Keradangan kronik dan tekanan oksidatif meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit paru-paru seperti asma dan penyakit paru-paru obstruktif kronik. Tetapi cara jaga kesihatan paru-paru yang betul dapat mengurangkan risiko ini.

Anda boleh meningkatkan kesihatan paru-paru dan mengurangkan risiko penyakit paru-paru dengan menambah pengambilan antioksidan terbaik samada melalui makanan segar ataupun suplemen. Antioksidan terbaik untuk paru-paru termasuk beta-karoten, vitamin C & E dan resveratrol.

 

cara jaga kesihatan paru-paru
Rokok seringkali menjadi punca utama kepada penyakit berkaitan paru-paru

 

AMBIL ANTIOKSIDAN TERBAIK SEBAGAI CARA JAGA KESIHATAN PARU-PARU

BETA-CAROTENE

Beta-carotene adalah nutrien yang terdapat dalam buah-buahan dan sayuran yang memberikan warna kuning atau oren. Antioksidan yang kuat adalah sangat baik untuk melindungi anda daripada suatu keadaan yang dipanggil  singlet oksigen. Ia merupakan bentuk oksigen yang sangat reaktif.

Dos beta-carotene yang tinggi daripada suplemen, bagaimanapun, boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru. Ia adalah lebih baik untuk mendapatkan antioksidan seperti beta-carotene daripada makanan.

Kerana makan makanan yang tinggi beta-karotena dapat melindungi paru-paru anda tanpa meningkatkan risiko kanser. Sumber beta-karotena yang baik termasuklah lobak merak, bayam, tomato, ubi keledek, brokoli dan cantaloupe.

 

VITAMIN C

Sebagai antioksidan, vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko kanser paru-paru. Vitamin C berfungsi dengan vitamin E dalam mengurangkan aktiviti radikal bebas. Ia juga membantu menghasilkan semula vitamin E.

Vitamin C sangat bermanfaat untuk kesihatan paru-paru, dos yang tinggi – lebih daripada 2,000 miligram sehari tidak boleh meningkatkan risiko kanser. Sumber yang baik termasuk lada merah dan hijau, buah oren dan jus oren, bayam, kentang, kiwi dan tomato.

 

VITAMIN E

Sebagai vitamin larut lemak dan antioksidan, vitamin E melindungi membran sel daripada kerosakan oksidatif. Mendapatkan lebih banyak vitamin E dalam diet anda boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru.

 

RESVERATROL: ANTI-RADANG

Resveratrol adalah phytonutrient yang memberikan wine merah manfaat dalam kesihatan. Ia juga terdapat dalam buah anggur, kacang tanah dan beri. Walaupun resveratrol tidak mempunyai kuasa antioksidan sebanyak beta-karoten atau vitamin C dan E, ia boleh membantu menggalakkan kesihatan paru-paru. Satu kajian pada tahun 2004 yang diterbitkan dalam American Journal of Physiology mendapati bahawa resveratrol dapat membantu mengurangkan keradangan sel-sel epitel dalam paru-paru, melindungi paru-paru daripada penyakit radang.

 

Nak jaga kesihatan ni tak susah pun.. termasuklah mejaga kesihatan paru-paru.. asalkan setiap orang mengamalkan gaya hidup sihat, aktif, bersenam, makan makanan yang sihat, tidak merokok dan cukupkan pengambilan nutrisi penting setiap hari…

Usaha ini sangat membantu dalam memastikan kesihatan sentiasa terpelihara…

Tapi, malangnya lebih ramai orang yang menghargai kesihatan hanya apabila sudah disahkan sakit. Masa ni lah baru nak ambil langkah “pencegahan” sedang pencegahan sepatutnya diambil semasa masih sihat.

 

Dapatkan Set Shaklee Untuk Kesihatan Paru-paru

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

Komen Facebook:
Cara Jaga Kesihatan Paru-paru: Elak Penyakit Kronik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *