Ada ke cara mudah untuk kurus? Jangan cerita bab ubat kuruslah yer sebab itu bukan  cara mudah untuk kurus tapi itu adalah antara cara paling bahaya untuk kurus. Mungkin ada yang kata “tapi ubat kurus tu berkesan, berat badan saya memang turun”

Memang pun berkesan, saya pun tak nafikan. Tapi, berbaloi ke bila kita bukan saja dapat kurus, tapi dapat pakej sekali dengan risiko penyakit?.

Baiklah, kita lupakan hal ubat kurus sebab itu bukan apa yang saya nak ceritakan kali ni. Saya nak bagi tips dan 5 cara mudah untuk kurus tanpa perlu merisikokan kesihatan.

Cara ni sangat ringkas dan semua orang boleh buat bila-bila masa & di mana saja.

 

5 CARA MUDAH UNTUK KURUS

 

1.Lawan ketagihan

Agak mencabar nak melawan ketagihan ni terutamanya bila bab makan minum. Tapi cubalah perlahan-lahan untuk berhenti mengambil segala jenis makanan  & minuman bergula, makanan berasaskan tepung dan semua pemanis tiruan. Semua ini akan mebuatkan anda ketagihan dan menurunkan metabolisma yang membawa kepada pengumpulan lemak tertumanya lemak di perut.

Elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans atau lemak hydrogenated dan MSG termasuklah makanan dalam tin atau kotak. Makan hanya makanan segar atau ‘real food’ sahaja.

Kafein dan alkohol adalah tidak digalakkan seperti juga gula.

cara mudah untuk kurus

Mengambil Cinch Shake Mix & Cinch Tea Mix dapat membuatkan seseorang itu mengurangkan ketagihan mereka terhadap makanan & minuman bergula. Cinch sudah diformulasikan khas oleh Shaklee bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dan produk ini tinggi dengan kandungan leucine untuk membantu meningkatkan tahap metabolisma.

 

2. Mulakan & penuhi hari anda dengan protein

Protein, protein, protein dalam setiap hidangan terutamanya sarapan pagi adalah kunci kepada keseimbangan tahap gula dalam darah dan insulin dan juga boleh menyekat nafsu makan berlebihan.

Mulakan hari anda dengan hidangan telur ataupun protein shake. Selain daripada itu, kekacang, ikan, ayam dan daging (daripada haiwan yang memakan rumput sahaja) disyorkan untuk hidangan harian anda. Tapi jangan ambil berlebihan kerana sumber protein ini juga turut mengandungi lemak & kolesterol. Saiz sebesar tapak tangan sudah memadai bagi satu-satu hidangan.

cara mudah untuk kurus

 

 

ESP merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasaskan tumbuhan (soya non-GMO) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa mempunyai kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk membekalkan tenaga.

 

3. Ambil karbohidrat yang banyak (sumber karbohidrat yang betul sahaja)

Terkejut? YA. Makan saja karbohidrat yang banyak tapi bukanlah 2 pinggan nasi sekali makan. Anda tahu tak bahawa sayur-sayuran juga mengandungi karbohidrat? Dan anda boleh makan sebanyak mana sayur-sayuran yang anda mahu.

TAPI bukan sayur-sayuran yang jenis berkanji seperrti ubi kentang atau keledek yer. Sayur-sayuran yang anda bebas untuk makan adalah sayur-sayuran hijau seperti brokoli, cauliflower, kale, asparagus, green beans, cendawan, bawang, zucchini, tomato, fennel, terung, artichokes, lada benggala dll.

Jadikan sayur-sayuran ini sebagai hidangan anda selama 10 hari dan lihatlah nanti hasilnya. Bukan saja berat anda akan turun tetapi anda juga akan merasa lebih sihat & segar.

 

cara mudah untuk kurus
Sayur-sayuran adalah pilihan karbohidrat selamat untuk mereka yang inginkan berat badan ideal

 

4. Lawan gula dengan lemak

Lemak tidaklah sejahat yang semua orang labelkan. Lemak tak membuatkan anda gemuk. Gula yang menjadi dalangnya. Lemak akan membuatkan anda berasa kenyang, menstabilkan paras gula dalam darah dan ia perlu bagi memberi tenaga kepada sel.

Seperti protein, lemak baik adalah perlu dalam setiap hidangan dan snek. Ia termasuklah kekacang, minyak zaitun, coconut butter, avocado dan omega-3 daripada ikan.

cara mudah untuk kurus
Credit photo: Google
Omega Guard Shaklee adalah sumber asid lemak Omega 3 yang tulen dan bebas merkuri.

 

5. Minta sokongan kawan-kawan kerana kesungguhan diri sendiri saja tidak memadai

Kajian menunjukkan bahawa kegemukan ibarat menjangkit. Anda akan cenderung untuk gemuk sekiranya kawan-kawan rapat anda juga gemuk kerana anda mungkin akan terikut-ikut dengan gaya hidup serta diet yang kawan anda amalkan.

Tetapi, kesihatan juga boleh berjangkit. Jika kawan anda jenis orang yang prihatin dengan kesihatan dan sangat menjaga pemakanan, secara tak sengaja anda juga akan terikut dengan gaya hidupnya.

Jika anda sedang berusaha untuk turunkan berat badan, ceritakan kepada kawan baik anda yang anda rasa boleh memberi sokongan kepada anda. Jangan salah orang sebab ada jer kawan yang akan memperlekehkan usaha kita bila kita suarakan hasrat nak kurus. Dengan ini, anda tidak akan keseorangan dan proses menurunkan berat badan akan jadi lebih menyeronokkan apabila ada geng kan.

 

Ingat, kejayaan penurunan berat badan yang sebenar bukanlah berapa kilogram yang anda berjaya buang tapi, berapa inci sudah hilang dari ukuran tali pita anda dan sebaik mana anda telah berjaya mengubah diet kepada yang lebih sihat.

cara mudah untuk kurus
Set lengkap Pengurusan Berat Badan Shaklee yang merangkumi suplemen untuk DETOKS, BUANG LEMAK & BINA OTOT iaitu 3 teknik yang betul untuk menurunkan berat badan.

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan ketahui juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
5 Cara Mudah Untuk Kurus & Tampil Cantik Tanpa Perlu Berlapar Atau Mengambil Ubat Kurus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!