Lebih separuh daripada wanita akan mengadu mengalami gejala pedih ulu hati semasa mengandung yang teruk, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Pedih ulu hati juga dikenali sebagai pencernaan asid, kerengsaan atau sensasi terbakar esofagus yang disebabkan oleh kandungan perut yang refluks (berpatah balik) dari perut.

Rasa pedih ulu hati semasa mengandung mungkin berlaku kerana perubahan tahap hormon, yang boleh menjejaskan otot saluran pencernaan. Hormon kehamilan boleh menyebabkan spinkter esofagus yang lebih rendah (injap otot di antara perut dan kerongkong) yang membuatkan asid perut menyembur ke kerongkong.

Disamping itu, rahim yang membesar akan mengembangkan perut, mendorong asid perut naik ke atas. Walaupun jarang berlaku, batu hempedu juga boleh menyebabkan pedih ulu hati semasa mengandung.

 

MENCEGAH DAN MERAWAT PEDIH ULU HATI SEMASA MENGANDUNG

Untuk mengurangkan pedih ulu hati semasa mengandung tanpa mencederakan bayi anda, anda boleh mengambil langkah berikut:

  • Makan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap dan bukan makan banyak sekaligus dalam satu-satu masa.
  • Makan perlahan-lahan.
  • Elakkan makanan bergoreng, pedas, terlalu berlemak.
  • Kurangkan minum air semasa makan. Minum air yang banyak semasa makan boleh meningkatkan risiko refluks asid dan pedih ulu hati.
  • Jangan berbaring terus selepas makan.
  • Baring diatas bantal yang tinggi atau letakkan bantal di bawah bahu anda untuk membantu mencegah asid perut daripada naik ke dada.
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda ingin mengambil ubat-ubatan untuk merawat pedih ulu hati semasa mengandung dari farmasi atau kedai ubat.
  • Pakai pakaian yang longgar. Pakaian ketat boleh meningkatkan tekanan pada perut.
  • Elakkan sembelit. (Cara Hilangkan Sembelit Semasa Mengandung)

Sekiranya pedih ulu hati anda berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat-ubatan yang selamat untuk diambil semasa mengandungl.

Pedih ulu hati semasa mengandung biasanya akan hilang selepas bersalin.

Untuk menjalani tempoh kehamilan yang lebih sihat dan baik, pastikan juga anda mendapat nutrisi yang secukupnya demi memelihara kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Zat besi, vitamin B, asid folik, omega-3, kalsium dan protein adalah antara nutrisi penting yang wajib diambil disepanjang tempoh mengandung, berpantang dan menyusu.

pedih ulu hati semasa mengandung
SET HAMIL SHAKLEE

Ibu mengandung boleh mendapatkan semua sumber nutrisi ini melalui pengambilan Set Hamil Shaklee lengkap dan tambahan Peppermint Ginger Plus untuk melegakan pedih ulu hati semasa mengandung, loya dan mual.

pedih ulu hati semasa mengandung

pedih ulu hati semasa mengandung

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp / SMS:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com

Komen Facebook:
Hilangkan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung: Wajib baca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!