Semua orang tahu yang buah pinggang adalah antara organ terpenting dalam sistem badan manusia, jadi hari ni saya nak ajak semua orang amalkan cara menjaga kesihatan buah pinggang yang saya kongsikan di bawah ni.

Semoga kita terhindar daripada risiko buah pinggang rosak yang dah menjadi salah satu antara penyakit kronik paling popular di Malaysia.

Pesakit buah pinggang di Malaysia mengalami pertambahan antara 6,000 hingga 7,000 orang setahun!

Bukankah fakta ini sangat merisaukan?

 

cara menjaga kesihatan buah pinggang

5 CARA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG YANG SANGAT MUDAH UNTUK KITA AMALKAN

 

1. KEKAL TERHIDRAT

Meminum air kosong yang cukup adalah cara menjaga kesihatan buah pinggang yang paling mudah. Air yang cukup dapat membantu buah pinggang kita untuk berfungsi dengan baik. Warna air kencing kita sepatutnya sentiasa jernih. Jika warnanya keruh dan gelap, itu adalah tanda badan kita sedang mengalami penyahidratan (dehydration). 2 air kosong adalah anggaran keperluan minimum seorang dewasa setiap hari.

 

2. AMALKAN DIET SIHAT

Pemakanan seimbang akan memberikan sumber minerals dan vitamin yang badan kita perlukan setiap hari. Ambil banyak buah-buahan dan sayuran segar dan bijirin. Kurangkan atau elakkan makanan tinggi garam dan lemak.

Pengambilan vitamin semulajadi @ suplemen juga boleh membantu menampung keperluan nutrisi tubuh yang gagal kita dapat melalui diet harian. Multivitamin, vitamin B, vitamin C & asid lemak Omega-3 adalah antara nutrisi yang kita perlukan setiap hari. Ia bukan saja sebagai cara menjaga kesihatan buah pinggang, tetapi juga untuk kesihatan secara menyeluruh.

 

3. AWASI TEKANAN DARAH ANDA

Selalulah periksa tekanan darah. Tekanan darah tinggi jarang ada simptom tetapi ia boleh meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang dan penyakit jantung.

 

4. BERHENTI MEROKOK & MEMINUM ALKOHOL

Jika anda seorang perokok & suka minuman beralkohol – BERHENTI! Kedua-dua tabiat ini akan meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah tinggi adalah antara punca paling biasa kepada kerosakan buah pinggang.

 

5. KAWAL BERAT BADAN

Selain daripada memberi risiko kepada jantung, obesiti atau berat badan berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah naik dan akhirnya membawa kepada masalah buah pinggang. Baca cara Turunkan Berat Badan secara sihat yang sesuai untuk anda amalkan.

 

ESKAYVIE PHYTAX – SUPLEMEN SOKONGAN UNTUK MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG

cara menjaga kesihatan buah pinggang

 

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

 

cara menjaga kesihatan buah pinggang

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

cara menjaga kesihatan buah pinggang

 

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

cara menjaga kesihatan buah pinggang

 

cara menjaga kesihatan buah pinggang

 

cara menjaga kesihatan buah pinggang

 

cara menjaga kesihatan buah pinggang

 

Komen Facebook:
Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!