Anda sedang berhadapan dengan masalah buasir? Tak perlu cemas sebab ada cara untuk merawat buasir sendiri secara semulajadi di rumah.

Rawatan ini dapat membantu meringankan gatal-gatal dan kesakitan anda. Kalau anda konsisten dengan tips & cara merawat buasir ni, anda juga boleh mendapat kesembuhan yang berterusan dan mengelak daripada masalah tersebut menjadi semakin teruk.

 

merawat buasir

 

MERAWAT BUASIR SENDIRI DI RUMAH

Tips-tips yang saya kongsikan di sini juga akan membantu anda mengelakkan sembelit dan memudahkan anda membuang air besar. Inilah sebenarnya langkah awal bagi mencegah buasir.

Meredakan Kesakitan dan Gatal

Berendam dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air suam selama sekitar 15 minit pada satu masa. Lakukan dua atau tiga kali sehari dan selepas setiap kali membuang air besar. Sekiranya anda ingin mencuci dubur, pastikan anda hanya gunakan sabun yang tidak ada pewangi dan jangan gosok.

Lap perlahan-lahan untuk mengeringkanya.

Terdapat juga “tempat duduk” khas yang boleh anda letakkan terus di kerusi tandas anda untuk membuat rendaman lebih mudah. Ia dipanggil sebagai “sitz bath”

 

merawat buasir

 

Lap bersih dan sapu krim whitch hazel untuk meredakan rasa sakit dan gatal tanpa kesan sampingan. Jangan gunakan krim yang mengandungi hydrocortisone lebih dari seminggu kecuali doktor anda mengatakan ia adalah OK.

Letakkan pek sejuk (ais) di tempat yang sakit beberapa kali sehari. Ia boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak untuk seketika.

Pertimbangkan ubat penahan sakit. Ubat seperti acetaminophen, aspirin, atau ibuprofen, boleh membantu anda menahan kesakitan. Tetapi ia mungkin hanya bersifat sementara.

Jangan garu!. Anda boleh merosakkan kulit dan membuat kerengsaan, dan gatal-gatal menjadi lebih teruk jika anda garu.

Pakai seluar dalam daripada kain kapas yang longgar dan lembut. Ia memastikan pengudaraan yang baik dan mencegah daripada kelembapan berlebihan yang boleh mengganggu buasir anda.

 

TABIAT BILIK MANDI YANG BAIK

Ya, anda boleh merawat buasir melalui tabiat bilik mandi yang baik. Tapi bagaimana?

  • Hadkan masa anda di atas mangkuk tandas. Jika anda berjaya membuang air besar selepas beberapa minit, jangan tunggu atau jangan paksa ia keluar. Cuba untuk displinkan diri membuang air besar mengikut waktu rutin harian yang sama setiap hari. Bukan setiap masa perlu masuk tandas dan memaksa diri membuang.
  • Guna tisu tandas yang lembut. Jika tisu tandas anda jenis yang agak kasar, basahkan sedikit sebelum diguna. Atau gunakan tisu basah, cotton ball atau tisu bayi tanpa alkohol.
  • Jangan tahan, apabila anda merasa seperti anda nak membuang air besar. Jangan tunggu masa atau tempat yang lebih baik. Najis akan tertahan dan itu boleh menyebabkan tekanan.
  • Pilih tandas cangkung. Atau jika di rumah anda semua tandas adalah jenis duduk, letakkan bangku pendek sebagai tempat meletak kaki. Menaikkan lutut anda apabila anda duduk di tandas akan membuatkan pergerakan usus jadi lebih mudah.

Baca juga: Cara Sembuhkan Vertigo

JANGAN BUAT PERKARA LEBIH BURUK

Pentingkan pengambilan serat. Serat berfungsi untuk melembutkan najis dan menjadikan anda lebih lawas. Makanan seperti kacang, roti wholemeal, bijirin, buah-buahan segar dan sayuran adalah sumber serat yang baik. Anda juga mungkin ingin mencuba suplemen jika anda tidak mampu mendapatkan sumber serat yang cukup daripada makanan.

Minum banyak cecair. Tetap terhidrasi untuk memastikan najis sentiasa lembut supaya lebih mudah membuang. Air adalah pilihan terbaik. Minum banyak sepanjang hari. Jus prun adalah julap semulajadi dan boleh membantu jadi lebih lawas.

Senaman secara teratur. Walaupun hanya berjalan (brisk walking) selama 20-30 minit setiap hari.

Bernafas dengan baik! Pastikan anda mengamalkan cara bernafas yang betul. Terutamanya semasa anda sedang melakukan aktiviti berat atau bekerja keras. Ramai yang tidak sedar yang anda mungkin biasa untuk menahan nafas semasa anda menolak, menarik, atau membuat sesuatu kerja berat. Ini boleh membawa kepada masalah buasir dan pendarahan buasir.

Gunakan bantal atau kusyen lembut. Sentiasa duduk di atas kusyen dan bukannya di atas permukaan yang keras. Ia akan mengurangkan bengkak buasir anda. Ia juga boleh membantu mencegah terjadinya buasir baru.

Berehat. Jika anda perlu duduk lama, bangun setiap jam dan bergerak sekurang-kurangnya selama 5 minit.

 

MERAWAT BUASIR DENGAN SOKONGAN SUPLEMEN

merawat buasir

 

Ramai yang dah cuba dan tertawan dengan kelebihan Nutrelle Extra!

Siapa yang belum cuba tu RUGI SANGAT!!

Nak tahu sebab apa? Nutrelle Extra ini dilengkapi dengan 4 Proses Detoksifikasi Lengkap

1. Detoks : Multifiber Blend 😱
🍃 Menyokong pembersihan sistem penghadaman, hati dan darah daripada toksin
🍃 Melawaskan pembuangan bahan kumuh, racun radiasi dan logam berat dengan efisien

2. Pemulihan : Prebiotik FOS 😱
🍃 Menggalakkan pembiakan kuman baik untuk pertumbuhan flora yang sihat
🍃 Menguatkan sistem pertahanan badan

3. Memelihara : Aloe Vera 😱
🍃 Membantu penghadaman dan melawaskan
🍃 Melegakan masalah ulser dan buasir

4. Rejuvenasi : Ekstrak Teh Hijau 😱
🍃 Memberi kesan antioksidan bagi melawan proses kemerosotan diri dan penuaan pramatang
🍃 Membantu proses pelangsingan badan

Bagus ke bagus ? 😄

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan NUTRELLE EXTRA hari ini! Sama-sama kita ikhtiar untuk jadi lebih sihat!

 

 

merawat buasir

 

merawat buasir

 

merawat buasir

 

merawat buasir

 

merawat buasir

 

 

 

merawat buasir

 

Komen Facebook:
Merawat Buasir Sendiri Secara Semulajadi Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!