Tumit kaki pecah atau merekah.. masalah biasa ni.. tak kira muda atau tua.. lelaki atau perempuan. Ada kadang tu rekahan dia sangat teruk sampai rasa sakit bila berdiri.. sangkut selimut, sangkut kain (haaa… ni kalau kena kain lace harus berserabut jadinya), rasa kasar yang sangat-sangat tak selesa kan? Nak hilangkan bukannya senang…

Walaupun ada yang anggap masalah tumit pecah ni biasa-biasa jer, tapi tak selesa dan tak cantik la especially kalau jadi macam gambar kat bawah ni…. kadang-kadang tu sakit jugak tau…

cracked-heels-2

Agaknya ape la punca tumit pecah ni yer? Ok, jom kita baca..

Faktor penyebab tumit pecah @ merekah:

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Ni pulak perkara yang kita boleh buat sebagai cara hilangkan tumit pecah:

  • Minum air secukupnya. Kalau cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong supaya tubuh kita tak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas seperti Herbal Blend Shaklee. Bukan saja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih kasut yang sesuai dan tak ketat supaya lebih selesa.

Ada jugak yang bagi petua gosok dengan batu sungai atau gosokkan kaki kat rumput yang masih berembun untuk hilangkan rekahan di tumit ni. Tapiiiii… kalau yang duduk di bandar atau di apartment, kondo, mana nak cari batu sungai atau rumput???

Takpe… jangan risau.. zaman dah moden… kita ada banyak pilihan yang lebih mudah untuk hilangkan tumit pecah ni.

Caranya sangat senang… iaitu gunakan krim Herbal Blend & minum ESP & Kolagen.

TUMIT

Ha?.. krim tu tau la untuk sapu2 kat rekahan di tumit tu… tapi kenapa kena minum ESP.. macam mana pulak dengan minum ESP boleh hilangkan rekahan di tumit..

ESP ni adalah sumber protein

  • Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.
  • Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

Kalau nak kesan yang lebih cepat, bolehlah tambah dengan kolagen. Gerenti pantassss! Bukan setakat rekahan di tumit yang hilang… tapi bertambah awet muda nanti.

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Alanin, prolin  dan asparagin yang terkandung dalam kolagen membantu menstabilkan struktur kulit, melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

Ketiga-tiga produk ni bukan saja mampu hilangkan rekahan di tumit, tapi banyak manfaat lain contohnya ESP & Kolagen membantu untuk hilangkan parut, jerawat, jeragat, sakit sendi, kawal berat badan dan sebagainya.

Cuba tengok testimoni kat bawah ni:

tumit merekah 2

 

tumit merekah

Gambar di atas ni dia guna krim Herbal Blend untuk hilangkan rekahan di tumit… dan BERJAYA! kalau tambah ESP & Kolagen lagilah ohsem… akan nampak kesan yang lebih cepat… tumit pun jadi nampak pinkish tau sebab efek protein tu pada kulit.

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN KULIT ANDA

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

 

Komen Facebook:
Cara Hilangkan Tumit Pecah Paling Mudah & Berkesan
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *