Kenapa laaa degil sangat lemak ni nak cair? Perut masih buncit! Makan dah kurang dah, tapi berat badan susah turun. Kenapa agaknya ye? Dimana rasanya silap anda?

Anda ada masalah macam ni?

Kalau ye, anda wajib baca perkongsian saya ni..

Kenapa berat badan susah turun dan bagaimana sebenarnya cara yang betul untuk turunkan berat badan?

Perlu tak sokongan apa-apa suplemen?

Haishhh! Banyak kan persoalan yang bermain dalam fikiran.. Jangan risau, izinkan saya bantu anda ye.

 

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berat badan susah turun, antaranya:

1. Metabolisme Rendah: Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza. Jika metabolisma rendah, proses pembakaran kalori akan lebih perlahan, menjadikan penurunan berat badan lebih sukar dan lebih lambat walaupun anda menggunakan kaedah yang sama dengan orang lain.

2. Pola Makan Tidak Sihat: Amalan makan makanan berproses, tinggi lemak dan gula boleh menghalang usaha anda dan berat badan susah turun. Makanan segera dan snek tidak sihat juga boleh menjadi penghalang.

3. Kurang Aktiviti Fizikal: Gaya hidup yang kurang aktif dan kurang bergerak boleh mengurangkan pembakaran kalori dan menyukarkan penurunan berat badan.

4. Hal Perubatan: Beberapa kondisi kesihatan seperti hypothyroidisme, sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan gangguan hormon boleh mempengaruhi penurunan berat badan.

5. Tahap Stres dan Kurang Tidur: Stres yang tinggi dan tidur yang kurang boleh mempengaruhi hormon yang mengawal nafsu makan dan berat badan.

6. Ubatan: Sesetengah ubatan seperti antidepresan dan steroid boleh menyebabkan peningkatan berat badan.

7. Aspek Psikologi: Hubungan yang kompleks dengan makanan, emosi boleh mempengaruhi usaha menurunkan berat badan.

8. Faktor Usia: Proses penuaan boleh mempengaruhi komposisi badan dan metabolisma, yang boleh menyukarkan penurunan berat badan.

9. Kekurangan Nutrien dan Makanan Rendah Serat: Diet yang tidak seimbang dan kurang serat boleh menyebabkan perasaan kenyang berkurangan, menyebabkan anda makan lebih banyak kalori.

10. Amalan Makan Tidak Terkawal: Makan tanpa kawalan, terutamanya disebabkan stres atau emosi, boleh menghalang usaha menurunkan berat badan.

Dalam keadaan ini, penting untuk menjalani gaya makan seimbang, bersenam secara berkala, mengurus stres dengan baik dan berjumpa profesional kesihatan atau pakar pemakanan untuk mendapatkan panduan yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan anda.

 

Jadi, apa yang anda perlu buat?

Menurunkan berat badan dengan cara yang betul melibatkan perubahan gaya hidup yang berterusan.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu:

1. Pola Makan Seimbang: Fokus pada makanan yang tinggi serat, protein, buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin. Elakkan makanan tinggi proses, gula tambahan dan makanan segera.

2. Kawal Saiz Hidangan: Mengawal saiz hidangan boleh membantu kurangkan kalori tanpa perlu berasa lapar. Gunakan pinggan yang lebih kecil dan nikmati hidangan dengan perlahan.

3. Pantau Kalori: Sedar akan jumlah kalori yang dimakan adalah penting. Gunakan aplikasi atau buku catatan makanan untuk rekod makanan dan minuman.

4. Bersenam Secara Berkala: Gabungkan senaman kardiovaskular (contohnya berjalan kaki, berlari, berenang) dengan latihan kekuatan (seperti angkat berat) untuk membantu bakar kalori dan bina otot – untuk senaman yang lebih berat, adalah lebih baik jika anda dapatkan khidmat nasihat daripada coach bertauliah.

5. Elak Diet Ekstrem: Jauhi diet drastik yang melibatkan pengurangan kalori secara keterlaluan atau penyingkiran kumpulan makanan tertentu. Ini biasanya sukar untuk dikekalkan dan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

6. Minum Air Kosong Yang Cukup: Air penting untuk mengekalkan keseimbangan badan. Minum air secukupnya boleh bantu kawal selera makan dan kelembapan tubuh.

7. Tidur Yang Cukup: Penting! Tidur yang cukup dan berkualiti adalah penting untuk kesihatan dan proses penurunan berat badan yang berjaya. Kurang tidur boleh beri kesan kepada hormon yang mengawal selera makan.

8. Kawal Stres: Cari cara untuk menguruskan stres seperti meditasi, yoga atau berjalan-jalan. Stres boleh mempengaruhi tabiat makan anda.

Lihat juga: Testimoni MINDTROPIC Untuk Atasi Stress & Susah Tidur Malam

 

9. Perubahan Gaya Hidup: Pertimbangkan perubahan kecil yang boleh dikekalkan dalam jangka masa panjang, seperti menggunakan tangga atau berjalan kaki lebih banyak.

10. Dapatkan Sokongan: Cari sokongan dari keluarga, kawan-kawan atau pakar kesihatan seperti Dietician atau Coach kecergasan.

Ingatlah bahawa penurunan berat badan yang berjaya memerlukan USHAHA, KESABARAN & KOMITMEN. Setiap individu berbeza, jadi cari pendekatan yang sesuai untuk anda dan berbincang dengan doktor jika anda ada masalah kesihatan sebelum memulakan program penurunan berat badan.

 

Nak tak kalau hari-hari anda boleh ‘CHEAT DAY’ enjoy minum air sedap, manis, kaw! tapi takde risiko kesihatan dan boleh bantu turunkan berat badan?

Nak?

SAVVA lah!

 

berat badan susah turun

 

berat badan susah turun

 

Baca lanjut: Slimming Drink SAVVA

 

berat baban susah turun

 

Selain daripada SAVVA untuk membantu anda cegah pengumpulan lemak dalam badan, jika anda jenis orang yang susah nak turunkan berat badan maka WAJIBLAH DETOKS!

NUTRELLE EXTRA sedia membantu anda untuk singkirkan toksin, kerak usus yang selama ni menjadi PENGHALANG kepada usaha anda menurunkan berat badan.

 

berat badan susah turun
Usus yang kotor bukan saja menjadi punca kepada macam-macam jenis penyakit tetapi ia juga membuatkan anda susah turunkan berat badan

 

berat badan susah turun
Set SLIMMING Lengkap Eskayvie: Detoks dengan Nutrelle & Cegah Pengumpulan Lemak dengan SAVVA

 

Anda ada masalah susah turunkan berat badan? Dah cuba macam-macam produk tapi masih kurang berhasil?

Maknanya anda WAJIB CUBA SET SLIMMING ESKAYVIE ni. Wajib ye! WhatsApp saya untuk order

 

berat badan susah turun

 

Komen Facebook:
Berat Badan Susah Turun.. Owhh Ini PUNCANYA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!