Diabetes Gestational adalah penyakit kencing manis semasa mengandung. Jenis kencing manis ini disebabkan oleh perubahan cara badan wanita bertindak balas terhadap hormon insulin semasa mengandung. Perubahan ini mengakibatkan peningkatan kadar gula dalam darah yang juga dikenali sebagai glukosa darah.

Diabetes gestational atau kencing manis semasa mengandung mempengaruhi 18% wanita semasa kehamilan. Adalah penting untuk mendiagnosis dan merawat diabetes gestational untuk mengelakkan komplikasi kesihatan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

 

FAKTOR RISIKO KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

Faktor risiko yang biasanya dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes gestational @ kencing manis semasa mengandung termasuklah:

  • Mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung sebelum ini.
  • Berat badan atau obes.
  • Berumur lebih daripada 25 tahun.
  • Memiliki sejarah keluarga yang menghidap kencing manis (ibu, bapa atau adik-beradik).
  • Sekiranya anda pernah melahirkan bayi seberat lebih daripada 9 paun.
  • Terdapat glukosa dalam air kencing anda.
  • Sekiranya anda adalah orang Afrika-Amerika, Hispanik, Asli Amerika atau Asia.
  • Mempunyai “prediabetes”, juga dikenali sebagai toleransi glukosa yang rosak.

 

BAGAIMANAKAH SAYA TAHU JIKA SAYA ADA KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG?

Sekiranya anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis semasa mengandung, paras glukosa darah anda mungkin akan diperiksa semasa lawatan prenatal ke klinik.

Sekiranya keputusan glukosa darah anda adalah normal, ia akan diperiksa semula antara minggu ke-24 dan ke-28 dalam kehamilan. Adalah disyorkan untuk semua wanita mengandung melalui ujian saringan kencing manis pada waktu ini.

 

APAKAH KESAN DARIPADA KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG?

Diabetes gestational @ kencing manis semasa mengandung boleh meningkatkan risiko anda melahirkan bayi dengan berat lebih dari 9 paun dan meningkatkan keperluan untuk caesar. Di samping itu, hipertensi dan preeklampsia boleh berlaku lebih kerap di kalangan penghidap kencing manis semasa mengandung ketika mereka bersalin. Walau bagaimanapun, pengurusan kencing manis semasa mengandung yang berkesan dapat mengurangkan kemungkinan komplikasi ini.

 

RAWATAN

Lazimnya, kencing manis gestational @ kencing manis semasa mengandung dirawat dan diuruskan melalui pemantauan glukosa darah setiap hari dan dengan membuat perubahan diet untuk membantu mengekalkan tahap glukosa darah supaya ia sentiasa dalam lingkungan normal.

Sesetengah doktor juga mengesyorkan senaman. Kadangkala, apabila perubahan diet tidak mampu mengawal tahap glukosa darah, anda mungkin perlu memulakan terapi insulin atau mengambil ubat lain. Doktor akan menentukan pelan rawatan yang terbaik untuk merawat diabetes anda, termasuk berapa kerap anda perlu memeriksa kadar glukosa darah anda. Doktor dan ahli farmasi boleh mengajar anda cara memantau kadar glukosa darah anda di rumah, cara menggunakan meter glukosa darah yang disyorkan dan bagaimana memberi suntikan insulin jika perlu.

 

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Walaupun ia mungkin agak mencabar, majoriti wanita yang mengidap penyakit diabetes berjaya mengawal tahap glukosa darah mereka dan melahirkan bayi yang sihat tanpa sebarang komplikasi asalkan mereka menerima rawatan dan rutin pemantauan yang betul. Selepas bersalin, kebanyakan tahap glukosa darah wanita yang ada kencing manis semasa mengandung akan normal semula dan tidak memerlukan rawatan lagi.

Namun begitu, adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan 6 hingga 12 minggu selepas bersalin. Di samping itu, disarankan agar wanita dengan sejarah diabetes gestasi @ kencing manis semasa mengandung membuat pemeriksaan rutin untuk memantau perkembangan diabetes atau prediabetes sekurang-kurangnya setiap tiga tahun. Penting untuk mematuhi terapi anda jika anda menghidap diabetes, supaya anda dan bayi anda dapat menikmati kehidupan yang sihat.

 

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

Mengamalkan pengambilan nutrisi yang baik dan seimbang dapat membantu ibu hamil & bayi lebih sihat. Baca lebih lanjut tentang Kelebihan & Keistimewaan Set Hamil Shaklee.

 

TESTIMONI

 

 

kencing manis semasa mengandung

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp / SMS:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com

Komen Facebook:
Kencing Manis Semasa Mengandung: Bagaimana Nak Kawal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!