Ketagihan merokok bukan senang nak dihilangkan…. setuju?… perokok tegar pasti akan jawab YA!… berazam nak berhenti merokok tapi tetap gagal sebab tak mampu nak hilangkan rasa ketagihan tu… bukannya tak sayangkan nyawa… tapi apakan daya ianya sangatlah mencabar mental. Dihujung artikel ni saya kongsikan cara mudah untuk berhenti merokok yang semua perokok boleh cuba.

Entry kali ni saya tujukan khas kepada para perokok yang nak sangat berhenti merokok tapi dah buntu dan tak tau apa lagi nak buat… semoga apa yang saya kongsikan ni dapat membantu… walau bagaimana pun, ia bergantung kepada tahap keazaman masing-masing jugak lah yer….

GOOD LUCK!

TIPS HILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK & BANTUAN VIVIX SEBAGAI CARA MUDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

MENGHIRUP AIR SEJUK DAN MAKAN SEDIKIT

Menghirup air sejuk boleh menjadi ganti kepada keinginan untuk menghisap rokok. Kajian terbaru menunjukkan bahawa menyedut air sejuk menggunakan straw membebaskan dopamine, satu jenis kimia feel-good brain yang boleh membantu menyingkirkan mood negatif.

Makan sedikit kudapan seperti badam atau hirisan buah-buahan untuk membantu anda menahan diri daripada merokok. Pastikan pilih kudapan yang berkhasiat dan rendah lemak bagi mengelakkan berlakunya penambahan berat badan.

 

REWARD DIRI

Jangan tunggu sehingga diri sudah betul-betul berjaya bebas daripada rokok untuk merasakan nikmatnya. Tuliskan manfaat yang telah anda rasai sejak mula cuba berhenti merokok didalam sebuah buku kecil. Ini termasuklah perasaan berjaya mengawal keinginan merokok, duit yang dapat dijimatkan, bau badan lebih harum, dapat menikmati makanan dengan lebih baik dan rasa lebih energetic. Apabila keinginan merokok muncul semula, baca kembali manfaat yang telah pun anda rasa semasa cuba berhenti merokok.

 

GOSOK GIGI LEBIH KERAP

Salah satu daripada kesan segera yang anda boleh dapat apabila berhenti merokok adalah bau mulut yang lebih baik. Gosok gigi lebih kerap. Ini dapat mengurangkan tabiat merokok dan merosakkan kebersihan dan bau mulut yang telah elok.

 

ELAKKAN ALKOHOL

Mengambil minuman beralkohol menjadi punca seseorang itu kembali kepada tabiat merokok. Alkohol biasanya diminum bersama ramai teman yang merokok, jadi ini boleh menjadi pencetus kepada anda yang telah berhenti merokok untuk kembali merokok.

 

CARI TEMPAT YANG BEBAS ROKOK

Apabila keinginan merokok datang, cari suatu tempat yang boleh menghalang anda daripada mencucuh rokok seperti panggung wayang, perpustakaan atau bilik stor sebagai contoh. Saya rasa ini salah satu tips hilangkan ketagihan merokok yang paling penting sebab orang yang merokok ni bukan boleh kalau tercampur dengan perokok lain… nanti jadi tak tahan godaan bila ada yang offer rokok kat dia… kan?

 

INGAT SEBAB KENAPA ANDA BERHENTI MEROKOK

Tuliskan satu senarai kepada anda mesti berhenti merokok. Buatkan beberapa salinan dan tampalkan di mana-mana tempat yang selalu anda luangkan masa seperti dapur, pejabat, ditepi cermin dalam bilik air, ditepi meja solek atau di dalam bilik tidur. Pastikan tulisannya jelas dan mudah dibaca supaya anda sentiasa beringat tidak kira di mana saja anda berada. Sesetengah bekas perokok mengatakan bahawa adalah sangat berkesan jika gambar ahli keluarga tersayang turut diletakkan bersama senarai tersebut.

 

SENTIASA AKTIF SETIAP HARI

Aktiviti fizikal boleh mengelakkan diri daripada ketagihan merokok. Apabila tubuh aktif, ia menghasilkan kimia semulajadi yang membantu mood anda dalam mengurangkan tekanan. Berjalan adalah salah satu daripada senaman ringan yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tetapi mempelbagaikan aktiviti boleh membuatkan anda sentiasa termotivasi. Terutamanya semasa beberapa minggu pertama selepas berhenti merokok. Luangkan masa untuk aktiviti fizikal setiap hari.

 

PENUHKAN KALENDAR ANDA

Semasa beberapa minggu pertama selepas berhenti merokok, pastikan hari-hari anda terisi dengan perkara yang anda mahu dan perlu buat. Buat plan untuk makan bersama keluarga atau teman-teman. Cuba untuk buang terus keinginan untuk merokok. Lakukan juga aktiviti yang boleh membuatkan anda enjoy. Semakin sibuk, maka semakin jauhlah anda daripada keinginan untuk merokok.

 

MENGUNYAH

Gantikan rokok dengan sugar-free chewing gum, candy atau snek sihat seperti buah-buahan atau bijirin wholemeal. Pastikan kudapan ini sentiasa ada bersama anda pada setiap masa. Jika anda risaukan tentang berat badan, ambil hanya kudapan yang rendah kalori seperti buah-buahan. Tips hilangkan ketagihan merokok yang ni jangan salah guna pulak…. jangan mengunyah makanan yang manis-manis kerap sangat sebab nanti penyakit lain pulak datang…

 

DAPATKAN SOKONGAN

Cari seseorang yang anda percaya dan selesa ketika anda memerlukan sokongan. Pilihan terbaik adalah kawan yang telah berjaya berhenti merokok. Atau boleh juga mendapatkan sokongan daripada orang tersayang.

 

HADKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Kafein membantu sesetengah orang untuk memulakan hari dan stay alert apabila keletihan. Tetapi kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi tension, gugup dan tertekan. Kesan ini menjadi lebih kuat apabila anda sedang dalam proses menghilangkan ketagihan terhadap nikotin. Jika kafein memberikan kesan negatif, cuba kurangkan pengambilannya dan lihat jika ia mampu mengurangkan kebimbangan anda.

 

PEKA KEPADA BAD MOOD

Emosi negatif, stress, marah, kecewa adalah beberapa sebab biasa seseorang itu kembali merokok. Bad mood terjadi kepada semua orang. Peluang untuk anda berperasaan negatif semasa beberapa minggu pertama sedang dalam percubaan berhenti merokok adalah tinggi. Cuba berjumpa teman-teman untuk menghiburkan hati atau sebagai orang Islam, banyakkan berzikir.

 

ELAKKAN ORANG YANG SUKA BUAT KECOH

Walaupun teman-teman atau ahli keluarga sepatutnya menjadi orang yang menyokong usaha anda, mereka juga boleh jadi sebaliknya. Sesetengah orang mungkin rasa terancam dengan keputusan anda untuk berhenti merokok. Mereka juga mungkin akan memperlekehkan usaha anda. Jika anda merasakan ada orang seperti ini disekeliling anda, elakkan mereka. Jika itu mustahil, duduk dan bawa berbincang dengan mereka kenapa anda ingin berhenti merokok dan minta sokongan mereka.

 

BERSABAR DAN TEGUHKAN PENDIRIAN

Apabila anda telah berjaya melepasi 2 minggu pertama, bermakna anda sedang menghampiri kejayaan dalam membebaskan diri daripada ketagihan nikotin. Tetapi perlu sentiasa bersedia sekiranya anda tiba-tiba goyah, cepat-cepat cari sebab kenapa anda goyah dan pastikan sebab tersebut tidak berulang.

Walaupun saya bukan seorang perokok, tetapi saya tahu bahawa bukan senang untuk seseorang tu berhenti merokok. Dugaannya memang sangat hebat. Tetapi, In shaa Allah, dengan keazaman yang tinggi anda pasti boleh!

Selain daripada mencuba tips hilangkan ketagihan merokok, ada jalan lebih mudah yang boleh anda ambil. Cuba baca pengalaman mereka yang dah berjaya bebas daripada ketagihan rokok hanya selepas mengambil Vivix.

 

CARA MUDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

cara mudah untuk berhenti merokok

cara mudah untuk berhenti merokok

cara mudah untuk berhenti merokok

cara mudah untuk berhenti merokok

cara mudah untuk berhenti merokok

 

Anda masih sayangkan kesihatan dan tak mahu merisikokan nyawa kerana rokok?…. jangan risau, masih ada jalan untuk anda bebaskan diri anda dengan mencuba tips hilangkan ketagihan merokok yang saya kongsikan di atas dan ikhtiar dengan Vivix.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok Bagi Mereka Yang Masih Sayangkan Nyawa

One thought on “Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok Bagi Mereka Yang Masih Sayangkan Nyawa

  • March 9, 2016 at 1:16 pm
    Permalink

    Sebagai seorang perokok tegar saya harus setuju. Ada banyak cara untuk berhenti. Boleh cari dan cuba sehingga berjaya. Yang penting, ada kemahuan.

    Reply

Leave a Reply to Azwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!