Bila saya cakap yang zaman sekarang ni kita dah tak boleh nak bergantung 100% kepada makanan saja untuk dapatkan nutrisi harian… kita kena dapatkan bantuan sokongan daripada pengambilan vitamin @ suplemen tambahan untuk cegah kekurangan nutrisi dalam badan… confirmed akan ada yang bangkang. Lebih-lebih lagi mereka yang lebih jauh bijak pandainya daripada saya.

Atau daripada mereka yang memang anti-suplemen. Apatah lagi kalau suplemen tu pula dijual oleh syarikat MLM. Memang lah selalu dapat tentangan hebat. Malah dicemuh… dengan beranggapan ia semata-mata kerana nak menjual… semata-mata kerana bisnes..

Mereka akan cakap “makan jer lah sayur & buah-buahan banyak-banyak setiap hari, tak perlu ambil suplemen merepek tu”

Saya tak tahu tentang syarikat lain, tapi di Shakee, ia adalah sebuah tanggungjawab.

Klik Kenali Shaklee jika anda ingin tahu lebih lanjut

Saya rasa anda boleh bangkang… bangkang sekeras-kerasnya jika pernyataan itu saya buat pada tahun 1920an (contohnya).

Adakah kita masih berada di 100 – 200 tahun yang lepas?

Adakah sumber makanan segar kita 100% confirmed bebas daripada hatta setitik pun bahan kimia pertanian atau racun serangga?

Adakah sumber makanan segar kita dibela dibelakang rumah yang bersih, mendapat sumber makanan & air yang betul-betul tulen?

Adakah makanan kita tidak melalui proses sejuk beku?

Adakah kita ini sebenarnya hanya ibarat makan hampas setiap hari?

Adakah anda yakin yang tubuh anda tidak mengalami masalah kekurangan nutrisi? Berapa kali anda atau anak anda demam dalam tempoh setahun? Berapa kerap anda perlu berulang ke klinik @ hospital setiap tahun kerana tak sihat?

Fikirkan semula… adakah benar anda tidak perlukan sokongan suplemen tambahan untuk dapatkan sumber nutrisi asas harian.

Ada satu artikel yang membangkitkan hal ini yang bertajuk “THE GREAT NUTRIENT COLLAPSE” (KERUNTUHAN BESAR NUTRIEN)

Antara petikan daripada artikel tersebut…

 “IN AGRICULTURAL RESEARCH, it’s been understood for some time that many of our most important foods have been getting less nutritious. Measurements of fruits and vegetables show that their minerals, vitamin and protein content has measurably dropped over the past 50 to 70 years. Researchers have generally assumed the reason is fairly straightforward: We’ve been breeding and choosing crops for higher yields, rather than nutrition, and higher-yielding crops—whether broccoli, tomatoes, or wheat—tend to be less nutrient-packed.

In 2004, a landmark study of fruits and vegetables found that everything from protein to calcium, iron and vitamin C had declined significantly across most garden crops since 1950. The researchers concluded this could mostly be explained by the varieties we were choosing to grow.”

 

“DALAM PENYELIDIKAN PERTANIAN, sudah difahami sekian lama bahawa banyak makanan penting kita semakin kurang berkhasiat. Buah-buahan dan sayur-sayuran menunjukkan bahawa kandungan mineral, vitamin dan protein mereka telah menurun secara sejak 50 hingga 70 tahun yang lalu. Secara amnya, sebabnya adalah agak mudah: Kita telah membiak dan memilih tanaman untuk hasil yang lebih tinggi, daripada pemakanan dan hasil yang lebih tinggi – samada brokoli, tomato, atau gandum – cenderung kurang berkhasiat.

Pada tahun 2004, satu kajian mercu tanda (Landmark Study) mengenai buah-buahan dan sayur-sayuran mendapati bahawa segala-galanya bermula daripada protein kepada kalsium, zat besi dan vitamin C telah merosot dengan ketara pada kebanyakan tanaman dan ladang sejak tahun 1950. Para penyelidik menyimpulkan ini dapat dijelaskan oleh jenis yang dipilih untuk ditanam.

Saya yakin, anda faham dengan apa yang dimaksudkan dalam petikan di atas…

Saya cadangkan anda cuba baca artikel penuh tersebut (klik pada gambar)

kekurangan nutrisi

Dah baca?

Masih yakin yang anda tak perlukan suplemen tambahan untuk dapatkan sumber nutrisi asas harian?

Saya pasti anda semua bijak menilai… menilai untuk kebaikan dan kepentingan diri sendiri. Untuk hidup yang lebih sihat & sempurna.

Saya sekadar berkongsi.

Saya setuju, kita kena makan makanan segar setiap hari. Wajib ada hidangan sayur-sayuran & buah-buahan, ikan, daging atau ayam dalam menu harian. Itu penting. Tapi saya tidak mempersoalkan tentang itu. Menu harian kita tetap perlu lengkap, perlu sihat. Cuma yang menjadi persoalannya, adakah makanan yang kita makan setiap hari tu dapat memenuhi keperluan nutrisi yang tubuh kita perlukan untuk berfungsi dengan baik?

Sila jangan salah tafsir dengan topik yang saya bawa ni yer… jangan sesekali ada pula yang mengatakan, ambil suplemen saja dan tak perlu dah pentingkan diet sihat. NO!

Dan bukan juga kalau dah ambil suplemen, kita boleh abaikan diet harian yang seimbang. again… NO!

Ingat, suplemen diambil sebagai sokongan untuk tampung kekurangan nutrisi yang tak mampu diberi oleh sumber makanan harian kita… bukan bila dah telan suplemen, tak payah makan sayur dah. Ok?

 

Kekurangan nutrisi boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan. Bermula daripada yang ringan hinggalah penyakit yang lebih kronik.

Masalah kekurangan nutrisi bukanlah sesuatu yang sepatutnya kita abaikan. Jangan tunggu dah sakit, baru terkalut-kalut nak ambil vitamin itu dan ini.

Mulakan sekarang… hari ini… kita berhak untuk memberikan yang terbaik kepada diri & kesihatan kita.

 

Penulis

Nieda @ #ohcantikdotcom

Komen Facebook:
Adakah Kita Ibarat Makan Hampas Setiap Hari?
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!