APA YANG BMI ANDA SEMBUNYIKAN

Mesti ramai yang tahu apa itu BMI (body mass index) kan? Ia diukur berdasarkan berat dan ketinggian anda dan digunakan secara meluas dalam menentukan berat badan ideal seseorang. Tetapi BMI sebenarnya bukanlah cara terbaik untuk menentukan bentuk badan ideal. Ada perkara tertentu yang disembunyikan oleh BMI anda.

BMI (BODY MASS INDEX)

Body Mass Index Chart - Feet and Pounds

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BMI dikira berdasarkan berat dan ketinggian seseorang, BMI dipecahkan kepada beberapa kategori:

  • Underweight (terlalu kurus): BMI dibawah 18.5
  • Normal: BMI dalam lingkungan 18.5 – 24.9
  • Gemuk: BMI diantara 25 – 29.9
  • Obes: BMI 30 keatas

CARA KIRA BMI

BMI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara kira BMI ni mudah saja… berat anda (dalam kg) bahagi dengan ketinggian (dalam kiraan meter) maka akan dapatlah BMI anda.

Contohnya cara kira BMI: 62kg ÷ 2.6244 (1.62m x 1.62m) = 23.62

Tetapi sejauh manakah ukuran ini berguna?

Yang nyatanya BMI tak  boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menentukan tahap kesihatan seseorang tu.

Ada orang yang BMInya berada pada tahap obes tetapi mempunyai paras kolesterol dan tekanan darah, kandungan gula dalam darah yang baik dan tiada kesan buruk terhadap kesihatan daripada lebihan berat badan.

Walaupun BMI digunakan sebagai cara paling cepat untuk health screening, tetapi ia tidak memadai.

KEPINCANGAN BMI

BMI tak dapat menerangkan apa-apa tentang keadaan tubuh anda, seperti jumlah otot VS jumlah lemak yang ada. Sebab itulah kesimpulan yang dibuat berdasarkan BMI boleh menjadi misleading terutamanya jika ianya berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:

Tahap maskular (kepadatan otot): Ada individu yang BMInya tinggi tidak mempunyai begitu banyak body fat. Tisu otot mereka yang menyebabkan timbangan berat badan mereka tinggi. Sebagai contoh, seorang pemain bolasepak yang mempunyai tubuh berotot, BMI mereka adalah agak tinggi tetapi body fat mereka adalah rendah.

Tahap aktiviti: Seseorang yang kurang aktif yang BMInya dalam lingkungan normal mungkin boleh mempunyai body fat yang tinggi walaupun bentuk badan mereka tidak menggambarkan sedemikian.

Individu yang mempunyai otot dan kepadatan tulang yang rendah – biasanya golongan tua, individu yang poor shape, kadang-kadang mereka yang sakit. BMI mereka boleh jadi berada pada paras normal, walaupun mereka mempunyai body fat yang tinggi berbanding lean body mass. Mereka menghadapi risiko yang hampir sama seperti orang yang mempunyai body fat yang tinggi dengan BMI pada tahap tinggi.

Jadi, janganlah syok sangat kalau BMI anda berada pada paras normal sebab itu bukan penanda aras bagi tahap kesihatan dan bentuk badan anda yang sebenarnya. Cuma ia mungkin boleh dijadikan sebagai guideline sahaja dalam menentukan kesihatan anda.

Yang lebih baik adalah, berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih jelas. Barulah senang untuk menentukan langkah yang perlu diambil seterusnya.

Walau apa pun, dapatkanlah berat badan ideal dan jaga kesihatan sebaiknya. Pastikan anda mendapat nutrisi yang mencukupi setiap hari melalui cara pemakanan sihat & seimbang serta pengambilan suplemen yang perlu.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Kira BMI: Tapi Jangan Terpedaya Ye Sebab Ada Sesuatu Yang BMI Anda Sembunyikan
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!