Diet untuk kurus? Apa yang dimaksudkan dengan diet?

Definisi DIET yang sebenar ialah = makanan yang diambil secara lazim oleh manusia atau haiwan ATAU makanan tertentu yang diambil oleh individu samada untuk tujuan kesihatan, menurunkan berat badan atau perubatan

Diet untuk kurus bukan bermakna ikat perut, berlapar, berpantang atau apa saja yang dilakukan yang boleh mendatangkan mudarat kepada seseorang individu.

Diet yang dirancang perlulah mengambil kira tentang aspek kesihatan, keseimbangan dan kepelbagaian makanan bagi mengelakkan seseorang itu jemu & putus asa untuk mencapai tujuan diet tersebut.

7 TIPS DIET SIHAT UNTUK KURUS TANPA BERI RISIKO KEPADA KESIHATAN

  1. Selain daripada mengamalkan pengambilan 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran dan 1 hidangan bijirin, kacang atau kekacang dalam sehari, terdapat beberapa petua lain yang boleh diamalkan bagi memastikan keperluan serat dietari dapat dicapai.
  2. Elakkan mengambil jus buah sebaliknya makan buah tersebut terus bersama kulitnya sekiranya bersesuaian. Jangan la pulak makan tembikai dengan kulitnya yer.. hahahaa.. ganas sangat tu.
  3. Jadikan kebiasaan bersarapan dengan produk bran seperti oat bran, corn bran dan sebagainya kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ini boleh membuatkan kita berasa kenyang lebih lama dan dapat mengelakkan kita makan tengahari terlalu banyak.
  4. Sayur-sayuran mentah seperti tomato, timun, lobak dan kubis boleh dijadikan snek di antara makanan utama bagi menggantikan makanan ringan ataupun makanan manis yang tidak sihat.
  5. Tambahkan kacang dan kekacang ke dalam sup, salad ataupun bubur. Saya juga pernah buat entry resipi bubur kacang yang sihat. Boleh la cuba nanti yer. Pasti tak menyesal.
  6. Gantikan roti putih, beras putih dan pasta dengan jenis bijirin wholemeal seperti roti wholemeal, beras perang dan wholemeal pasta.
  7. Anda juga boleh mencuba untuk menjadi vegetarian sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan menggantikan ikan, ayam dan daging anda dengan tauhu, tempe atau kacang dal yang dimasak secara sihat sebagai sumber protein.

Pengambilan protein soya sekurang-kurangan 25g sehari boleh mengurangkan paras LDL (kolesterol jahat) sebanyak 5%. Haaa… saya memang pun mengamalkan pengambilan protein setiap hari dan sumber protein saya adalah daripada ESP Shaklee. Dah la sedap, berkhasiat pulak tu.. hehee.. saya suka bancuh campur jus atau chocolate powder atau buat banana shake + ESP Shaklee…. rasa dia memang perrrgghhh… tak cukup 1 gelas…

Tetapi, berhati-hati semasa anda meningkatkan pengambilan serat dalam diet harian kerana anda mungkin akan mengalami ketidakselesaan perut kerana ia memberi kesan kepada sistem penghadaman anda.

Sistem penghadaman akan bertindak lebih efisien dengan pengambilan serat yang betul. Oleh itu, pengambilan serat mestilah ditambah secara berperingkat supaya tubuh badan kita dapat menyesuaikan dengan perubahan tersebut. Jangan tambah secara mengejut, nanti perut pun terkejut.

Anda juga harus minum air kosong dengan secukupnya kerana serat larut (insoluble) menyerap air, jadi ini akan menyebabkan tubuh kita kekurangan air. Berapa liter air kosong yang kita kena minum sehari? Kiraan asasnya ialah 25kg berat badan = 1 liter air diperlukan.. jadi kiralah berat badan anda. Kalau 50kg maknanya 2 liter lah.

Tapi jangan pulak minum 2 liter ni sekaligus, bertapa di bilik air pulak nanti sudahnya… Apa kerja pun tak jadi.. dan kesianlah kat buah pinggang kita sebab terpaksa bekerja lebih untuk memproses air yang terlalu banyak pada satu masa yang sama.
Buah pinggang kita pun perlukan sedikit rehat. Jadi, bahagikan 2 liter air tu kepada beberapa kali pengambilan dalam sehari bermula dari bangun tidur sehinggalah nak tidur semula.

low
Rancang dan pilih diet yang betul supaya kita tetap dapat makan makanan yang sedap-sedap tetapi menyihatkan

Sokong diet sihat anda dengan pengambilan suplemen bagi menampung kemungkinan kekurangan nutrisi yang berlaku.

 

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

 

Komen Facebook:
Diet Untuk Kurus: Apakah Definisi Sebenar Diet Dalam Pengurusan Berat Badan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!