka panjang bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik. Tampil cantik secara semulajadi lebih menawan.

 

Penulis,

Nieda, 019-70719077

Komen Facebook:
Bahaya Produk Kecantikan: 16 Fakta MENGEJUTKAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!