Untuk mendapatkan anak yang sihat & cerdik, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan semasa mereka masih dalam kandungan. Paling penting, pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang dari sebelum hamil sehinggalah sebelum waktu melahirkan. Selain daripada itu, ia sangat penting untuk kesihatan & kecergasan si ibu itu sendiri.

Apa yang perlu dilakukan oleh seorang ibu hamil? Ikuti sisipan dalam artikel ini bagi dapatkan beberapa tips untuk ibu hamil yang menarik.

4 Tips Untuk Ibu Hamil

1 – Dapatkan Nutrisi Harian Yang Secukupnya

Sebelum hamil, bakal-bakal ibu harus memastikan mereka mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan seperti zat asid folik, zat besi, kalsium dan vitamin-vitamin bagi menyiapkan badan mereka untuk melahirkan anak yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan kekurangan sesetengah zat.

Bagi yang ada masalah kesuburan & kesukaran untuk hamil, pengambilan GLA adalah perlu untuk memperbetulkan kitaran haid & hormon.

2 – Ambil Sumber Omega 3 & Protein

Semasa hamil pula, sangat penting untuk anda mengambil sumber makanan yang mengandungi lemak baik Omega 3 dan protein. Ini kerana hampir 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan yang selebihnya memerlukan protein.

21
Ikan salmon adalah salah satu sumber asid lemak Omega 3 yang baik

3 – Lengkapkan Diet Dengan Sumber DHA & AA

Selain daripada itu, DHA dan AA juga merupakan salah satu jenis lemak yang bagus. Sumber makanan yang mengandungi lemak tinggi dengan DHA dan AA penting untuk perkembangan otak bayi. Untuk memastikan ibu-ibu mendapat anak-anak yang cerdik, anda mestilah mendapatkan DHA dan AA yang secukupnya apabila kehamilan telah masuk ke trimester ke-2.

omega-fish-oil_MZIA
Asid lemak Omega 3 juga boleh didapati daripada suplemen yang lebih mudah untuk diambil

4 – Amalkan Diet Seimbang & Terus Menyusukan Bayi

Dengan memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang, ibu-ibu dapat melahirkan anak-anak yang juga bakal sihat. Ini disebabkan apa yang ibu hamil makan akan terus memberi kesan kepada bayi dalam kandungan mereka. Selain daripada itu, ibu-ibu juga digalakkan untuk menyusukan bayi mereka kerana susu ibu merupakan sumber yang paling penting untuk bayi mendapatkan nutrisi yang baik dan seimbang selain daripada susu formula.

Cara hidup dan pemakanan yang sihat menyumbang kepada kecerdikan seseorang kanak-kanak. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka mempunyai cara hidup dan pemakanan yang sihat.

Ingat… “YOU ARE WHAT YOU EAT”

Jadi, amatlah penting untuk bakal-bakal ibu dan ibu-ibu hamil mengambil pemakanan yang baik, pastikan mendapat sumber nutrisi yang cukup  untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

Nutrisi Suplemen Untuk Ibu Hamil

Antara suplemen yang sesuai untuk ibu hamil di Shaklee ialah:

  1. ESP (Energizing Soy Protein) – Sumber protein terbaik lengkap untuk keperluan tenaga dan membantu memelihara kesihatan tubuh yang optimum.
  2. Omega Guard (omega 3) – Membantu memperbaiki sistem pengaliran darah, mengawal paras kolesterol serta pembentukan fungsi otak bayi.
  3. Vita-Lea (multivitamin bersama zat besi) – Membantu mencegah anemia, HB rendah dan keletihan melampau.
  4. B – Complex (8 vitamin B lengkap bersama asid folik) – Sumber utama asid folik untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan vitamin B untuk membantu kesihatan emosi ibu hamil.
  5. OsteMatrix (kalsium, magnesium & vitamin D) – Membantu mengatasi sembelit ketika hamil, mengelakkan kekejangan dan menguatkan tulang dan gigi ibu serta bayi.
  6. Sustained Release Vita-C – Membantu menguatkan sistem imun ibu dan bayi supaya kuat melawan ancaman penyakit serta penting untuk membantu pembentukan kolagen.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Komen Facebook:
Tips Untuk Ibu Hamil: Untuk Ibu & Anak Yang Sihat, Cerdas & Cerdik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!