Tips pemakanan sihat yang saya kongsikan disini bukan hanya sesuai sebagai diet untuk diabetes tetapi juga sangat baik jika diamalkan oleh semua orang dalam menjaga kesihatan.

Jangan tunggu dah kena penyakit kencing manis baru nak jaga pemakanan.

Jaga pemakanan dari awal, InsyaAllah kesihatan kekal baik sentiasa.

 

DIET UNTUK DIABETES – 12 TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK KENCING MANIS

diet untuk diabetes

 

TIPS 1 : Ambil Perahan Lemon Sebelum Makan

Tahukah anda, dalam sebiji lemon mengandungi pelbagai khasiat & nutrisi seperti vitamin & kalsium. Dengan mengamalkan satu sudu jus perahan lemon sebelum makan, ia membantu kawalan gula darah anda dengan lebih baik.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 2: Pilih Beras Dengan Betul

Tak perlu pening-pening nak pilih beras. Saya kongsikan tips mudah untuk anda pilih beras dengan bijak.

Beras perang ini secara umumnya sama sahaja dengan beras putih. Bezanya beras perang mengandungi lebih banyak serat berbanding dengan beras biasa. Jadi, gula tak mudah melambung dan membuatkan anda rasa lebih kenyang selepas makan beras perang. Porsinya masih sama iaitu segenggam nasi ye, jangan terlajak pula.

Sebelum makan nasi tu, jangan lupa ambil Eskayvie Phytax 25ml tau untuk bantu kawalan gula darah.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 3 : Say NO To Pulut

Anda suka m akan pulut? Pulut panggang, pulut kuning, ketupat dan macam-macam lagi lah.

Pulut ni sebenarnya makanan yang pesakit kencing manis perlu hati-hati tau. Mengikut nilai indeks glisemik, pengambilan pulut hampir sama macam ambil gula putih. Boleh menyebabkan gula tinggi berhari-hari!

Jadi, jika anda ada penyakitkencing manis atau baru ada tanda-tanda nak kena kencing manis, wajib berhati-hati dalam pengambilan pulut ye.

Ambil Eskayvie Phytax 25ml sebelum sarapan pagi & makan malam. Boleh bantu lambatkan penyerapan karbohidrat (seperti pulut) dalam darah. Gula pun tak melambung tinggi.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 4 : Dahulukan Protein Semasa Makan

Jom semak cara anda makan. Adakah ikut tertib yang betul atau tak?

Cara yang betul ialah, makan protein (ayam, ikan, daging) terlebih dahulu, diikuti serat atau sayur-sayuran & kemudian makanan yang berasaskan karbohidrat (nasi, roti, mee).

Cara ini anda dapat menukar mod badan daripada simpan lemak kepada bakar lemak. Haa.. kan best tu!

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 5 : Kunyah Perlahan-lahan

Mengunyah makanan secara perlahan-lahan (30-40 kali kunyahan) mampu mengurangkan risiko obesiti. Kajian mendapati mereka yang makan dengan laju, 2 kali ganda berisiko mendapat obesiti.

Obesiti sangat sering dikaitkan dengan penyakit kronik termasuklah kencing manis.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 6 : Pentingnya Omega-3

Jom tingkatkan pengambilan ikan sebanyak 2-3 kali seminggu dalam menu utama untuk mendapatkan sumber asid lemak omega-3.

Ia melindungi jantung, bersifat anti-radang & mengurangkan risiko penyumbatan salur darah.

Contoh ikan yang kaya dengan omega-3 ialah salmon, sardin, tuna, siakap & jelawat.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 7 : Kelebihan Kayu Manis

Campurkan 1 sudu teh (6g) serbuk kayu manis jenis Ceylon dalam minuman anda.

Amalkan selama 5 hari & rehat 2 hari seminggu untuk kawalan gula yang baik. Bukan itu sahaja, ia juga didapati mampu membantu menurunkan berat badan.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 8 : Berjalan Kaki 15 Minit Selepas Makan

Nak elak gula dari melambung? Selain daripada mengamalkan pemakanan sihat dan diet untuk diabetes yang betul, senaman juga penting. Jom! berjalan kaki selama 15 minit sejurus selepas makan.

Aktiviti ini boleh melambatkan penyerapan gula ke dalam darah serta mencegah obesiti. Namun, bagi anda yang mempunyai masalah jantung, lakukan aktiviti ini satu jam selepas waktu makan.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 9 : Makan Buah Bukannya Jus Buah

Kandungan serat dalam buah lebih tinggi berbanding jus buah. Ini menyebabkan anda akan rasa lebih kenyang lepas mengambil buah berbanding jus buah.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 10 : Pemanis Sihat Semulajadi

Ada ke kat sini tak ambil gula?

Tapi ambil madu agave, gula perang, jus tebu, gula tebu, gula kastor, gula kelapa, karamel, sirap jagung, gula kurma, dektrosa, fruktosa, glukosa, Golden Syrup, High Fructose Corn Syrup, madu, gula ising, sirap malt, maltodextrin, maltosa, sirap maple, molasses, gula kabung, gula mentah.

Sebenarnya bukan “gula pasir” je kita perlu hati-hati. Ada banyak lagi jenis “gula” yang kita tak tahu. Lepas ni pastikan anda baca label sebelum membeli makanan atau minuman. Hati-hati, jangan tertipu dengan pengilang.

Nak manis yang sihat? Gantikan gula putih dengan pemanis semula jadi seperti stevia yang lebih selamat dan sihat tanpa kalori. Stevia bukan saja baik untuk melengkapi diet untuk diabetes tetapi ia juga sesuai untuk seisi keluarga.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 11 : Telur Rebus Kudapan Sihat

Boleh ke pesakit kencing manis makan telur rebus?

Haa.. ramai yang tak tahu, telur amat sihat untuk diamalkan termasuklah kuning telur. Jumlah telur rebus yang boleh diambil ialah 2-3 biji sehari.

Syaratnya, pastikan tubuh anda bebas dari keradangan. Tetapi, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Kajian dari University of Finland, menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan 4 biji telur rebus seminggu mengalami penurunan risiko menghidap kencing manis sebanyak 37%. Dan mereka yang menghidap kencing manis yang mengamalkan pengambilan 4 biji telur rebus seminggu mempunyai kawalan gula yang lebih baik.

Selain itu kajian juga menunjukkan bahawa waktu sarapan adalah waktu terbaik untuk mengambil telur rebus kerana ia dapat mengurangkan cravings makan anda. Jangan lupa minum 25ml Phytax sebelum ambil telur rebus.

 

diet untuk diabetes

 

TIPS 12 : Pilih Masak Di Rumah

Pesakit diabetes sangat digalakkan untuk makan makanan yang dimasak sendiri di rumah. Bila memasak di rumah anda boleh memilih bahan masakan dikehendaki samada pilihan daging, ikan, ayam dan mahu lebih banyak sayur.

Anda juga boleh kawal kandungan lemak, garam dan gula dalam setiap hidangan, sekaligus mengurangkan kekerapan pengambilan makanan terproses.

Boleh cuba untuk buat sup, rebus dan steam sebagai cara masak pilihan.

 

diet untuk diabetes

 

ESKAYVIE PHYTAX – PELENGKAP KEPADA DIET UNTUK DIABETES ANDA

Diet untuk diabetes anda akan lebih sempurna dengan adanya Phytax.

SIAPA PATUT AMALKAN ESKYAVIE PHYTAX?

anda pernah dengar tentang Eskayvie Phytax? Eskayvie Phytax adalah antara produk yang mendapat sambutan ramai terutama sekali dalam kalangan mereka yang ada masalah kencing manis.

Phytax yang diformulasikan dengan 12 ekstrak bahan fitronutrisi Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis ini juga sesuai untuk mereka yang ada masalah:

  • Gula darah tak terkawal
  • Tekanan darah tinggi
  • Luka lambat sembuh
  • Kurang makan sayur dan buah

Jika anda juga mengalami simptom dan masalah di atas, Phytax sangat sesuai untuk bantu tingkatkan kesihatan anda secara dalaman. Bila dah sihat, kehidupan pastinya lebih bermakna!

 

Baca juga: Testimoni Phytax Untuk Luka Kencing Manis, Kaki Tak Jadi Kena Potong!

diet untuk diabetes

 

diet untuk diabetes

 

 

diet untuk diabetes

 

Komen Facebook:
Diet Untuk Diabetes: 12 Tips Pemakanan Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!