Turberculosis (TB) atau bahasa Melayunya penyakit Tibi adalah sejenis penyakit jangkitan yang serius yang biasanya melibatkan paru-paru kita. Bakteria yang menjadi punca kepada penyakit Tibi ni merebak daripada seseorang kepada seseorang yang lain melalui cecair yang terlepas ke udara apabila batuk atau bersin. Apa rawatan penyakit Tibi ni?

Ok, itu nanti dulu… sebelum kita masuk kepada bab rawatan penyakit Tibi ni, adalah lebih baik kalau kita ambil tahu apakah simptom-simptom dan punca penyakit Tibi yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya dengan ini akan dapat membantu kita untuk sentiasa menjaga kesihatan dan lebih berhati-hati bagi mencegah daripada terkena jangkitan penyakit yang merbahaya ni.

Individu yang menghidap penyakit Tibi aktif perlu mengambil beberapa jenis ubat selama beberapa bulan bagi menghapuskan jangkitan dan mencegah daripada terjadinya rintangan terhadap antibiotik pada masa hadapan.

Baiklah, sekarang kita akan masuk kepada topik seterusnya tapi bukan topik rawatan penyakit Tibi lagi yer… kita ambil tahu dulu apakah simptom-simptom penyakit Tibi ni.

 

rawatan penyakit tibi

 

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT TIBI

Walaupun tubuh kita mungkin ‘menyimpan’ bakteria yang menjadi punca kepada penyakit Tibi, sistem imun kita biasanya mampu untuk menghalang kita daripada jatuh sakit. Oleh kerana itu, para doktor membuat perbezaan antara jenis penyakit Tibi seperti berikut:

 

Latent TB (penyakit Tibi tersembunyi) – dalam keadaan ini, seseorang itu memang sedia ada jangkitan Tibi tetapi bakteria kekal dalam keadaan tidak aktif dan tidak menyebabkan apa-apa simptom. Latent TB atau dikenali juga sebagai Tibi tidak aktif, tidak berjangkit. Ia juga boleh bertukar kepada Tibi aktif, oleh itu rawatan bagi individu yang menghidap latent TB adalah penting untuk mengawal perebakan penyakit tersebut.

Tibi aktif – keadaan ini menjadikan seseorang itu sakit dan boleh menjangkiti orang lain juga. Ia boleh terjadi dalam beberapa minggu pertama selepas jangkitan bakteria penyakit Tibia tau ia juga boleh terjadi beberapa tahun selepas itu.

 

Tanda dan simptom Tibi aktif termasuklah:

  • Batuk berlarutan sehingga 3 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada terutamanya semasa menarik nafas atau batuk
  • Berat badan turun mendadak atau secara tiba-tiba
  • Keletihan
  • Demam
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Menggigil
  • Hilang selera makan

 

rawatan penyakit tibi
Gambar menunjukkan keadaan paru-paru yang berlubang akibat jangkitan bakteria Tibi

 

Penyakit Tibi juga boleh memberi kesan kepada bahagian lain dalam badan kita termasuklah buah pinggang, tulang belakang dan otak. Simptom bagi penyakit Tibi yang terjadi luar daripada paru-paru adalah berbeza mengikut organ yang terlibat. Contohnya, penyakit Tibi pada tulang belakang akan membuatkan seseorang itu sakit belakang dan penyakit Tibi pada buah pinggang mungkin menyebabkan terjadinya kencing berdarah.

 

PUNCA PENYAKIT TIBI

Penyakit Tibi berpunca daripada bakteria yang dijangkiti daripada orang lain melalui cecair yang terlepas ke udara. Ini boleh berlaku apabila seseorang yang memang sedia menghidap penyakit Tibi aktif yang tidak dirawat batuk, bercakap, bersin, meludah, ketawa mahupun menyanyi… haa… menyanyi pun jangan tau… atau ayat mudahnya.. jangan buka mulutlah.. susah jugak ni kan..

Walaupun penyakit Tibi adalah jenis berjangkit, ia taklah begitu mudah untuk kita dapat. Risiko akan lebih tinggi jika orang sekeliling yang kita tinggal atau bekerja bersama ada yang menghidap penyakit Tibi berbanding orang asing. Individu yang menghidap penyakit Tibi aktif dan sudah pun mendapatkan rawatan sekurang-kurangnya 2 minggu atau lebih tidak lagi mudah menjangkiti orang lain.

 

rawatan penyakit tibi
Bakteria Tibi boleh menjangkit melalui cecair yang terlepas ke udara apabila seseorang itu batuk atau bersin

 

Salah satu sebab mengapa penyakit Tibi kekal menjadi punca kematian yang tinggi adalah kerana peningkatan bakteria yang kalis drugs (ubat). Memandangkan antibiotik pertama yang digunakan untuk melawan penyakit Tibi sudah lebih daripada 60 tahun, sesetangah kuman penyakit Tibi telah pun membina kemampuan untuk bertahan dan hidup, dan kemampuan ini akan terus bersambung ke generasi kuman seterusnya.

Penyakit Tibi yang kalis drugs ini muncul apabila antibiotik yang digunakan gagal untuk membunuh bakteria tersebut. Bakteria yang dapat bertahan menjadi kalis kepada drugs yang digunakan termasuklah antibiotik lain juga.

 

FAKTOR RISIKO PENYAKIT TIBI

Sesiapa sahaja berpotensi untuk mendapat jangkitan penyakit Tibi ni.. tapi ada faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko tersebut. Antaranya:

 

Sistem imun yang lemah – sistem imun yang kuat biasanya berjaya melawan jangkitan bakteria penyakit Tibi, tapi badan kita tak mampu untuk bertahan jika sistem pertahan kita lemah. Ada beberapa jenis penyakit dan perubatan yang boleh melemahkan sistem imun seseorang termasuklah:

  • HIV / AIDS
  • Kencing manis
  • Sakit buah pinggang kronik
  • Sesetengah jenis kanser
  • Rawatan kimoterapi
  • Ubat yang digunakan untuk menghalang penolakan organ yang baru dipindahkan
  • Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis, penyakit Crohn’s dan psoriasis
  • Kekurangan nutrisi
  • Faktor umur

 

Kurang penjagaan kesihatan, penyalahgunaan dadah & alkohol dan merokok juga boleh menjadi punca kepada kelemahan sistem imun seseorang itu.

 

KOMPLIKASI PENYAKIT TIBI

Tanpa rawatan penyakit Tibi yang betul, nyawa mungkin tergadai. Penyakit Tibi aktif yang tidak dirawat akan memberi kesan kepada paru-paru dan boleh juga merebak ke bahagian tubuh yang lain melalui salur darah. Contoh komplikasi penyakit Tibi ialah:

  • Sakit tulang belakang
  • Kerosakan sendi
  • Pembengkakan membran yang melitupi otak (meningitis)
  • Kerosakan hati atau buah pinggang
  • Masalah jantung

 

RAWATAN PENYAKIT TIBI

Ok, sekarang kita masuk bab yang paling penting iaitu rawatan penyakit Tibi.

Ubat-ubatan adalah asas kepada rawatan penyakit Tibi. Tetapi merawat penyakit Tibi mengambil masa yang lebih lama berbanding jangkitan bakteri lain.

Penghidap penyakit Tibi perlu mengambil antibiotik selama lebih kurang 6 hingga 9 bulan. Tempoh sebenar pengambilan dan jenis antibiotik adalah bergantung kepada umur, kesihatan keseluruhan, kemungkinan penolakan drugs, jenis penyakit Tibi samada aktif atau tidak aktif dan tempat yang dijangkiti seseorang itu.

 

JAWAPAN PAKAR NUTRISI ESKAYVIE – RAWATAN PENYAKIT TIBI DENGAN SOKONGAN SUPLEMEN

Saya sertakan jawapan Dr Syid mengenai TiBi

”Dia perlu complete kan ubat antibiotik untuk TiBi tu. Boleh syorkan dia PHYTAX untuk kurangkan keradangan dan tingkatkan sistem imun”.

Tuberculosis ini adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman yang menyerang paru-paru atau beberapa organ lain termasuklah tulang. Majoriti pesakit TiBi yang menyerang organ lain boleh juga alami TiBi di bahagian paru-paru. Jadi di sini pengambilan DIFFENZ inshaAllah boleh membantu untuk tingkatkan kesihatan paru-paru disamping tingkatkan sistem imun juga.

Selain itu, boleh juga syorkan Phytax untuk bantu mengurangkan keradangan akibat penyakit tersebut yang boleh menjejaskan fungsi organ spt paru paru menjadi fibrotik (tisu parut) atau bengkak pada sendi sehingga menjejaskan fungsinya.

Pastikan ambil ubatan mengikut yang telah ditetapkan oleh Doktor yang merawat juga.

rawatan penyakit tibi

 

KESAN SAMPINGAN DARIPADA RAWATAN PENYAKIT TIBI

Kesan sampingan yang serius daripada drugs yang digunakan sebagai rawatan penyakit Tibi tidaklah kerap berlaku tetapi ia boleh jadi amat bahaya apabila terjadi. Semua jenis ubat-ubatan untuk penyakit Tibi boleh jadi terlalu bertoksid untuk hati. Apabila seseorang itu sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit Tibi dan mengalami keadaan berikut, haruslah segera berjumpa doktor:

  • Loya & muntah
  • Hilang selera makan
  • Kulit menjadi kekuningan
  • Air kencing berwarna gelap
  • Demam berlarutan selama 3 minggu atau lebih dan tiada punca yang jelas

 

MENJALANI RAWATAN PENYAKIT TIBI SEHINGGA SELESAI

Selepas beberapa minggu menjalani rawatan, anda tidak lagi boleh menjangkiti orang lain dan akan merasa lebih selesa. Jadi, anda mungkin terdorong untuk berhenti daripada mengambil ubat. Tetapi anda perlu tahu bahawa anda wajib menghabiskan semua ubatan yang sudah dibekalkan.

Memberhentikan rawatan penyakit Tibi terlalu awal atau mengambil ubat tanpa mengikut aturan yang betul boleh menyebabkan bakteria yang masih hidup membina rintangan terhadap ubat-ubatan dan membawa kepada penyakit Tibi yang jauh lebih bahaya dan sukar untuk dirawat.

 

rawatan penyakit tibi

 

EKSYVIE PHYTAX

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius. Kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang.

 

ESKAYVIE DIFFENZ

Diffenz merupakan solusi yang terbaik kerana ia membantu menguatkan paru-paru anda untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya anda dijangkiti virus, Diffenz akan melindungi paru-paru anda.

Bagaimana Diffenz boleh bantu lindungi paru-paru anda? Diffenz mengandungi Cendawan Susu Harimau yang mempunyai khasiat yang cukup “powerful”, mempunyai bukti serta kajian terperinci tentang kebaikannya kepada paru-paru.

Anda boleh lihat, contoh terbaik Tokoh Negara kita, Tun M yang pernah mengalami masalah berkaitan paru-paru satu masa dahulu. Beliau kini dah kembali sembuh dengan mengamalkan Cendawan Susu Harimau.

Tak banyak syarikat tempatan yang mampu mengeluarkan suplemen tambahan yang ada Cendawan Susu Harimau seperti ini. Eskayvie menyahut saranan World Health Organization (WHO) untuk meningkatkan tahap imuniti badan dari dalaman dengan menghasilkan Diffenz.

Diffenz diformulasikan dengan Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, vitamin C dan D yang merupakan ramuan penting untuk membantu menguatkan paru-paru anda. Ini adalah kombinasi terbaik yang anda perlu miliki demi memastikan paru-paru anda dilindungi.

Semoga info yang saya kongsikan disini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mempunyai masalah berkaitan kesihatan paru-paru terutamanya penyakit Tibi. Jika anda syak yang anda sedang dijangkiti baketria Tibi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Jangan berlengah kerana penyakit ini sangat bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan yang betul. Hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan suplemen yang saya senaraikan tadi, bagi menyokong kesihatan anda.

 

TESTIMONI PESAKIT TIBI & PENYAKIT BERKAITAN PARU-PARU

 

rawatan penyakit tibi

 

rawatan penyakit tibi

 

rawatan penyakit tibi

 

rawatan penyakit tibi

 

rawatan penyakit tibi

rawatan penyakit tibi

 

 

rawatan penyakit tibi

 

Komen Facebook:
Rawatan Penyakit Tibi: Bahaya Jika Ia Melarat

4 thoughts on “Rawatan Penyakit Tibi: Bahaya Jika Ia Melarat

  • November 17, 2017 at 1:37 pm
    Permalink

    berapa harga vivix ni? saya dah sebulan batuk tak baik baik lagi…. sakit tekak dan tak lena tidur malam…..yang tak tahan tu batuk terkencing kencing…. betul ke vivix boleh sembuhkan batuk? macaman penggunaannya

    Reply
    • November 17, 2017 at 10:47 pm
      Permalink

      Puan Rohayu boleh Whatsapp saya di 0197071977 utk konsultasi lanjut yer… sebab saya perlu tau masalah Puan lebih details…
      Terima kasih…

      Reply
  • June 10, 2018 at 8:13 pm
    Permalink

    Asalamualaikum…vivix ni sesuai untuk penyakit TB ke?

    Reply
    • June 25, 2018 at 12:13 pm
      Permalink

      Wa’alaikumsalam… Alhamdulillah Vivix sangat sesuai untuk membantu menyokong kesihatan pesakit TB… untuk info lanjut Encik Rizwan boleh WhatsApp saya di 019-7071977 yer

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!