Seorang wanita mungkin mengalami anemia atau orang selalu sebut HB rendah semasa hamil. Apabila ada anemia, itu bermakna darah anda tidak mempunyai cukup sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke tisu anda dan kepada bayi anda.

Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi. Sekiranya anda tidak mendapat cukup zat atau nutrien lain, tubuh anda mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk menghasilkan darah tambahan ini.

Adalah normal untuk mengalami anemia ringan semasa mengandung. Tetapi anda juga mungkin mengalami anemia yang lebih teruk akibat kekurangan zat besi, vitamin B12 atau sebab lain.

Anemia atau HB rendah semasa hamil boleh menyebabkan anda merasa letih dan lemah. Sekiranya ia teruk tetapi tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko komplikasi serius seperti kelahiran pramatang.

Inilah yang perlu anda ketahui tentang sebab, gejala, dan rawatan anemia semasa kehamilan.

 

JENIS ANEMIA SEMASA KEHAMILAN

Terdapat beberapa jenis anemia atau HB rendah yang boleh terjadi semasa kehamilan. Ini termasuklah:

  • Anemia kekurangan zat besi
  • Anemia kekurangan folat
  • Anemia kekurangan Vitamin B12

 

Antara sebab jenis-jenis anemia ini boleh terjadi adalah:

Anemia kekurangan zat besi – jenis anemia ini berlaku apabila badan tidak cukup zat besi untuk mengeluarkan jumlah hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan.

Dalam kes anemia akibat kekurangan zat besi, darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup kepada tisu di seluruh badan.

Kekurangan zat besi biasanya adalah penyebab utama anemia atau HB rendah semasa hamil.

 

Anemia kekurangan folat – folat adalah vitamin yang boleh didapati secara semulajadi dalam makanan tertentu seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Folat adalah sejenis vitamin B yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah yang sihat.

Semasa kehamilan, wanita memerlukan folat tambahan. Tetapi kadang-kadang mereka tidak mendapat cukup dari diet mereka. Apabila itu berlaku, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah normal yang cukup untuk mengangkut oksigen ke tisu seluruh badan. Makanan tambahan folat dipanggil asid folik.

Kekurangan folat secara langsung boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural (spina bifida) dan bayi tidak cukup berat.

 

Kekurangan vitamin B12 – tubuh memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 dari dietnya, tubuhnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sihat. Wanita yang tidak memakan daging, ayam, produk tenusu dan telur mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami kekurangan vitamin B12, yang mungkin menyumbang kepada kecacatan kelahiran, seperti keabnormalan tiub neural dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Kehilangan darah yang banyak semasa dan selepas bersalin juga boleh menyebabkan anemia.

 

FAKTOR RISIKO ANEMIA @ HB RENDAH SEMASA HAMIL

Semua wanita hamil berisiko mendapat anemia @ HB rendah. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa.

Tetapi risiko lebih tinggi jika anda:

  • Hamil kembar
  • Dua kehamilan yang terlalu hampir jaraknya
  • Muntah banyak kerana mabuk (morning sickness)
  • Seorang remaja hamil
  • Tidak makan makanan yang kaya dengan zat besi
  • Telah mengalami anemia sebelum anda hamil

 

GEJALA ANEMIA @ HB RENDAH SEMASA HAMIL

Gejala anemia yang paling biasa semasa hamil adalah:

  • Kulit, bibir dan kuku pucat
  • Rasa letih atau lemah
  • Pening
  • Sesak nafas
  • Degup jantung yang cepat
  • Mengalami masalah untuk menumpukan perhatian

Pada peringkat awal anemia, anda mungkin tidak mempunyai gejala yang jelas. Dan banyak gejala-gejala yang mungkin ada semasa hamil walaupun anda bukan mengalami anemia. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan darah rutin supaya masalah dapat dikenalpasti lebih awal.

 

RISIKO ANEMIA @ HB RENDAH SEMASA HAMIL

Anemia akibat kekurangan zat besi yang teruk atau tidak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko:

  • Bayi pramatang atau bayi tak cukup berat semasa lahir
  • Transfusi darah (jika anda kehilangan sejumlah besar darah semasa bersalin)
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Bayi yang ada anemia
  • Seorang kanak-kanak dengan perkembangan yang lewat @ lembap

 

Kekurangan folat yang tidak diatasi akan meningkatkan risiko anda mengalami:

  • Bayi pramatang atau bayi tak cukup berat semasa lahir
  • Bayi dengan kecacatan kelahiran serius pada tulang belakang atau otak (kecacatan tiub neural)

Kekurangan vitamin B12 yang tidak diurus juga boleh meningkatkan risiko anda melahirkan bayi dengan kecacatan tiub saraf.

 

RAWATAN UNTUK ANEMIA @ HB RENDAH SEMASA HAMIL

Jika anda mengalami anemia semasa hamil, anda mungkin perlu mengambil suplemen zat besi dan / atau suplemen asid folik sebagai tambahan kepada vitamin pranatal anda yang sedia ada. Doktor anda juga mungkin mencadangkan anda menambahkan lebih banyak makanan yang tinggi asid folik dalam diet anda.

Untuk merawat kekurangan vitamin B12 pula, doktor mungkin akan mengesyorkan agar anda mengambil suplemen vitamin B12.

Doktor juga biasanya akan mengesyorkan agar anda mengambil lebih banyak makanan seperti daging, telur dan produk tenusu dalam diet harian. Tetapi jika anda tidak bijak dalam mengawal pengambilan makanan seperti ini, anda mungkin saja akan mendapat masalah kolesterol tinggi pula.

 

MENCEGAH ANEMIA

Untuk mencegah anemia @ HB rendah semasa hamil, pastikan anda mendapat cukup zat besi. Makan makanan yang seimbang dan tambah lebih banyak makanan yang tinggi zat besi dalam diet anda.

Antara makanan yang kaya dengan kandungan zat besi adalah:

  • daging merah tanpa lemak, ayam dan ikan
  • sayur-sayuran berdaun hijau gelap (seperti bayam, brokoli, dan kale)
  • bijirin yang diperkaya dengan besi
  • kacang, lentil, dan tauhu
  • telur
hb rendah semasa hamil
1 cawan (30g) bayam membekalkan hanya 0.8mg zat besi. Seorang wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 27mg zat besi setiap hari

 

Makanan yang tinggi vitamin C pula dapat membantu tubuh anda menyerap zat besi dengan lebih baik. Ini termasuklah:

  • buah sitrus dan jus
  • strawberi
  • kiwi
  • tomato
  • lada benggala

 

Cuba untuk makan makanan yang kaya dengan vitamin C pada masa yang sama anda makan makanan yang kaya dengan zat besi. Sebagai contoh, anda boleh minum segelas jus oren dan makan bijirin diperkaya besi untuk sarapan pagi.

Juga, pilih makanan yang tinggi folat untuk membantu mencegah kekurangan folat. Ini termasuklah:

  • sayur-sayuran hijau berdaun
  • buah sitrus dan jus
  • kacang kering
  • roti dan bijirin yang diperkaya dengan asid folik

Vegetarian dan vegan harus berbincang dengan doktor tentang samada mereka perlu mengambil suplemen vitamin B12 semasa mengandung dan menyusu.

 

Kesimpulannya, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin tambahan yang betul dan buatlah pemeriksaan berkala di klinik / hospital bagi memastikan anda terhindar daripada mengalami anemia @ HB rendah semasa hamil ni.

Banyak komplikasi lain akan berlaku bukan saja kepada ibu tetapi juga kepada bayi dalam kandungan jika masalah ini dibiarkan.

 

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU NAIKKAN SEMULA HB SEMASA HAMIL

hb rendah semasa hamil

Ibu Hamil Yang Ada Masalah HB Rendah Perlukan Set Kehamilan Asas Shaklee Ini

Terdapat 3 suplemen asas dalam set kehamilan Shaklee yang dapat membantu untuk mengatasi masalah HB rendah semasa hamil iaitu :-

  1. Vitalea with Iron Formula : Mengandungi 28 Multivitamin dan mineral lengkap termasuklah zat besi yang boleh membantu pembentukan sel darah merah. Ia juga penting dalam penghasilan sel darah merah yang lebih sihat.
  2. B Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk vitamin B12 dan folat. Membantu meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.
  3. Sustained Released Vita C Plus : Membantu penyerapan nutrisi terutama zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan sistem pertahanan badan

 

IBU INI MENGAMBIL LANGKAH BIJAK UNTUK BEBAS DARIPADA MASALAH HB RENDAH SEMASA HAMIL

Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.

Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’…. Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau.

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa!

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2…

Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya…

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata…
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar. Hihiii..

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin.

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee…

 

hb rendah semasa hamil

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp / SMS:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com

Komen Facebook:
HB Rendah Semasa Hamil: Naikkan Semula Sebelum Bahaya Datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!