Kaki bengkak semasa mengandung bukan sesuatu yang asing bagi kebanyakkan wanita yang pernah atau sedang mengandung. Selain daripada tu, anda mungkin juga akan alami bengkak ringan di seluruh badan semasa mengandung… dan oleh kerana graviti, kaki dan pergelangan kaki yang lebih ketara kelihatan bengkaknya.

Adakah ia sesuatu yang biasa atau merbahaya?

 

BILAKAH TERJADINYA KAKI BENGKAK SEMASA MENGANDUNG?

Edema menjejaskan kira-kira tiga suku wanita mengandung bermula dari minggu ke 22 hingga minggu ke-27 kehamilan, dan ia mungkin akan berlaku sehingga anda melahirkan.

 

APAKAH PUNCA YANG MENYEBABKAN KAKI BENGKAK SEMASA MENGANDUNG?

Semasa mengandung, kaki bengkak berlaku apabila cecair badan meningkat untuk memelihara ibu dan bayi. Cecair tersebut terkumpul di dalam tisu anda akibat peningkatan aliran darah dan tekanan daripada rahim anda pada urat pelvis dan vena cava (vena besar di sebelah kanan badan anda yang mengembalikan darah dari anggota badan ke jantung).

Ini menyebabkan anda mengalami bengkak yang agak menjengkelkan terutamanya pada pergelangan kaki dan tangan.

 

ADAKAH RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN KAKI BENGKAK SEMASA MENGANDUNG?

Bengkak ringan pada buku lali dan kaki yang disebabkan oleh edema adalah tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, jika tangan dan / atau muka menjadi bengkak atau jika bengkak berterusan selama lebih dari satu hari pada satu masa (ia tidak bertambah baik semalaman), dapatkan rawatan dengan segera. Bengkak yang berlebihan boleh menjadi satu tanda preeclampsia apabila ia disertai dengan pelbagai gejala lain (seperti tekanan darah tinggi, berat badan yang naik mendadak dan protein dalam air kencing). Sekiranya tekanan darah dan air kencing anda normal, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

 

BAGAIMANA CARA MENCEGAH KAKI BENGKAK SEMASA MENGANDUNG?

  • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama – berehatlah dan dapatkan tempat duduk. Sekiranya anda duduk terlalu lama, bangun dan berjalan sekurang-kurangnya selama lima minit setiap sejam.
  • Letakkan kaki pada posisi yang tinggi – jika boleh, angkat kaki anda apabila anda sedang duduk. Siapa yang mempunyai alasan yang lebih baik untuk meletakkan kakinya daripada wanita mengandung kan?
  • Tidur mengiring – cuba tidur mengiring (sebaik-baiknya di sebelah kanan jika mengikut sunah Nabi).
  • Lakukan pergerakan – cuba lakukan senaman ringan yang sesuai dengan kehamilan, seperti berjalan untuk menggalakkan peredaran darah atau berenang jika boleh kerana tekanan air mendorong cecair dari tisu untuk kembali ke urat, di mana ia akan pergi ke buah pinggang jadi membolehkan ia keluar melalui urin.
  • Elakkan stoking getah yang ketat – ini bagi membuatkan peredaran darah dan cecair dalam badan dapat berlaku dengan baik.
  • Pakai kasut yang selesa – semasa anda keluar rumah, sila lupakan kasut tumit tinggi atau stiletto yang ketat. Pakai kasut orthotic yang boleh membuat kaki anda berasa lebih selesa dan boleh mengurangkan sakit kaki dan belakang semasa mengandung juga.
  • Cuba hos sokongan – pilih pantyhose penuh, atau lutut atau paha yang tidak ketat di atas. Mana-mana jenis hos sokongan yang anda pilih, pakai pada waktu pagi untuk mengurangkan pembengkakan.
  • Minum air kosong yang cukup – ia mungkin kelihatan tidak wajar untuk cuba mengeluarkan cecair dengan cecair, tetapi minum 8 hingga 10 gelas air sehari akan membantu menyingikrkan sisa sodium dan toksin yang berlebihan dalam badan dan meminimumkan pembengkakan.
  • Elakkan garam berlebihan – pengambilan garam terlalu banyak akan meningkatkan risiko bengkak kaki semasa mengandung. Bukan itu saja, garam juga menjadi punca kepada banyak lagi masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan lain-lain. Jadi, kurangkan garam!

 

Untuk menjalani tempoh kehamilan yang lebih sihat dan baik, pastikan juga anda mendapat nutrisi yang secukupnya demi memelihara kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Zat besi, vitamin B, asid folik, omega-3, kalsium dan protein adalah antara nutrisi penting yang wajib diambil disepanjang tempoh mengandung, berpantang dan menyusu.

Ibu mengandung boleh mendapatkan semua sumber nutrisi ini melalui pengambilan Set Hamil Shaklee lengkap.

kaki bengkak semasa mengandung

 

 

kaki bengkak semasa mengandung

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp / SMS:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Kaki Bengkak Semasa Mengandung: Biasa Atau Bahaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *