Antara masalah rambut wanita bertudung yang sering dihadapi alah kulit kepala gatal kerana salah satu puncanya kerana menyarung tudung ketika rambut tidak kering dengan sempurna dan memiliki kulit kepala yang sensitif.

Selain itu, bagi wanita yang berambut panjang, mereka biasanya akan mengikat rambut sebelum menyarungkan anak tudung atau tudung.

Ikatan rambut yang terlalu kuat memberi kesan kepada akar rambut. Lebih-lebih lagi dalam keadaan waktu yang lama boleh mengakibatkan rambut gugur.

Kulit kepala yang berminyak dan berpeluh boleh menjadi punca masalah kelemumur.

Masalah rambut wanita bertudung seperti berbau kepam juga sering dihadapi oleh wanita bertudung. Perkara ini berlaku kerana memakai tudung terlalu lama dan berada di bawah sinaran matahari.

Tambahan pula, jika jenis kain tudung yang agak tebal dan menyebabkan tiada pengudaraan yang baik.

Elakkan daripada menggunakan anak tudung yang sama berulang kali yang tidak dibasuh dengan sempurna kerana ia menjadi salah satu punca bau rambut kurang menyenangkan.

 

SYAMPU & PERAPI UNTUK RAMBUT WANITA BERTUDUNG

masalah rambut wanita bertudung

 

Terdapat beberapa tips penjagaan rambut bagi bagi mengelakkan masalah rambut wanita bertudung:

1. Elak memakai tudung ketika rambut masih basah. Pakai tudung ketika rambut basah boleh menyebabkan rambut berbau kurang menyenangkan.

2. Gunakan syampu dan perapi yang bersesuaian untuk rambut. Jika rambut berminyak atau berkelemumur, gunakan syampu khas untuk masalah itu. Penggunaan syampu yang salah boleh menyebabkan keguguran rambut atau masalah yang dihadapi bertambah teruk.

3. Gunakan tonik rambut secara konsisten. Ia membantu untuk mengawal keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Justeru, tonik rambut juga dapat membendung kulit kepala daripada mempunyai masalah seperti kelemumur atau kegatalan. Penggunaanya juga dapat mengelakkan daripada rambut menjadi kepam.

 

masalah rambut wanita bertudung

 

4. Pastikan lakukan rawatan rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi menjaga rambut dan kulit kepala. Ia dapat merawat atau membantu menyelesaikan masalah rambut dengan menggunakan Hair mask. Rawatan ini juga boleh dilakukan sendiri tanpa pergi ke salun.

5. Elak daripada mengikat rambut terlalu ketat.

6. Tukar anak tudung setiap hari kerana anak tudung yang pakai apabila berpeluh, ia menyerap peluh sekaligus menyumbang kepada bau yang kurang enak jika dipakai berulang kali.

7. Amalkan pemakanan sihat, pengambulan air kosong dan tidur dengan cukup.

8. Tangani stress dengan baik kerana stress akan menyebabkan masalah rambut gugur.

 

masalah rambut wanita bertudung

 

Tambahkan Hair Mist dalam rutin penjagaan rambut jika anda adalah seorang wanita bertudung. Hair Mist akan buatkan rambut anda sentiasa lembut, berbau harum & segar.

Jika anda bertudung dan mengalami masalah rambut gugur, SET RAMBUT GUGUR FAITH FLEUR adalah pilihan terbaik!

 

masalah rambut wanita bertudung

 

Klik gambar di bawah untuk LIHAT TESTIMONI

 

masalah rambut wanita bertudung

 

masalah rambut wanita bertudung

 

 

Komen Facebook:
Masalah Rambut Wanita BERTUDUNG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!