Stress! Stress!  Stress! Ada saja perkara yang jadi punca stress walau hanya perkara kecil. Tak berbaloi tau.. anda kena cuba untuk manage stress sebaiknya sebab ada 10 penyakit akibat stress yang merbahaya!

Stress bukan sahaja membuatkan kita berasa emosional secara mendalam, ia juga boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan.

Kajian dah temui banyak penyakit akibat stress. Stress memburukkan atau meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, kencing manis, kemurungan, masalah gastrointestinal, dan asma.

 

akibat terlalu stress

 

10 PENYAKIT AKIBAT STRESS YANG TAK DIKAWAL

Apakah dia penyakit akibat stress yang mungkin anda?

  1. PENYAKIT JANTUNG

Penyakit akibat stress no. 1!

Penyelidik telah lama mengesyaki bahawa stress memberi risiko tekanan darah tinggi dan masalah jantung yang lebih tinggi. Stress secara langsung boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan aliran darah, dan menyebabkan pembebasan kolesterol dan trigliserida ke dalam aliran darah.

Akibat teralu stress juga seseorang tu alami obesiti dan jika dia adalah perokok, stress akan buatkan dia merokok lebih banyak & kerap – yang secara tidak langsung meningkatkan risiko jantung.

Tekanan emosi secara mendadak boleh menjadi pencetus untuk masalah jantung yang serius, termasuk serangan jantung. Orang yang mempunyai masalah jantung kronik perlu mengelakkan tekanan akut dan belajar bagaimana untuk mengatasi tekanan hidup sebaik-baiknya.

 

  1. ASMA

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa stress boleh memburukkan lagi penyakit asma. Beberapa bukti menunjukkan bahawa stress kronik ibu bapa mungkin meningkatkan risiko penyakit asma pada anak-anak mereka.

Satu kajian melihat bagaimana ibut bapa yang mengalami stress mempengaruhi kadar asma anak-anak yang terdedah kepada pencemaran udara atau ibu yang merokok semasa hamil.

 

akibat terlalu stress
Stress menjadi punca obesiti dan obesiti pula menjadi punca pelbagai penyakit kronik yang lain

 

  1. OBESITI

Lebihan lemak dalam perut menimbulkan risiko kesihatan yang lebih besar daripada lemak pada kaki atau pinggul. Orang yang selalu stress selalunya menyimpan lemak dalam perut berlebihan. Tekanan menyebabkan tahap kortisol hormon yang lebih tinggi, dan ia meningkatkan jumlah lemak yang disimpan ke dalam perut.

 

  1. KENCING MANIS

Stress akan memburukkan lagi maslaah kencing manis dengan dua cara.

Pertama – ia meningkatkan kemungkinan tingkah laku yang buruk, seperti makan tidak sihat dan minum berlebihan.

Kedua – stress meningkatkan kadar glukosa orang yang ada kencing manis Jenis 2 secara langsung.

 

  1. SAKIT KEPALA

Stress dianggap salah satu pencetus yang paling biasa untuk sakit kepala – bukan sekadar sakit kepala ketegangan, tetapi migraine juga.

penyakit akibat stress

 

  1. KEMURUNGAN DAN ANXIETY DISORDER

Mungkin tidak mengejutkan bahawa akibat terlalu stress yang kronik, risiko mendapat kemurungan dan anxiety disorder menjadi lebih tinggi.

Kajian mendapati orang yang selalu stress yang berkaitan dengan pekerjaan mereka mempunyai risiko 80% lebih tinggi untuk mengalami kemurungan dalam masa beberapa tahun berbanding orang yang mengalami tekanan yang lebih rendah.

 

  1. MASALAH GASTROINTESTINAL

Stress tidak menyebabkan ulser. Walau bagaimanapun, ia boleh membuat masalah jadi lebih teruk. Stress juga merupakan faktor umum dalam banyak masalah lain seperti penyakit pedih ulu hati kronik (atau penyakit refluks gastroesophageal, GERD) dan sindrom usus besar (IBS).

 

  1. PENYAKIT ALZHEIMER

Stress boleh memburukkan lagi penyakit Alzheimer, menyebabkan luka pada otak membentuk lebih cepat. Sesetengah penyelidik membuat spekulasi bahawa mengurangkan stress berpotensi untuk melambatkan perkembangan penyakit alzheimer.

penyakit akibat stress

  1. CEPAT TUA

Stress boleh mempengaruhi umur anda. Satu kajian membandingkan DNA ibu-ibu yang mengalami tekanan tinggi (mereka menjaga anak yang sakit) dengan wanita yang tidak.

Para penyelidik mendapati bahawa kromosom tertentu menunjukkan kesan penuaan yang cepat pada individu yang selalu stress.

Akibat terlalu stress, seseorang itu akan alami penuaan ibarat ditambah umurnya 9 hingga 17 tahun lebih.

Baca tentang Anti-Penuaan 

 

 

  1. KEMATIAN PRAMATANG

Satu kajian mendapati individu yang menjaga pasangan mereka (yang sakit) mengalami stress yang tinggi.  Si penjaga mempunyai kadar kematian lebih tinggi sebanyak 63% berbanding individu lain yang sebaya yang bukan penjaga.

 

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa. Kenapa kita sakit akibat terlalu stress? Kenapa perasaan emosional mencetuskan huru-hara dalam badan kita?

Stress bukan hanya perasaan. Stress bukan hanya di kepala anda, ia adalah tindakbalas fisiologi terhadap ancaman.

Apabila anda stress, badan anda bertindakbalas. Salur darah anda menjadi tersekat. Tekanan darah dan denyutan nadi meningkat.

Anda bernafas lebih cepat. Aliran darah anda dipenuhi dengan hormon seperti kortisol dan adrenalin.

Apabila anda tertekan secara kronik, perubahan fisiologi itu, dari masa ke masa, boleh membawa kepada masalah kesihatan.

 

CARA HILANGKAN STRESS

4 amalan berikut boleh membantu anda menguruskan stress dengan baik.

  1. Senaman dan Yoga
  2. Meditasi & Doa (amalan rohani)
  3. Akupunktur
  4. Pengambilan nutrien dalam diet harian

 

penyakit akibat stress

 

penyakit akibat stress

 

akibat terlalu stress

 

Komen Facebook:
Penyakit Akibat Stress Yang Tak Terkawal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!