Slip disc bermaksud salah satu cakera rawan tulang belakang rosak dan menekan pada saraf. Ia juga dikenali sebagai cakera prolapsed atau herniated. Sakit slip disc bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung. Kesakitan akibat tekanan daripada cakera yang tergelincir pada saraf boleh membuatkan seseorang itu terlantar.

 sakit slip disc

TULANG BELAKANG

Tulang belakang terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra, yang disusun di atas satu sama lain.

Di antara setiap tulang belakang ada pad sirkular tisu penghubung (tulang rawan) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai bahan seperti gel di bahagian dalam dan saluran luar yang keras. Cakera ini membantu mengekalkan kelenturan belakang anda setiap kali bergerak.

Saraf tunjang pula adalah serat saraf yang sensitif yang melalui tengah-tengah tulang belakang. Serat saraf ini menghubungkan semua bahagian badan ke otak.

 

sakit slip disc
Gambarajah menunjukkan beberapa keadaan yang boleh berlaku pada tulang belakang yang menyebabkan kesakitan

 

GEJALA CAKERA TERGELINCIR @ SLIP DISC

Cakera tergelincir @ slip disc boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit leher. Gejala tipikal lain adalah kebas, sensasi kesakitan dan kelemahan di bahagian lain badan.

Saraf sciatic sering terjejas dalam kes slip disc @ cakera tergelincir. Ia adalah saraf terpanjang dalam badan dan yang merentas dari belakang pelvis, melalui punggung, dan kedua-dua kaki.

Sekiranya tekanan diletakkan pada saraf sciatic (sciatica), ia boleh menyebabkan kesakitan yang ringan pada kaki, pinggang atau punggung.

Tidak semua sakit slip disc @ cakera tergelincir menyebabkan gejala seperti sakit, kelemahan atau kesemutan. Ramai orang dapat menjalani kehidupan seharian mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami masalah ini.

Baca lebih lanjut mengenai tanda-tanda slip disc.

 

sakit slip disc

PUNCA SLIP DISC @ CAKERA TERGELINCIR

Cakera yang tergelincir berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekeliling cakera pecah, yang membolehkan sebahagian kecil cakera yang lembut itu terkeluar.

Cakera yang rosak ini boleh memberi tekanan pada keseluruhan saraf tunjang atau pada satu akar saraf, di mana saraf terkeluar daripada saraf tunjang.

Ini bermakna sakit slip disc @ cakera yang tergelincir boleh menyebabkan kesakitan di kawasan cakera yang menonjol dan juga di kawasan badan yang dikawal oleh saraf ditekan oleh cakera tersebut.

Kenapa situasi ini terjadi? Ia kurang jelas tetapi umur adalah faktor umum bagi kebanyakan kes.

Semasa anda bertambah tua, cakera tulang belakang anda mula kehilangan kandungan air, menjadikannya kurang fleksibel dan lebih cenderung untuk pecah.

Merokok juga boleh dikaitkan dengan sakit slip disc @ cakera tergelincir kerana ia menyebabkan cakera kehilangan kelenturan semulajadi.

Faktor lain yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan dan ketegangan pada tulang belakang termasuklah:

  • membongkok dengan cara yang salah
  • mengangkat barang berat dengan cara yang salah
  • duduk untuk jangka masa yang panjang, terutamanya apabila memandu
  • berlebihan berat badan atau obesiti
  • sukan angkat berat
  • cedera parah di belakang, jatuh atau kemalangan kereta

Keadaan ini boleh melemahkan tisu cakera dan kadang-kadang membawa kepada sakit slip disc.

 

sakit slip disc

SIAPA YANG TERLIBAT?

Cakera tergelincir paling biasa berlaku kepada orang yang berumur antara 30 hingga 50 tahun. Risiko golongan ini adalah dua kali ganda tak kira samada lelaki atau wanita.

Slip disc sering berlaku di bahagian bawah punggung.

 

sakit slip disc
Tahap & jenis slip disc yang boleh berlaku

 

MENGESAN CAKERA YANG TERGELINCIR

Doktor biasanya akan dapat mendiagnosis cakera tergelincir dari gejala dan sejarah perubatan anda.

Mereka juga boleh menjalankan pemeriksaan fizikal untuk menguji:

  • postur
  • refleks
  • kekuatan otot
  • keupayaan berjalan
  • sensasi pada anggota badan anda

 

sakit slip disc

MERAWAT SLIP DISC @ CAKERA YANG TERGELINCIR

Ia boleh mengambil masa 1 hingga 3 bulan untuk pulih atau mungkin lebih lama. Rawatan biasanya melibatkan gabungan fisioterapi, senaman dan ubat untuk melegakan kesakitan.

Pembedahan untuk melepaskan mampatan saraf dan mengeluarkan sebahagian daripada cakera akan dipertimbangkan bagi kes-kes yang teruk, atau jika kesakitan tidak dapat diselesaikan dari semasa ke semasa.

Dalam banyak kes, cakera yang tergelincir akhirnya akan menyusut dan kesakitan akan mereda apabila cakera berhenti menekan saraf yang terjejas.

Kadang-kadang cakera tergelincir akan terus menekan pada saraf, tetapi rasa sakit hilang kerana otak belajar untuk “menolak volume” pada mesej sakit yang datang dari saraf.

Sangat penting untuk terus aktif jika anda mempunyai cakera yang tergelincir. Bergerak mungkin sukar pada peringkat permulaan, tetapi anda perlu mula bergerak selepas berehat selama beberapa hari.

Ini akan membantu mengelak sendi daripada menjadi kaku dan otot yang menyokong tulang belakang menjadi lemah.

Anda hanya perlu buat senaman ringan bagi mengelakkan tekanan berlebihan kepada belakang anda. Elakkan latihan berimpak tinggi seperti berlari, melompat atau memusing-musing badan kerana ia boleh menyebabkan kesakitan.

Baca lebih lanjut mengenai rawatan slip disc.

 

MENCEGAH CAKERA YANG TERGELINCIR

Mengambil langkah berjaga-jaga dengan bijak seperti menjalani gaya hidup yang sihat, boleh membantu mencegah sakit belakang dan mengurangkan risiko mendapatkan cakera yang tergelincir.

Sebagai contoh, anda harus:

  • melakukan senaman secara teratur
  • menggunakan teknik yang selamat apabila mengangkat objek berat
  • sentiasa mengekalkan kedudukan yang betul apabila duduk atau berdiri
  • berhenti merokok jika anda merokok

Baca lebih lanjut mengenai cara mencegah slip disc.

 

sakit slip disc

 

sakit slip disc

 

sakit slip disc

 

 

sakit slip disc

 

Komen Facebook:
Sakit Slip Disc: Leher, Tulang Belakang & Pinggang

2 thoughts on “Sakit Slip Disc: Leher, Tulang Belakang & Pinggang

  • December 24, 2020 at 12:48 pm
    Permalink

    slip disc kalau biar lama memang sakit

    Reply
    • June 8, 2023 at 11:49 am
      Permalink

      betul.. pergerakan pun sangat terbatas jadinya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!