Anda mencari cara atasi rambut gugur untuk lelaki?

Lelaki paling ramai berhadapan dengan masalah keguguran rambut dan kebotakan. Banyak faktor yang mencetuskan masalah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh tekanan, merokok, pemakanan yang tidak sihat, penyakit, kekurangan nutrisi dan lain-lain.

Sebelum kita cari cara atasi rambut gugur tu, apa kata kita ambil tahu puncanya terlebih dahulu?

Terdapat 3 jenis keguguran rambut yang boleh dikaitkan dengan tahap tekanan & kekurangan zat nutrisi:

 

cara atasi rambut gugur
Masalah rambut gugur jenis Alopecia Areata yang biasa terjadi kepada lelaki & perempuan

 

Alopecia areata – Pelbagai faktor yang menyebabkan alopecia areata atau botak bertompok termasuklah tekanan yang teruk. Masalah ini menyebabkan sel-sel darah putih menyerang folikel rambut yang menjadi punca kepada keguguran rambut dan ia juga membuatkan pertumbuhan rambut terhenti. Masalah rambut gugur yang macam ni pun biasanya berpunca daripada penyakit autoimmune contohnya hyperthyroid.

 

cara atasi rambut gugur
Masalah rambut gugur jenis Telogen effluvium

 

Telogen effluvium – Dalam keadaan ini, tekanan emosi atau fizikal menjadikan sejumlah besar rambut ke dalam fasa ‘berehat’. Dalam masa beberapa bulan, rambut yang tejejas mungkin gugur secara tiba-tiba semasa menyikat atau membasuh rambut.

 

cara atasi rambut gugur
Masalah rambut gugur jenis Trichotillomania

 

Trichotillomania – Ini merujuk kepada keadaan bulu-bulu tubuh anda dipaksa keluar dari kulit termasuklah rambut, bulu kening atau bahagian lain pada tubuh anda.

Keadaan ini timbul kerana kesan daripada cara anda menguruskan perasaan yang negative atau tidak selesa seperti tekanan, kebimbangan, ketegangan, kesepian, keletihan atau kekecewaan.

Tetapi, kehilangan rambut atas faktor ini tidak bersifat kekal dengan syarat anda bijak mengawal tekanan.

 

DAPATKAN NASIHAT PAKAR

Anda juga digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda tiba-tiba mengalami keguguran rambut yang teruk terutama semasa menyikat atau membasuh rambut dan jangan gunakan sembarangan produk yang kononnya boleh jadi cara atasi rambut gugur tu yer.

Sebab banyak produk yang ada kat pasaran biasanya mengandungi macam-macam jenis bahan kimia.

Jadi, apakah cara atasi rambut gugur yang yang kita buat untuk cegah daripada jadi lebih teruk atau botak?

 

TIDUR! – Apa kata ambil masa untuk tidur selama 7 ½ jam sehari selama 3 hari berturut-turut tanpa ada sebarang gangguan. Jika dilakukan dengan betul, boleh dikatakan anda telah melengkapkan kitaran tidur yang cukup selama 5 hari. Tidur yang sempurna membolehkan tubuh anda menyerap nutrisi dan meningkatkan imunisasi. Jadi, jom tidur!

 

WANGIAN – Sekitar 25% lelaki memilih wangian vanilla untuk mengharumkan rumah berbanding wanita yang 35% menggemari wangian lavender. Ia tidak menjadi masalah kerana kedua-dua haruman ini boleh membuatkan anda merasa rileks, mengurangkan keresahan dan melegakan tekanan.

Tak terhad kepada lelaki, masalah keguguran rambut juga dialami oleh wanita dan ia bukan saja berpunca daripada tekanan.

Banyak aspek lain yang mempengaruhi masalah ini seperti kebersihan diri, penggunaan produk atau syampu yang salah, penggunaan bahan kimia berlebihan yang terdapat dalam pewarna atau produk dandanan rambut dan sebagainya.

Diet yang tidak seimbang juga boleh membawa kepada masalah ini. Pengambilan makanan yang berminyak atau lemak berlebihan boleh membuatkan kulit kepala menjadi tidak sihat.

Jadi, adalah penting untuk setiap individu menjaga pemakanan harian dan pengambilan suplemen bagi memastikan kita mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh secukupnya.

Pastikan juga untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari kerana ini amat-amat membantu tubuh dalam proses detoksifikasi supaya ia dapat berjalan dengan lancar.

Pengambilan air yang cukup juga akan memberikan lembapan kepada kulit dan membuatkan kulit lebih sihat dan cantik. Tapi bukan minum air manis yer… air kosong tau..

Apa lagi cara atasi rambut gugur lelaki yang ada sebagai pilihan?… terutamanya pilihan yang selamat.

  1. Pengambilan nutrisi yang cukup setiap hari
  2. Elakkan stress
  3. Guna produk tanpa bahan kimia berlebihan

 

cara atasi rambut gugur

 

SYAMPU PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Untuk kurangkan masalah rambut gugur.
  • Mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut.

 

PERAPI PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Bantu memulihkan dan mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Mengurangkan kerosakan rambut.
  • Mengelakkan masalah rambut gugur.
  • Mengembalikan minyak semulajadi untuk kesuburan rambut.

 

HAIR & SCALP TONIC

  • Menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan kuat.
  • Menguatkan akar rambut.
  • Meningkatkan kualiti rambut dan kesihatan kulit kepala.

 

HAIR SERUM (ANTI-FRIZZ)

  • Mengurangkan masalah rambut gugur.
  • Menghapuskan kelemumur.
  • Melebatkan dan melembutkan rambut.
  • Membaiki rambut rosak dan kering.
  • Wangian kepada rambut.
  • Menyamankan kulit kepala.

 

 

 

cara atasi rambut gugur

 

cara atasi rambut gugur

 

cara atasi rambut gugur

 

cara atasi rambut gugur

 

 

 

cara atasi rambut gugur

 

 

Cara atasi rambut gugur

Komen Facebook:
Cara Atasi Rambut Gugur Lelaki Yang Takut Botak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!