Selama ini orang hanya guna serum untuk mengatasi pelbagai masalah kulit. Tapi sekarang, ampoule semakin menjadi trend dalam barisan produk skincare di pasaran. Macam-macam jenama muncul dengan ampoule masing-masing. Tau tak apa beza ampoule dan serum?

Perlu ke pakai kedua-duanya sekali?

 

APA BEZA AMPOULE DAN SERUM?

Memandangkan kedua-dua serum dan ampoule adalah formula yang pekat yang mensasarkan kepada masalah kulit tertentu, maka tiada masalah untuk pakai kedua-duanya sekali.

Secara umumnya, ampoule adalah supercharged serum. Dalam kebanyakan kes, ia mempunyai kepekatan bahan aktif yang lebih tinggi tanpa sebarang fillers atau pengawet.

Anda boleh anggap begini;

“Anggap serum macam air kosong, anda wajib minum setiap hari; sementara, ampoule ialah air manis yang anda minum sekali sekala atau cukup sekadar sekali sehari.”

Tidak ada garis panduan yang ketat untuk ampoule atau serum. Tapi, tak perlu berlebihan atau keterlaluan apabila menggunakan produk skincare samada cleanser, toner, moisturizer, termasuklah ampoule dan serum.

Ingat! Less is MORE.

 

BILAKAH ANDA PERLU MENGGUNAKAN AMPOULE?

Oleh kerana ampoule mengandungi formulasi yang lebih pekat, ia biasanya digunakan untuk rawatan masalah kulit yang lebih khusus seperti jeragat, kulit kusam, breakout atau jerawat teruk.

Anda boleh gunakan serum 2 kali sehari setiap hari. Tapi hanya gunakan ampoule apabila kulit anda memerlukan bantuan rawatan yang lebih.

Katakan, kulit anda kusam teruk, atau tiba-tiba breakout, jerawat sampai bernanah, ampoule boleh menjadi hero untuk menyelamatkan keadaan dengan lebih pantas.

Kulit anda biasanya boleh bertolak ansur dengan Niacinamide supercharged ampoule seperti MEERACLE Brightening Booster Ampoule.

Jika ampoule anda mengandungi bahan aktif yang tinggi, perhatikan perubahan kulit anda semasa anda menggunakannya.

Jika kulit anda mula kelihatan lebih teruk, walaupun ia bukan kerengsaan sepenuhnya, anda boleh mula kurangkan kekerapan atau kuantiti penggunaan.

Jangan terburu-buru, lebih-lebih lagi jika anda baru bertukar skincare atau sebelum ini anda pernah terguna produk timbang kilo.

 

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN AMPOULE

Anda tidak perlu menggunakan ampoule setiap hari atau sampai 2 ke 3 kali sehari. Anda boleh samada menggunakannya untuk tempoh masa yang singkat (seperti selama tiga hingga lima hari) atau pada jadual yang lebih konsisten, katakan, dua atau tiga kali seminggu.

Beza ampoule dan serum; adalah sangat digalakkan untuk memakai ampoule selang sehari supaya tidak keterlaluan.

Bagaimana cara untuk memasukkan ampoule ke dalam rutin skicnare anda?

Memandangkan ia adalah langkah rawatan khusus, ia mesti dipakai betul-betul sebelum serum: selepas mencuci muka dan toner, sebelum moisturizer dan wajib disusuli dengan sunscreen, jika anda menggunakannya dalam rutin siang.

Kedua-dua ampoule dan serum adalah formula pekat yang dikhususkan merawat kulit wajah; ampoule, bagaimanapun adalah lebih kuat, jadi anda tidak perlu menggunakannya setiap hari. Sebaliknya, gunakan ampoule apabila kulit anda memerlukan extra kick.

 

AMPOULE vs SERUM

SERUM – konsentrasi serum dikatakan lebih tinggi dan likat berbanding essence atau moisturizer. Partikel serum lebih halus dan lebih mudah untuk menyerap ke dalam lapisan kulit. Biasanya serum mengandungi bahan aktif tertentu yang bertujuan untuk merawat masalah kulit seperti bintik hitam, kedutan, kulit kusam dan jerawat.

 

AMPOULE – lebih kurang sama macam serum tetapi ampoule mengandungi bahan aktid yang lebih tinggi. Teksturnya pula sedikit cair berbanding serum, tidak berminyak dan mudah menyerap. Kalau anda ada masalah kulit yang teruk, saya sangat galakkan untuk menambahkan ampoule kedalam rutin skincare anda.

 

BOOSTER AMPOULE!

Ape pulak ni?

Ampoule dah cukup best. Booster ampoule lebih power!

Booster ampoule memang tengah popular sekarang. Booster ni bolehlah dianggap sebagai pre-serum untuk prep kulit; rutin tambahan untuk skincare anda yang tak akan dikesali!.

Booster mesti dipakai selepas mencuci dan toner, sebelum serum dan moisturizer.

Booster biasanya dating dalam bentuk liquid atau gel.

beza ampoule dan serum

MEERACLE Brightening Booster Ampoule

NIACINAMIDE 12% PERTAMA di Malaysia!

Yes! Meeracle Brightening Booster Ampoule mengandungi 12% Niacinamide.

Semakin tinggi kepekatan Niacinamide, semakin cepat kesannya pada pencerahan kulit. So, makin cepatlah juga proses pulihkan kulit muka.

Ada masalah jerawat dan jeragat?

Nak mencerahkan kulit yang dah kusam ?

Brightening Booster Ampoule ni WAJIB ada dalam rutin skincare harian anda.

Best sangat MEERACLE Brightening Booster Ampoule ni;

  • Tekstur yang ringan
  • Tak melekit
  • Tak berminyak
  • Cepat & mudah meresap pada kulit
  • Sangat berkesan mencerahkan kulit & mengatasi masalah kulit

 

10 MANFAAT MEERACLE BRIGHTENING BOOSTER AMPOULE

  1. Mencerahkan kulit dan mengembalikan seri wajah
  2. Mengecilkan liang pori
  3. Menghaluskan dan melicinkan kulit
  4. Mengatasi masalah blackheads & whiteheads
  5. Memulihkan system pertahanan kulit (skin barrier) dan mencegah kehilangan lembapan kulit
  6. Menenangkan & menyamankan kulit yang keradangan
  7. Menghapuskan cela (blemishes)
  8. Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
  9. Memudarkan jeragat, pigmentasi dan bintik hitam
  10. Memudarkan parut jerawat

 

beza ampoule dan serum

Dah tau apa beza ampoule dan serum kan?

Sekarang jom tengok testimoni MEERACLE Brightening Booster Ampoule.

beza ampoule dan serum

beza ampoule dan serum

beza ampoule dan serum

beza ampoule dan serum

beza ampoule dan serum

beza ampoule dan serum

ARTIKEL BERKAITAN: Testimoni MEERACLE Skincare Yang Sangat Ohsem!

 

beza ampoule dan serum

Nak try MEERACLE Brightening Booster Ampoule dan Gemstone Serum?

 

beza ampoule dan serum

 

Komen Facebook:
Beza Ampoule Dan Serum: Perlu Pakai Dua-dua?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!