Kesakitan belakang lebih kerap merupakan antara tanda slip disc dan ia merupakan tanda yang paling ketara bagi masalah ini.

Kesakitan disebabkan oleh cakera yang menekan pada saraf dan sering lebih teruk apabila tekanan betambah contohnya apabila anda batuk, bersin atau duduk.

tanda slip disc
Gambar menunjukkan cakera yang terkeluar dan menekan saraf yang menyebabkan kesakitan (sumber gambar: Google)

 

Kesakitan biasanya akan kekal 1 hingga 3 bulan, tetapi dalam beberapa kes, ia boleh kekal lebih lama dan menjadi kronik. Terdapat juga risiko ia berulang.

Tanda-tanda slip disc juga boleh berbeza-beza bergantung kepada samada slip disc @ cakera tergelincir tersebut berada di leher atau di bahagian bawah tulang belakang.

Baca cara Mencegah Slip Disc

 tanda slip disc

SLIP DISC DI LEHER

Disc yang tergelincir di leher boleh menyebabkan:

  • sakit leher semasa pergerakan
  • mati deria rasa atau sensasi kesemutan di leher, bahu, lengan atau tangan
  • kelemahan otot tertentu yang menghadkan pergerakan

 tanda slip disc

SLIP DISC DI PUNGGUNG

Cakera yang tergelincir di bahagian bawah boleh menyebabkan:

  • sakit belakang semasa pergerakan
  • mati deria rasa atau sensasi kesemutan di bahagian belakang, punggung, alat kelamin atau kaki

 tanda slip disc

SCIATICA

Saraf sciatic adalah saraf terpanjang di dalam badan dan terdiri daripada beberapa saraf yang lebih kecil. Ia merentasi dari belakang pelvis, melalui punggung, dan menurun ke kaki.

Sekiranya cakera tergelincir meletakkan tekanan pada saraf sciatic, ia boleh menyebabkan sakit di bahagian kaki, pinggul atau punggung. Ini dikenali sebagai sciatica.

Saraf lain

Sekiranya cakera tergelincir menekan pada mana-mana saraf lain yang merentasi saraf tunjang anda, gejala anda mungkin termasuk:

  • kelemahan otot
  • kebas dan kesemutan

Kelemahan otot atau mati deria rasa dan kesemutan mungkin berlaku di lengan atau kaki; bergantung pada tempat slip disc tersebut berlaku.

 tanda slip disc

 

CAUDA EQUINA SYNDROME

Cauda equina syndrome adalah keadaan yang serius di mana saraf di bahagian paling bawah saraf tunjang menjadi mampat.

Gejala slip disc ini adalah seperti:

  • sakit belakang
  • kebas di sekitar kawasan dubur dan kelamin
  • lumpuh satu atau kedua kaki
  • kehilangan kawalan usus (incontinence usus)
  • kehilangan kawalan pundi kencing (incontinence urin)

Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengalami gejala ini.

Sekiranya sindrom cauda equina tidak dirawat dengan cepat, saraf pundi kencing dan usus anda boleh rosak secara kekal.

 

tanda slip disc

 

Slip disc di atas boleh disebabkan oleh dua keadaan samada cakera tersebut membonjol atau cakera yang tergelincir (herniated) yang menekan dan menghimpit saraf.

Tekanan dan himpitan inilah yang menimbulkan rasa sakit samada semasa anda bergerak atau tidak.

Ada beberapa keadah yang boleh diambil untuk merawat slip disc yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan keadaan pesakit itu sendiri.

Baca Rawatan Alternatif Slip Disc

tanda slip disc
Untuk info lanjut tentang bagaimana Shaklee boleh membantu
Komen Facebook:
Tanda Slip Disc: Komplikasi Buruk Jika Dibiarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *