Rambut gugur selepas bersalin… ni memang masalah biasa kan… bukan saja ibu selepas bersalin yang hadapi masalah rambut gugur… yang tak selepas bersalin pun ramai yang keguguran rambut sampai nak botak jadinya. Tak perlu tunggu dah tua baru rambut nak gugur… muda belia lagi dah merasa.

Tapi kali ni saya nak bawa fokus anda kepada masalah rambut gugur selepas bersalin. Kita nak tahu punca dan macam mana nak atasi masalah rambut gugur ni supaya tak perlu hadapi risiko kepala botak.

 

PUNCA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

1 – PERUBAHAN HORMON

Semasa hamil, hormon progesteron dan estrogen pada wanita jadi sangat tinggi. Kedua-dua hormon ni menyebabkan pertumbuhan rambut jadi terhenti dalam fasa anagen (fasa pertumbuhan). Sebab tu lah wanita hamil akan nampak lebih berseri, cantik dan rambut mereka berkilat & bersinar.

Tapi bila dah selepas bersalin, lain pulak jadinya terutama sekali bila umur bayi dah mencecah 3 hingga 4 bulan. Semua hormon akan jadi normal semula dan masa ni lah ibu-ibu akan mengalami masalah rambut gugur.

Rambut gugur akan lebih banyak sebab sepanjang tempoh kehamilan takde rambut yang gugur. Jadi, semuanya pakat nak gugur sekarang… belum sempat tumbuh atau jadi panjang, rambut dah gugur. Makin lama makin nak botak jadinya.

 

2 – TEKANAN

Selepas bersalin tentulah wanita yang dah jadi ibu akan lebih sibuk sebab perlu uruskan keperluan keluarga, diri sendiri dan bayi yang baru lahir. Lagi kalut kalau si ibu ni bekerja.

Dalam kekalutan seharian, belum tentu si ibu sempat untuk betul-betul memberi perhatian kepada diri sendiri dan menguruskan diri dengan sempurna apatah lagi nak memanjakan diri membelai wajah atau rambut.

Sudahnya, masalah rambut gugur selepas bersalin pun tak sempat nak diambil kisah dan akhirnya menjadi semakin teruk. Jika dalam tempoh setahun masalah rambut gugur selepas bersalin ni tak dirawat, ia akan membawa kepada keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness) dimana masalah rambut gugur jenis ni biasanya akan kekal dan amat sukar untuk dirawat.

 

3 – BERUSIA DAN MEMILIKI RAMAI ANAK

Ibu yang lebih berusia dan telah hamil lebih daripada 3 kali lebih berisiko tinggi untuk mendapat masalah rambut gugur selepas bersalin berbanding ibu muda.

Semakin berusia, bermulalah masalah puncak kepala (crowning area) menjadi semakin nipis. Bermula dari bahagian tengah kemudian merebak ke bahagian tepi. Sebab tu orang yang botak biasanya rambut di bahagian tengah kepala amat nipis sampai boleh nampak kulit kepala. Masalah ni bukan semata-mata kerana hormon, tapi juga kerana penjagaan rambut yang tidak betul selepas bersalin.

 

4 – PEMAKANAN TIDAK SIHAT

Diet dan pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah rambut gugur. Biasanya ibu-ibu selepas bersalin akan mengawal pemakanan mereka dan berpantang untuk mendapatkan semula bentuk tubuh asal seperti sebelum hamil. Ini sebenarnya menyebabkan mereka mengalami kekurangan nutrisi yang agak teruk.

 

rambut gugur selepas bersalin

 

5 – FAKTOR USIA

Proses penuaan wanita berlaku lebih cepat berbanding lelaki. Sebab tu lah kulit kepala wanita juga menjadi tua dengan lebih cepat. Masalah penuaan ni menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ni kalau dibiarkan dan tak diaktifkan semula bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup terus dan rambut tidak akan dapat tumbuh lagi. Liang-liang rambut yang tertutup ni takkan boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

 

img_5312
Masalah rambut gugur yang kelihatan tidak serius begini akan menjadi lebih kronik sekiranya tidak dirawat dengan cepat

 

Semakin kita berusia, keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien juga semakin rendah. Ini kerana semua sel-sel sudah menjadi tua. Bila umur semakin tua, kita kadangkala lupa bahawa tubuh kita amat-amat memerlukan lebih banyak nutrisi. Organ-organ dalam tubuh kita juga turut menjadi tua.

Sebab tu kita semakin kita berusia, semakin banyak nutrien yang kita perlukan supaya nutrien yang diserap akan dapat dibahagi-bahagikan kepada organ-organ yang ada untuk ia berfungsi dengan baik. Ini termasuklah nutrien yang diperlukan untuk kesihatan kulit kepala dan rambut.

 

SET PRODUK UNTUK MENGATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

rambut gugur selepas bersalin

 

SYAMPU PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Untuk kurangkan masalah rambut gugur.
  • Mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut.

 

PERAPI PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Bantu memulihkan dan mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Mengurangkan kerosakan rambut.
  • Mengelakkan masalah rambut gugur.
  • Mengembalikan minyak semulajadi untuk kesuburan rambut.

 

HAIR & SCALP TONIC

  • Menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan kuat.
  • Menguatkan akar rambut.
  • Meningkatkan kualiti rambut dan kesihatan kulit kepala.

 

HAIR SERUM (ANTI-FRIZZ)

  • Mengurangkan masalah rambut gugur.
  • Menghapuskan kelemumur.
  • Melebatkan dan melembutkan rambut.
  • Membaiki rambut rosak dan kering.
  • Wangian kepada rambut.
  • Menyamankan kulit kepala.

Masalah rambut gugur selepas bersalin yang tidak dirawat dengan cepat akan menyebabkan ia menjadi masalah rambut gugur yang sukar dipulihkan semula.

 

rambut gugur selepas bersalin

 

rambut gugur selepas bersalin

 

Klik gambar di bawah untuk LIHAT TESTIMONI-TESTIMONI lain

 

rambut gugur selepas bersalin

 

rambut gugur selepas bersalin

 

Komen Facebook:
Rambut Gugur Selepas Bersalin, Cara Mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!