Perubahan warna disekeliling mata menjadi gelap atau lebih dikenali sebagai lingkaran gelap bawah mata atau mata panda adalah masalah utama yang menganggu kecantikan asli bagi wanita.

Apabila bangun daripada tidur dan bersiap hendak pergi kerja atau aktiviti outing, tiba-tiba terperasan kehadiran mata panda bila berdandan di hadapan cermin. Tentu melecehkan bukan?

Biasanya keluar dari rumah hanya berbekalan wajah natural beauty, tetapi hari ini terpaksa bermakeup tebal sikit untuk cover mata panda. Hmm..ada cara ke untuk atasinya?

Baik, ohcantik.com akan kongsikan beberapa tips atau cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan cepat supaya tidak perlu bermakeup tebal untuk persediaan keluar rumah.

mata panda

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata atau Mata Panda

Antara punca yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata berlaku ialah:

  • Genetik keturunan
  • Kesan penuaan
  • Masalah kulit mata kering
  • Akibat menangis terlalu lama
  • Stress dan kemurungan
  • Bekerja terlalu lama melihat komputer atau melibatkan fokus mata
  • Masalah kurang tidur
  • Diet pemakanan yang tidak sihat

Cara Menghilangkan Mata Panda Secara Natural

Mata Panda bukanlah suatu masalah yang terlalu serius dan bukan juga sejenis penyakit. Kebiasaannya ia berlaku adalah disebabkan oleh keletihan mata, kurang tidur, penuaan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Untuk menghilangkannya dengan cepat, tips penyelesaian menggunakan bahan-bahan dari rumah berikut boleh digunapakai:

#1 – Minyak Almond

Minyak almond adalah bahan semulajadi yang bertindak secara lembut dengan kulit sekeliling mata. Penggunaan yang kerap berkesan membantu menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Sebagai tambahan, boleh juga tambahkan minyak vitamin E untuk impak kesan yang lebih baik.

Cara penggunaannya:

  1. Gunakan sebelum masuk tidur. Letakkan sedikit minyak almond pada jari dan sapu atau urutkan dengan lembut pada sekitar mata.
  2. Biarkannya semalaman.
  3. Sebaik bangun dari tidur, basuhkan mata dengan air sejuk.
  4. Amalkan setiap hari sehingga lingkaran gelap bawah mata hilang.

#2 – Hirisan Timun

Kandungan vitamin dan mineral semulajadi dalam timun amat baik untuk mata. Selain itu, kandungan asid askorbat dan asid caffiec di dalamnya juga amat membantu mengatasi masalah lebam atau bengkak mata. Timun juga bermanfaat memberi kesegaran dan kelegaan pada mata.

Cara Penggunaanya:

  1. Hiris timun pada kepingan nipis dan masukkan ke dalam pei sejuk selama 30 minit. Tekapkan pada mata selama 10 minit. Basuh dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 kali sehari selama seminggu  atau lebih.
  2. Kisarkan timun menjadi jus dan campurkan dengan jus lemon pada kadar yang sama. Gunakan kapas, sapukan campuran jus pada sekitar lingkaran gelap bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan cuci dengan air bersih. Lakukan sekali sehari selama seminggu sehingga kesan mata panda hilang.

#3 – Jus Kentang

Kentang mengandungi sebatian istimewa yang dikenalpasti boleh mencerahkan kulit mata dan mengurangkan mata bengkak.

Cara penggunaanya:

  1. Parutkan sebiji atau dua biji kentang. Perahkan untuk dapatkan jusnya. Rendamkan kapas pada jus. Tutup mata dan tekapkan kapas pada kulit mata. Rehatkan mata seketika antara 10 – 15 minit.  Cuci mata dengan air bersih. Amalkan sekali atau dua kali sehari selama beberapa hari atau minggu.
  2. Selain jus, boleh juga gunakan hirisan nipis kentang, sama seperti penggunaan hirisan timun.

#4 – Air Mawar

Air mawar begitu popular digunakan dalam produk penjagaan wajah. Kandungan antiseptik dan antibakteria juga membantu dalam merawat masalah kulit termasuk mata.

Cara Penggunaanya:

  • Rendamkan kapas pada air mawar. Tutup mata dan tekapkan kapas pada kulit mata. Rehatkan mata seketika antara 10 – 15 minit.  Cuci mata dengan air bersih. Amalkan sekali atau dua kali sehari selama beberapa hari atau minggu.

#5 – Tomato

Sama ada dimakan mentah atau dicampur dalam masakan tertentu, tomato antara bahan utama yang wajib Ada. Tomato juga dapat membantu mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata.

Cara penggunaan:

  1. Campurkan satu sudu teh bersama satu setengah sudu teh jus lemon. Gunaka kapas, sapukan campuran jus sekitar kawasan gelap bawah mata. Biarkan selama 10 minit dan bilaskan. Ulangi sehari dua kali selama seminggu.
  2. Boleh juga minum jus tomato begitu sahaja atau dicampurkan dengan daun pudina, jus lemon dan sedikit garam. Terus minum selepas disediakan, Minum sekali atau 2 kali sehari selama seminggu untuk kesan yang maksimum.

#6 – Lemon, Lemon, Lemon!

Lemon kaya dengan asid sitrik dan asid askorbik vitamin C sebagai bahan antioksidan. Sangat meluas digunakan dalam jus minuman. Juga aktif membantu mengatasai masalah mata panda.

Cara penggunaanya:

  1. Gunakan kapas, lembabkan dengan jus lemon segar. Tekapkan pada mata sekitar 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih. Ulangi sekali sehari sehingga kesan mata panda hilang.
  2. Adunkan satu sudu teh jus lemon, dua sudu teh puri tomato, sedikit tepung gram (tepung kacan dhal) dan sedikit serbuk kunyit. Sapukan adunan pada sekitar mata. Duduk dalam bilik, biarkannya selama 10 – 15 minit sebelum dibilas.  Lakukan 2 atau 3 kali seminggu sehingga mata panda pudar.

Nota: Jika mengalami rasa pedih keterlaluan, hentikan kaedah ini sementara.

Semoga perkongsian tentang cara mengatasi lingkaran gelap bawah mata atau mata panda ini dapat membantu mengatasi masalah anda.

Jika perlukan lebih tips dan cara terbaik atasi mata panda, hubungi:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Menghilangkan Mata Panda Atau Lingkaran Gelap Bawah Mata Dengan Bahan Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!