Tak ada siapa yang benar-benar tahu mengapa wanita lebih kerap alami kaki cramp semasa mengandung. Ada kemungkinan otot kaki menjadi terlalu letih akibat membawa berat tambahan.

Atau kaki cramp semasa mengandung boleh dikaitkan dengan bengkak kerana pembentukan cecair di kaki, suatu keadaan yang dikenali sebagai edema.

Kaki sering membengkak semasa mengandung kerana tekanan pada rahim yang melambatkan darah kembali dari kaki ke jantung.

Ibu mengandung mungkin mula mengalami masalah kaki cramp semasa trimester kedua dan ia akan menjadi lebih teruk lagi disepanjang tempoh mengandung apabila perut semakin membesar.

Kaki cramp semasa mengandung boleh berlaku pada siang hari, tetapi anda mungkin akan mengalaminya paling kerap dan teruk pada waktu malam. Ini sangat mengganggu ibu mengandung untuk mendapatkan tidur dan rehat yang baik.

 

BAGAIMANAKAH KAKI CRAMP SEMASA MENGANDUNG DAPAT DIREDAKAN?

Langkah-langkah ini boleh membantu setiap kali anda mengalami kekejangan kaki:

  1. Regangkan otot betis anda dengan segera dengan meluruskan kaki dan tumit terlebih dahulu, kemudian perlahan-lahan regangkan jari kaki anda ke belakang. (Jangan hulurkan jari kaki ke hadapan semasa meregangkan kerana ia boleh membuat menarik otot dan memburukkan lagi kekejangan.) Peregangan ini mungkin menyakitkan pada mulanya, tetapi ia akan semakin reda secara beransur-ansur.
  2. Selepas membuat regangan, urut otot atau panaskannya dengan botol air panas untuk melonggarkan tisu. Berjalan-jalan selama beberapa minit juga boleh membantu.

Ketahui tentang keistimewaan Set Hamil Shaklee

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENCEGAH KAKI CRAMP SEMASA MENGANDUNG?

Malangnya, tidak ada cara yang pasti untuk mencegah kaki cramp semasa mengandung. Tetapi petua ini mungkin membantu meminimakan risikonya:

  • Jangan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu-satu masa.
  • Regangkan otot betis anda secara teratur pada siang hari dan beberapa kali sebelum anda tidur.
  • Putarkan pergelangan kaki anda dan gerakkan jari kaki anda setiap kali anda duduk samada semasa makan malam atau menonton TV.
  • Berjalan-jalan setiap hari (tetapi elakkan daripada melakukannya secara berlebihan).
  • Baring mengiring ke kiri untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.
  • Minum air kosong lebih kerap untuk kekal terhidrasi pada siang hari.
  • Mandi dengan air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot.

 

Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil suplemen magnesium sebagai tambahan kepada vitamin prenatal dapat membantu mencegah kaki cramp semasa mengandung.

kaki cramp semasa mengandung

TESTIMONI

kaki cramp semasa mengandung

 

kaki cramp semasa mengandung

 

kaki cramp semasa mengandung

kaki cramp semasa mengandung

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp / SMS:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com

Komen Facebook:
Kaki Cramp Semasa Mengandung: Cara Terbaik Mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!