Slip disc atau kalau kita bahasa Melayukan jadi cakera tergelincir. Lebih kurang macam tu la kan sebab slip disc ni adalah sejenis penyakit dimana cakera tulang belakang kita terubah dari kedudukan asal. Hospital-hospital memang ada rawatan slip disc ni dan kosnya memang agak mahal. Mesti ribu-ribuan biasanya. Ada jer yang cecah sampai puluhan ribu macam yang diceritakan bekas seorang penghidap slip disc yang akan saya kongsikan nanti.

Sebelum kita masuk kepada bab seterusnya dan bab rawatan slip disc, kita kenali struktur tubuh badan kita serba sedikit, terutamanya bahagian tulang sebab itu fokus kita kali ni.

 

TULANG BELAKANG

Tulang belakang kita terdiri daripada 24 jenis tulang berasingan yang dipanggil sebagai vertebrae, yang bertindih antara satu sama lain.

Diantara vertebrae ni ada pelapik tisu penghubung (cartilage) yang dipanggil sebagai disc (cakera). Disc (cakera) ini mengandungi kandungan seperti gel didalam dan sarung yang kukuh diluar. Ia membantu untuk mengekalkan fleksibiliti dan pergerakan kita.

Saraf tunjang pula adalah kumpulan saraf yang terdapat bahagian tengah disepanjang tulang belakang dan ia sangatlah sensitif. Saraf ini menghubungkan semua bahagian tubuh kita kepada otak.

 

SIMPTOM-SIMPTOM SLIP DISC

Slip disc boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit leher. Lain-lain simptom biasa adalah kekebasan, kesemutan dan terasa lemah pada bahagian tubuh yang lain.

Saraf pada bahagian pinggang biasanya sangat terkesan kerana slip disc ni. Ia adalah saraf paling panjang dalam tubuh kita yang terdapat bemula dari belakang hinggalah ke bahagian punggung dan seterusnya sampai ke kaki.

Jika saraf ini mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki, pinggul dan punggung

Bukan semua slip disc akan menyebabkan simptom seperti kesakitan, lemah atau kesemutan. Ramai individu yang tak sedar pun yang mereka sebenarnya sedang menghidap masalah slip disc.

 

APAKAH PUNCA SLIP DISC?

Slip disc terjadi apabila lingkaran tisu penghubung disekeliling disc (cakera) rosak atau bocor dan membuatkan cecair lembut seakan gel yang terdapat di dalamnya terkeluar.

Disc (cakera) yang rosak akan memberi tekanan kepada seluruh saraf tunjang atau boleh jadi juga kepada hanya 1 saraf sahaja, dimana 1 saraf terpisah daripada saraf tunjang.

Ini bermakna slip disc boleh membuatkan kawasan dimana disc (cakera) yang terkeluar dan kawasan tubuh yang dikawal oleh saraf tersebut menjadi sakit.

rawatan slip disc
Disc (cakera) yang terkeluar dan memberi tekanan kepada saraf yang menyebabkan terjadi kesakitan pada bahagian tersebut dan boleh juga melibatkan bahagian lain antara belakang hingga ke kaki

 

Punca sebenar bagaiman disc (cakera) tersebut boleh rosak kadangkala agak samar, tetapi faktor umur selalu menjadi punca utama dalam kebanyakan kes.

Semakin tua seseorang itu, cakera tulang belakang akan mula kehilangan kandungan air, menjadikan ia kurang fleksibel dan lebih mudah terpisah.

Merokok juga boleh dikaitkan dengan slip disc kerana ia boleh menyebabkan disc (cakera) tersebut kehilangan fleksibiliti semulajadinya.

Faktor lain yang boleh menambah tekanan dan ketegangan kepada tulang belakang termasuklah:

  • Membongkok atau melenturkan badan secara tidak betul atau berlebihan
  • Mengangkat benda berat dengan teknik yang salah
  • Duduk terlalu lama contohnya semasa memandu
  • Kegemukan atau obesiti
  • Terlibat dengan sukan seperti angkat berat
  • Kecederaan teruk pada bahagian belakang badan akibat jatuh atau kemalangan

Keadaan-keadaan ini boleh melemahkan tisu disc (cakera) dan kadangkala membawa kepada masalah slip disc

 

SIAPA YANG AKAN TERKESAN?

Slip disc sangat sinonim dengan individu yang berumur antara 30 hingga 50 tahun tak kira samada lelaki ataupun perempuan.

Slip disc kerap terjadi kepada bahagian belakang badan yang hampir dengan pinggang.

 

RAWATAN SLIP DISC

Untuk sembuh daripada slip disc boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan. Rawatan slip disc biasanya melibatkan gabungan fisioterapi seperti urutan dan latihan (senaman) dan ubat-ubatan bagi melegakan rasa sakit.

Pembedahan untuk mengeluarkan saraf yang tertekan dan disc (cakera) mungkin perlu bagi kes yang lebih serius atau jika kesakitan tidak mahu hilang.

Dalam kebanyakan kes, lama kelamaan disc (cakera) yang tergelincir akan mengecut dan kesakitan akan hilang kerana disc (cakera) tersebut sudah tidak lagi memberi tekanan kepada saraf yang terlibat.

Kadangkala, disc (cakera) yang tergelincir itu akan terus menekan saraf terlibat, tetapi kesakitan hilang kerana otak belajar untuk “turn down the volume” terhadap mesej yang dihantar oleh saraf tersebut.

Adalah sangat penting untuk terus kekal aktif walaupun seseorang itu sedang menghadapi masalah slip disc. Mungkin agak susah untuk bergerak, tetapi anda patut mula untuk melakukan pergerakan ringan selepas beberapa hari berehat.

Ini akan membantu tulang belakang sentiasa bergerak dan menghalang daripada ianya menjadi kaku dan otot yang yang menyokong tulang belakang menjadi lemah. Pergerakan akan membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Pastikan anda hanya melakukan senaman ringan bagi mengelakkan terlalu banyak tekanan kepada bahagian belakang anda. Elakkan senaman berlebihan seperti berlari, melompat atau memusing-musingkan badan pada peringkat awal kerana ini boleh menyebabkan kesakitkan untuk berulang semula atau menjadi lebih teruk.

 

CARA MENCEGAH SLIP DISC

Ambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mencegah sakit belakang dan mengurangkan risiko untuk mendapat slip disc.

Sebagai contoh, anda sepatutnya:

  • Selalu bersenam
  • Gunakan teknik yang betul apabila mengangkat benda berat
  • Sentiasa kekalkan posisi yang betul ketika duduk atau berdiri
  • Berhenti merokok jika anda merokok

 

KAEDAH ALTERNATIF UNTUK MEREDAKAN SLIP DISC

Selain daripada terapi, pembedahan, dan pengambilan ubat-ubatan, slip disc juga boleh dibantu dengan pengalaman gaya hidup sihat melalui pengambilan nutrisi & suplemen yang baik. Di Shaklee, antara suplemen yang dapat membantu adalah seperti:

  1. Vivix – dipatenkan dengan formula yang berupaya memperbaiki kesihatan pada tahap sel dan DNA. Ini secara tidak langsung dapat memelihara kesihatan seluruh tubuh badan termasuklah tulang & saraf.
  2. Omega Guard – asid lemak omega-3 merupakan anti-inflamasi yang baik. Ini akan dapat membantu meredakan keradangan yang berlaku pada sendi akibat slip disc.
  3. Ostematrix – sumber kalsium lengkap dengan magnesium, vitamin D3 dan zat galian lain untuk membantu kesihatan dan kekuatan tulang sentiasa berada pada tahap maksima.
  4. Collagen Powder – kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan

 

 

rawatan slip disc

 

Ok, diawal tadi saya ada sebut tentang seorang pesakit slip disc ni yang dah jalani rawatan slip disc dan dah berhabis puluhan ribu ringgit tapi masih tak sembuh juga. Akhirnya beliau diperkenalkan dengan Shaklee dan sudah berjaya kembali sembuh dengan izinNya.

 

 

rawatan slip disc

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Rawatan Slip Disc: Kaedah Alternatif Pada Kos Yang Jauh Lebih Murah

2 thoughts on “Rawatan Slip Disc: Kaedah Alternatif Pada Kos Yang Jauh Lebih Murah

  • November 12, 2017 at 4:05 pm
    Permalink

    husband selalu sakit belakang kt bghian pnggang. mungin slip disc ni

    Reply
    • November 13, 2017 at 1:19 pm
      Permalink

      sebaiknya dapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar untuk kepastian. lebih mudah utk merawat bila dah tau apa sakit yang sebenarnya…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *