Entry ini adalah berdasarkan konsultasi daripada doktor yang saya dapat sebagai cara atasi tiroid dan pengalaman saya sendiri yang telah menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid selama lebih 20 tahun.

Pelbagai komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu jer boleh berbeza-beza.

hyperthyroidism
Komplikasi kesihatan yang dihadapi oleh pesakit tiroid (hyperthyroid)

 

Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa. Pesakit tiroid juga takkan nampak seperti mereka sakit cuma bagi pesakit hyperthyroid biasanya rambut mereka akan jadi sangat nipis atau terus botak akibat keguguran rambut yang kronik.

Mereka sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih kerana degup jantung yang terlalu cepat.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan, saya tak tau cara atasi tiroid selain daripada ubat. Jadi, saya memang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung.

Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada had yang sepatutnya.

Degup jantung orang dewasa yang normal (tanpa melakukan aktiviti) ialah antara 60 – 100 beat sahaja.

Selain daripada bergantung dengan ubat tiroid dari hospital sebagai cara atasi tiroid dan simptom-simptom tiroid, sebenarnya pesakit tiroid boleh mendapatkan sokongan suplemen.

Suplemen tidak bertujuan untuk merawat. Tapi dengan suplemen yang baik, ia mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan kita.

 

SUPLEMEN BOLEH MEMBANTU PESAKIT TIROID UNTUK LEBIH SIHAT

Pengambilan suplemen bukanlah bertujuan untuk menggantikan ubat TETAPI ia adalah untuk melengkapi rutin rawatan anda. Suplemen yang betul dapat membantu menampung keperluan nutrisi penting bagi penghidap hyperthyroid.

Hyperthyroid menyebabkan kehilangan nutrisi yang teruk dan jika tidak diganti, ia boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan lain seperti keguguran rambut yang kronik dan berterusan, osteoporosis, sistem imun yang lemah yang boleh menganjur kepada pelbagai alahan dan sebagainya.

Baca juga: Cara Atasi Rambut Gugur Bertompok

 

TIPS NUTRISI & PANTANG LARANG PENYAKIT TIROID

Tips nutrisi berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom penyakit tiroid (hyperthyroid):-

  1. Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
  2. Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar
  3. Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  4. Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  5. Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
  6. Kurangkan atau elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
  7. Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.
  8. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
  9. Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
  10. Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
  11. Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.
  12. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.

 

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK PESAKIT TIROID

Ini bukan untuk merawat trioid secara langsung, tetapi lebih kepada untuk meredakan simptom yang dialami oleh penghidap hyperthyroid seperti keletihan melampau, stress (depressi @ anxiety), emosi tak stabil, kemurungan, sistem imun yang lemah dan sebagainya.

 

cara atasi tiroid

 

PHYTAX adalah suplemen terbaik yang diperlukan oleh pesakit tiroid. PHYTAX dapat membantu mengawal dan meredakan simptom hyperthyroid jika anda amalkan dengan konsisten. Ini kerana pesakit tiroid mudah jatuh sakit, mudah demam, mudah kena selsema dan macam-macam lagi penyakit boleh hinggap. Saya yang sebelum ni tak pernah kena asthma pun boleh kena padahal takde sorang pun dalam family ada penyakit ni.

Jika semua ini dibiarkan tanpa kawalan yang betul, mungkin seumur hiduplah satu demi satu penyakit datang bersilih ganti atau boleh jadi jugak datang sekaligus!

 

Cara atasi tiroid

 

 

Cara atasi tiroid

 

Cara atasi tiroid

 

Cara atasi tiroid

 

Cara atasi tiroid

 

Cara atasi tiroid

 

PHYTAX bukan produk suplemen biasa-biasa. Ia diformulasikan oleh seorang doktor perubatan bertauliah. Semestinya Halal & lulus KKM!

 

cara atasi tiroid

 

Penghidap tiroid juga boleh hidup sihat seperti orang yang normal asalkan menjaga diet dan ambil berat tentang keperluan nutrisi tubuh. Saya adalah salah seorang pesakit hyperthyroid sejak 20 tahun dulu, Alhamdulillah sekarang kesihatan saya jauh lebih baik dan boleh menjalani hidup seperti biasa.

 

cara atasi tiroid

 

Komen Facebook:
Cara Atasi Tiroid & Langkah Penting Mengawal Tiroid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!