Organ terbesar manusia adalah kulit. Kulit dan otot kendur selepas mengandung adalah perkara biasa sebab kulitlah yang akan menerima efek yang sangat besar apabila mengandung. Dari tanda regangan, ke urat varikos, ke jerawat, ke urat labah-labah, kulit menjadi kendur dan menggelebeh dan macam-macam lagi kan..

Kebanyakan masalah ini hilang selepas bersalin. Malangnya, terdapat peningkatan berat badan dan kulit longgar & menggelebeh untuk ditangani.

Kulit manusia terbina daripada kolagen dan elastin dan kulit kita akan mengembang apabila kita berat badan bertambah sebab tu apabila selepas bersalin, kulit dan otot akan menjadi kendur.

kulit dan otot kendur selepas mengandung
Kehamilan boleh memberi banyak perubahan kepada bentuk tubuh seorang wanita

Berikut adalah beberapa cara untuk menangani masalah kulit dan otot kendur selepas mengandung:

APA YANG BERLAKU KEPADA KULIT ANDA SELEPAS BERSALIN?

Sebulan selepas bayi anda lahir, anda mungkin dapat semula kehidupan normal yang baru.  Semuanya mungkin telah teratur dan anda telah mula dapat tidur, makan sihat, dan bersenam.

Tetapi lanjutan dari kehamilan ada sesuatu yang anda tidak tahu bagaimana cara untuk memperbaikinya iaitu kulit dan otot yang kendur & menggelebeh.

Masalah seperti ini biasanya terjadi pada bahagian perut, pinggul, atau di belakang dan juga payudara anda. Namun, masalah kekenduran payudara hanya akan lebih ketara apabila anda tidak lagi menyusukan bayi.

Anda mungkin hanya melihatnya ketika di bilik mandi, atau apabila seluar jeans kegemaran anda sudah tidak muat lagi. Ini bermakna anda perlu buat sesuatu untuk mendapatkan semula kulit yang anjal dan tegang serta berat badan yang lebih ideal.

Kulit dan otot kendur boleh secara emosional mengecewakan untuk wanita yang mahu badan mereka kembali kepada keadaan seperti semasa sebelum mengandung dulu. Memang BOLEH! Tetapi penting untuk diingat bahawa ini semua perlu mengambil masa.

 

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MEMBENTUK SEMULA KULIT DAN OTOT KENDUR SELEPAS MENGANDUNG?

  • KURANGKAN BERAT BADAN SECARA PERLAHAN. Penurunan berat badan secara beransur-ansur adalah jauh lebih efektif berbanding penurunan berat badan secara drastik kerana kulit dan otot kita memerlukan masa yang agak panjang untuk pulih dan kembali anjal dan tegang seperti asal. Penurunan berat badan yang terlalu cepat menyebabkan kulit tidak mendapat masa yang cukup untuk bertindakbalas dengan baik
  • SENAMAN adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang cantik dan membina otot. Senaman boleh membantu mencegah atau meminimumkan kulit dan otot kendur & menggelebeh. Antara senaman atau aktiviti yang boleh anda buat adalah seperti berjalan, senaman cardio, yoga dan sebagainya. Perlu diingat, anda tidak perlu memaksa diri untuk melakukan senaman atau aktiviti berat. Cukup dengan senaman atau aktiviti ringan sahaja.

 

CARA LAIN UNTUK MENEGANGKAN SEMULA KULIT DAN OTOT KENDUR SELEPAS MENGANDUNG

Bina semula otot dengan mengambil makanan yang mengandungi protein dan lemak yang sihat. Badan yang kekurangan protein akan menyebabkan otot menjadi kendur… bila otot kendur, kulit juga akan menggelebeh. Jadi, pengambilan protein yang cukup setiap hari adalah SANGAT PENTING dan tidak boleh diabaikan. Protein juga mengandungi kolagen yang boleh membantu kulit menjadi lebih elastik / anjal semula. Pengambilan protein haruslah sepadan dengan keperluan dan gaya hidup anda. Anda mungkin memerlukan lebih banyak protein jika anda menyusu bayi.

 

kulit dan otot kendur selepas mengandung
Amalkan diet sihat untuk dapatkan kulit yang lebih cantik dan anjal
kulit dan otot kendur selepas mengandung
ESP adalah sumber protein dalam bentuk suplemen yang mampu melengkapkan keperluan protein harian anda

Air membantu untuk menghidrat kulit dan menjadikannya lebih elastik. Tubuh anda akan berfungsi dengan lebih cekap sekiranya mendapat air yang cukup. Ia boleh membakar lemak lebih mudah dan mengurangkan pengekalan air di perut anda. Pastikan anda minum air kosong yang bersih dan berkhasiat setiap hari. Baca Cara dapatkan air bertapis paling murah

Sapukan minyak kastor bercampur dengan minyak peppermint atau minyak lavender, atau jus lemon secara langsung pada kulit pada waktu malam. Ia mungkin membantu mengetatkan semula kulit.

Minyak badam juga boleh membantu meredakan stretch mark. Selain daripada itu,cuba gosok minyak penting seperti lavender atau minyak biji anggur di sepanjang garis perut untuk membantu mengetatkan kulit. Ini juga akan dapat membantu memperbaiki peredaran darah.

 

TESTIMONI

 

 

 

kulit dan otot kendur selepas mengandung

kulit dan otot kendur selepas mengandung

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.

 

WHATSAPP / SMS:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Kulit Dan Otot Kendur Selepas Mengandung & Bersalin: Cara Mudah Kembalikan Keanjalannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!