Anda tercari-cari jawapan kepada punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil?

Dah banyak produk yang anda cuba dan tentu sekali sudah banyak juga duit yang dihabiskan untuk merawat masalah rambut gugur bertompok yang anda hadapi tapi tetap tidak membuahkan hasil.

Kenapa agakanya ye?

 

ADAKAH TERDAPAT PELBAGAI JENIS ALOPECIA AREATA?

Rambut gugur bertompok adalah sejenis penyakit yang dipanggil sebagai Alopecia areata. Dalam semua jenis alopecia areata, sistem imun badan anda sendiri menyerang folikel rambut yang sihat, menyebabkan mereka menjadi lebih kecil dan secara drastik memperlahankan pengeluaran sehingga pertumbuhan rambut terhenti.

Bergantung kepada jenis dan tahap keseriusan penyakit yang anda miliki, anda mungkin mengalami keguguran rambut di kawasan yang berbeza dan kehilangan rambut anda dan pertumbuhan semula mungkin tidak dapat diramalkan.

Kitaran keguguran rambut ini boleh berlaku selama bertahun-tahun. Walaupun bagi sesetengah orang, rambut juga boleh tumbuh semula dalam beberapa bulan.

Anda dah tak sabar nak mengetahui apa punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil? Sabar yer… anda perlu tahu punca rambut gugur bertompok itu terlebih dahulu supaya anda lebih faham cara merawat rambut gugur bertompok yang betul.

 

Tiga daripada jenis rambut gugur bertompok @ alopecia areata yang lebih terkenal

  • Alopecia areata patchy – jenis yang paling biasa, dengan satu atau lebih tompokan botak berukuran sebesar duit syiling pada kulit kepala atau bahagian badan yang lain
  • Alopecia totalis – kehilangan rambut secara total pada kulit kepala
  • Alopecia universalis – kehilangan rambut keseluruhan pada kulit kepala, muka dan badan

Buat masa ini, tiada ubat @ rawatan khusus untuk botak bertompok @ alopecia areata.

Tetapi berita gembiranya adalah bahawa walaupun penyakit anda “aktif”, folikel rambut anda tetap hidup.

Ini bermakna bahawa rambut anda boleh tumbuh kembali – walaupun selepas masa yang panjang dan bahkan jika anda mempunyai lebih daripada 50% kehilangan rambut.

Jadi, mesti ada yang tak kena dengan rawatan atau produk yang anda guna sebelum ini dan pasti anda ingin tahu apakah punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil kan?

 

APAKAH PUNCA RAMBUT GUGUR BERTOMPOK @ ALOPECIA AREATA?

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada perkembangan keadaan kompleks ini. Rambut gugur bertompok @ Alopecia areata adalah penyakit autoimun, yang bermaksud sistem pertahanan tubuh anda tersalah menganggap yang sel normal dalam tubuh anda sebagai penceroboh asing dan menyerang sel-sel ini.

Dalam kes rambut gugur bertompok @ alopecia areata, sel normal yang kena serang adalah sel-sel folikel rambut.

Contoh dalam perumpamaan mudah:

Sistem imun = askar

Sel normal = orang baik

Penyakit Autoimun = “askar” tersalah anggap yang “orang baik” ini adalah penceroboh dan menyerang “orang baik” ini.

Para saintis tidak pasti apa yang “mencetuskan” serangan sistem imun terhadap folikel rambut yang sihat pada orang mengalami rambut gugur bertompok @ alopecia areata.

Selain daripada itu, orang yang ada masalah rambut gugur bertompok juga didapati mengalami kekurangan nutrisi yang agak tinggi. Antara nutrisi penting yang mereka kekurangan adalah vitamin B, zat besi dan zinc.

Dah mula nampak apa punca rawatan rambut gugur bertompok yang anda cuba selama ni tak berhasil?

 

punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil
Botak bertompok juga boleh berlaku pada bahagian tubuh yang lain seperti ini

 

APAKAH JENIS GEJALA YANG AKAN SAYA ALAMI DENGAN ALOPECIA AREATA?

Semua jenis rambut gugur bertompok @ alopecia areata menghasilkan beberapa bentuk keguguran rambut.

Tidak ada cara untuk meramal corak keguguran rambut dan pertumbuhan semula yang akan anda alami atau berapa teruk atau berapa lama ia akan terjadi. Adalah penting untuk diingat bahawa rambut gugur bertompok @ alopecia areata adalah berbeza bagi setiap orang yang mengalaminya.

 

PUNCA RAWATAN RAMBUT GUGUR BERTOMPOK TAK BERHASIL

Ok, kita sentuh topik utama kita iaitu apakah punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil?

Anda dah guna macam-macam jenis produk dan berhabis banyak duit tapi masih kecewa kerana rambut gugur bertompok anda tetap sama atau malah menjadi lebih teruk.

Apa produk yang anda dah cuba?

Tonik?

Krim rambut?

Syampu?

Minuman kesihatan?

Minyak rambut?

 

Sekarang, cuba jawab soalan saya ini

“Berapa lama tempoh anda mencuba produk tersebut dan adakah produk tersebut daripada bahan sintetik atau semulajadi?”

Dah dapat jawapan kepada punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil?

Tiada rawatan spesifik bagi penyakit autoimun. Rawatan yang ada termasuklah percubaan untuk mengawal proses penyakit tersebut dan untuk mengurangkan simptom-simptomnya.

Senarai di bawah adalah antara langkah yang boleh anda ambil.

  1. Amalkan diet sihat dan seimbang
  2. Bersenam
  3. Rehat yang cukup
  4. Amalkan pengambilan suplemen vitamin
  5. Kurangkan stress
  6. Hadkan pendedahan kepada cahaya matahari
  7. Elakkan perkara yang boleh menjadi pencetus kepada flare-ups

 

CADANGAN PRODUK UNTUK ATASI RAMBUT GUGUR BERTOMPOK

Punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil

 

SYAMPU PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Untuk kurangkan masalah rambut gugur.
  • Mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut.

 

PERAPI PRO-VB5 UNTUK RAMBUT GUGUR

  • Bantu memulihkan dan mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Mengurangkan kerosakan rambut.
  • Mengelakkan masalah rambut gugur.
  • Mengembalikan minyak semulajadi untuk kesuburan rambut.

 

HAIR & SCALP TONIC

  • Menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan kuat.
  • Menguatkan akar rambut.
  • Meningkatkan kualiti rambut dan kesihatan kulit kepala.

 

HAIR SERUM (ANTI-FRIZZ)

  • Mengurangkan masalah rambut gugur.
  • Menghapuskan kelemumur.
  • Melebatkan dan melembutkan rambut.
  • Membaiki rambut rosak dan kering.
  • Wangian kepada rambut.
  • Menyamankan kulit kepala.

 

Punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil

 

Punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil

 

Punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil

 

Punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil

 

Punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil

 

Punca rawatan rambut gugur bertompok tak berhasil

 

Komen Facebook:
Punca Rawatan Rambut Gugur Bertompok Tak Berhasil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!