MANFAAT AIR KEPADA KESIHATAN

Air adalah komponen utama dalam badan manusia. 55% hingga 78% daripada komposisi badan kita ada air (bergantung kepada saiz badan). Pengambilan air kosong yang cukup beri sangat banyak manfaat kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi air kosong tiada kalori, karbohidrat, lemak atau gula.

Jumlah air yang kita minum setiap hari memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan. 8 hingga 10 gelas air biasanya disarankan untuk diambil setiap hari.

Air membantu untuk memastikan badan sentiasa terhidrat. Ia penting kerana hampir semua sel dalam badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

 

TOP 10 MANFAAT AIR KEPADA KESIHATAN

1.MELEGAKAN KELETIHAN

Jika anda selalu letih, ia mungkin kerana anda sebenarnya kurang minum air dan membuatkan badan tidak dapat berfungsi dengan efisien. Keletihan adalah salah satu petanda bahawa badan sudah ternyahidrat.

Apabila badan kekurangan air, jumlah darah akan turun dan membuatkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah berokisgen ke dalam salur darah dan ini juga membuatkan organ lain tidak dapat berfungsi dengan baik.

 

2. MENAIKKAN MOOD

Kajian menunjukkan bahawa penyahidratan ringan (walaupun hanya sekadar 1% atau 2% rendah daripada tahap penyahidratan optima) akan memberi kesan negatif kepada mood dan kemampuan berfikir.

Sebuah jurnal bertajuk Journal of Nutrition yang menjalankan kajian keatas 25 orang wanita mendapati ternyahidrat boleh memberi kesan kepada mood dan fungsi kognitif. Tahap nyahidrat boleh ditentukan melalui warna air kencing seseorang. Jika warnanya cerah bermakna tahap nyahidratnya adalah baik dan jika berwarna gelap atau pekat ia menerangkan sebaliknya.

 

3. MEREDAKAN SAKIT KEPALA & MIGRAIN

Jika anda mengalami sakit kepada atau migrain, perkara pertama yang anda patut buat adalah minum air kosong yang banyak bagi mendapatkan kelegaan. Sakit kepala dan migrain biasanya berpunca daripada ternyahidrat.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Neurology, pengkaji mendapati bahawa penambahan pengambilan air dapat membantu mengurangkan jangkamasa dan ketegangan akibat sakit kepala tersebut.

 

4. MEMBANTU PENGHADAMAN DAN MENCEGAH SEMBELIT

Air juga dapat meningkatkan fungsi saluran pencernaan. Ia membantu penghadaman dan mencegah sembelit. Kekurangan air dalam badan akan menjadi punca sembelit kerana usus besar akan menyerap air daripada najis to terus kekal hidrat. Sebab itulah najis menjadi keras dan sukar untuk keluar.

Meminum air kosong yang cukup akan meningkatkan metabolisma dan membantu badan untuk mencernakan makanan dengan lebih baik. Ini membuatkan sistem penghadaman dapat bekerja dengan efisien dan menggalakkan pergerakan usus yang normal. Air suam adalah yang terbaik untuk kesihatan penghadaman.

 

5. MENURUNKAN BERAT BADAN

Dalam ujian klinikal, saintis mendapati dengan meminum air kosong 2 gelas sebelum makan akan membantu mengawal nafsu makan dan seterusnya menyokong usaha menurunkan berat badan.

Ia juga membantu kadar pembakaran lemak dan mengalakkan pemecahan dan penyingkiran sel lemak.

Air kosong yang bebas kalori adalah pengganti terbaik kepada air berkalori tinggi seperti air manis dan soda yang selalunya menyumbang kepada kegemukan.

 

6. MENYIKIRKAN TOKSIN

Water adalah ajen detoks paling baik kerana ia membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan melalui peluh dan air kencing.

Air juga menggalakkan fungsi buah pinggang dan mengurangkan batu karang dengan melarutkan garam dan mineral dalam air kencing yang menjadi punca kepada batu karang tersebut.

Pastikan minum air kosong hanya mengikut jumlah yang bersesuaian dengan keperluan badan. Setiap orang keperluannya adalah berbeza (rujuk gambar dibawah). Terlalu berlebihan meminum air kosong juga mungkin akan membebankan buah pinggang kerana buah pinggang terpaksa bekerja lebih untuk memproses cecair yang masuk kedalam badan kita.

manfaat air kepada kesihatan
Credit photo: Google

 

7. MENGAWAL-SELIA SUHU BADAN

Jumlah air yang cukup dalam badan juga membantu badan kita untuk berada pada suhu yang betul. Sifat therma dalam air dan kemampuannya untuk melepaskan haba daripada badan apabila peluh menyejat daripada permukaan kulit membantu mengekalkan suhu badan yang baik.

Suhu badan yang teratur akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga apabila bersenam. Air juga membantu melincirkan sendi dan otot, dan mencegah kekejangan dan terseliuh.

 

8. KESIHATAN KULIT

Air akan membuatkan badan terhidrat dengan baik dan menggalakkan peredaran darah kapilari, yang menjadikan kulit sentiasa nampak sihat dan cantik. Air membantu menggantikan tisu kulit, melembapkan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

Apabila badan mendapat air yang cukup, kulit akan lebih segar, lembut, glowing dan licin. Air juga membantu mencegah dan merawat kedutan ringan, parut, jerawat dan simptom penuaan yang lain.

 

9. MELEGAKAN PENING (HANGOVER)

Meminum air adalah cara paling simple dan paling berkesan untuk melegakan rasa pening terutamanya bagi orang yang meminum alkohol. Alkohol akan membuatkan seseorang itu membuang air kecil lebih kerap. Jadi, air kosong akan membantu badan dihidrat semula dengan lebih cepat.

Pakar menyarankan untuk meminum 16 hingga 20 auns air selepas mengambil minuman beralkohol.

 

10. MENCEGAH NAFAS BERBAU

Nafas berbau adalah tanda yang anda tidak minum air kosong yang cukup. Air akan membuatkan mulut sentiasa lembap dan bersih daripada sisa makanan dan bakteria. Ia juga mencairkan sebatian berbau yang dihasilkan oleh bakteria.

Jadi, minum air kosong yang cukup dan bilas mulut dengan air, terutamanya selepas makan untuk mengawal bau dan menyingkirkan bakteria dan sisa makanan yang terlekat dicelah-celah gigi.

 

Kesimpulannya, adalah sangat penting untuk semua orang berusaha meminum air kosong yang cukup setiap hari. Untuk mendapatkan manfaat kesihatan daripada air, pastikan minum air yang ditapis sahaja. Selain daripada itu, amalkan juga pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air.

Kalau kena minum air yang ditapis sahaja, mestilah kita nak penapis air yang murah kan?… Ada tau penapis air mudah alih yang murah dan tak perlu tenaga elektrik pun untuk berfungsi. Sangat ringan dan boleh bawa kemana-mana saja macam dalam gambar kat bawah ni..

Komen Facebook:
10 Manfaat Air Kepada Kesihatan Yang Ramai Orang Abaikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!