Rambut panjang, rambut pendek, rambut kering, rambut berminyak, kerinting atau lurus – Adakah kita menjaga rambut kita dengan betul? Adakah kita menggunakan produk yang betul? Adakah syampu yang kita gunakan merosakkan rambut kita? Berapa kerap kita perlu menyikat rambut? Ada tips penjagaan rambut kering?

Banyak betul kan persoalan yang berkaitan dengan penjagaan rambut. Lebih daripada 100,000 folikel yang ada di atas kepala yang perlu kita jaga dengan cara yang betul.

 

KULIT DAN RAMBUT 

Kadang-kadang, jenis kulit kita turut memberi kesan kepada jenis rambut kita. Kalau kulit kita kering, rambut kita juga boleh jadi kering. Sama jugak jika kulit kita berminyak, rambut pun berminyak.

Memang banyak produk penjagaan rambut yang ada di pasaran untuk membantu remaja dalam penjagaan kulit dan rambut tapi malangnya lebih banyak produk yang membawa keburukan berbanding kebaikan. Jom kita tengok apakah dia punca rambut kering dan rambut berminyak dan macam mana nak merawat masalah ni.

 

TIPS PENJAGAAN RAMBUT KERING

Rambut kering akan nampak rapuh dan mengerbang. Banyak punca terjadinya rambut kering ni dari genetik hinggalah kepada rawatan yang diambil.

Kelenjar minyak yang tak aktif akan menyebabkan rambut menjadi kering. Cuci rambut hanya 2 atau 3 kali seminggu kalau anda mempunyai jenis kulit yang kering dan rambut kering.

Tips penjagaan rambut kering – beri perhatian juga kepada jenis syampu dan perapi yang anda gunakan. Cari jenis produk yang tertulis “hydrating” dan “moisutrizing”

Elakkan lebihan pendedahan kepada kepanasan dan penggunaan bahan kimia seperti pelurus rambut, pengering rambut, pewarna rambut dan sebagainya.

Paling mudah kalau kita nak tahu samada sesuatu peralatan tu sesuai atau tak dengan rambut kita, fikir tentang kulit kita. Takkan kita nak letakkan pemanas 1875 watt pemanas pada kulit kita setiap pagi kan? Jadi, samalah jugak dengan penggunaan pengering rambut.

Bahan kimia yang kuat yang terkandung dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kita kehilangan lembapan / minyak semulajadi yang diperlukan oleh rambut kita. Bahan kimia ni jugak boleh menyebabkan rambut bercabang dan mudah putus / gugur.

Berhati-hati juga dengan klorin dan sinaran cahaya matahari. Kedua-dua ni boleh menyebabkan rambut menjadi kering.

Pastikan anda cuci rambut betul-betul selepas mandi laut atau kolam renang. Kalau anda memang yang jenis kerap ke kolam renang, cari syampu yang memang direka khas untuk menyingkirkan klorin dari rambut.

 

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BERMINYAK

Selain daripada tips penjagaan rambut kering, bagaimana pula dengan rambut anda jenis berminyak? Baru lepas cuci rambut waktu pagi tapi belum sampai ke malam rambut dah berminyak dan kulit kepala terasa melekit semula?

Rambut berrminyak adalah disebabkan oleh kulit kepala yang berminyak. Syampu rambut setiap kali dirasakan perlu dan cuci 2 kali jika mahu. Cuba biarkan syampu selama 5 minit di atas kepala sebelum membilas dan hanya gunakan kondisioner pada hujung rambut saja. Jangan sapu kondisioner terus pada kulit kepala. Elakkan menyikat rambut terlalu kerap sebab ini akan membawa minyak pada kulit kepala ke seluruh bahagian rambut sampai ke hujung.

 

MENGURUSKAN MASALAH RAMBUT BERCABANG

Rambut bercabang boleh jadi berpunca daripada penggunaan pengering rambut, pelurus rambut atau terlalu kerap menyikat (berus) rambut. Langkah yang boleh diambil adalah, potong hujung rambut yang bercabang tu. Cegah rambut becabang dengan mengurangkan memberus rambut, penggunaan pengering rambut, guna kondisioner lebih kerap dan elakkan rambut daripada terkena suhu panas / cahaya matahari.

 

food for hair

 

Selain daripada tips penjagaan rambut kering, anda juga perlukan produk yang sesuai untuk rambut kembali sihat, lembut & bersinar.

 

tips penjagaan rambut kering

 

tips penjagaan rambut kering

 

Smoothing & Nourishing Shampoo

Membantu mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Menghapuskan kelemumur dan mencegah kekeringan kulit kepala menjadikan rambut anda lembut, subur dan hitam bersinar.

 

Naikkan Seri Rambut Anda Dengan Anti-Frizz Serum

Serum rambut pelbagai fungsi untuk mencegah kerosakan rambut dan masalah rambut bercabang serta membuatkan rambut anda bersinar. Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut

 

Memulihkan Rambut Kering & Rosak – Hair Mist

Untuk merawat rambut kering dan rambut yang rosak. Menyuburkan dan melembapkan rambut serta melindungi rambut daripada haba. Juga berguna sebagai pewangi rambut.

 

tips penjagaan rambut kering

 

tips penjagaan rambut kering

 

tips penjagaan rambut kering

 

tips penjagaan rambut kering

 

Klik gambar di bawah untuk LIHAT TESTIMONI-TESTIMONI lain

 

tips penjagaan rambut kering

 

tips penjagaan rambut kering

 

Komen Facebook:
Tips Penjagaan Rambut Kering, Berminyak & Bercabang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!