Air lemon sangat popular di kalangan orang-orang yang nak kurus dan nak detoks kan? Air lemon ni dijadikan sebagai sebahagian dari menu diet harian. Ada yang minum air lemon sejuk, ada yang minum air lemon suam.

Ape agaknya khasiat atau faedah yang kita boleh dapat kalau kita minum air lemon ni terutamanya di waktu pagi?

 

KENAPA PERLU MINUM AIR LEMON SUAM PADA WAKTU PAGI?

Biasanya kita minum air lemon lepas makan tengahari atau pun makan malam. Suka kan minum air lemon ais atau ice lemon tea. Rasa fresh jer especially bila lepas makan makanan yang lemak-lemak atau makan makanan laut sebab nak bagi hilang rasa hanyir.

Aaahh… terus terasa teringin nak minum ice lemon tea pulak dah. Inilah masalahnya kalau buat entry yang ada kena mengena dengan makanan atau minuman ni.. hahahaa… nampak sangat suka makan kan?… saya memang suka makan, tapi pada masa yang sama saya tetap kawal pemakanan saya dan itulah antara cara saya kekalkan berat badan ideal.

Ok, kita kembali ke tajuk asal, kenapa perlu minum air lemon pada waktu pagi?

Memulakan hari dengan air lemon suam memberikan banyak manfaat kepada kesihatan antaranya:

MEMBANTU PENGHADAMAN

Air lemon suam bukan saja membantu untuk merangsang saluran penghadaman, tapi ia dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan hati (detoks). Menu diet ni mampu menyingkirkan asid penghadaman dalam proses menghadamkan makan dan menyingkirkan bahan buangan dengan lebih baik.

 

MENYOKONG SISTEM IMUN

Buah-buahan seperti lemon kaya dengan vitamin C dan ascorbic acid. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun dan menentang selsema. Sebab tu kalau selsema cuba-cuba nak bertandang saya akan upkan dose vitamin C dan ia memang sangat-sangat berkesan dan yang paling best adalah saya berjaya mengelakkan diri daripada mengambil paracetamol yang akan beri kesan buruk jangka panjang tu. Ascorbic acid pulak membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.

 

MENGALKALIKAN TUBUH

Kalau tubuh kita berdepan dengan masalah keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang. Walaupun lemon bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang baik selain cara terbaik untuk memastikan keseimbangan pH tubuh supaya berada pada paras yang sepatutnya terutamanya jika diet anda kaya dengan daging, keju dan/atau alkohol.

 

MEMBANTU DETOKSIFIKASI

Air lemon adalah diuretic semulajadi yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin. Asid sitrik yang terkandung di dalam lemon membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.

 

PEMBERI TENAGA

Ramai yang mengaku dengan mudah berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon suam di waktu pagi. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah, memberikan anda rasa bertenaga dan hebat! Jadi, kepada yang belum mula minum air lemon suam tu better masukkan minuman ni dalam menu diet anda.

 

MENCANTIKKAN KULIT

Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kering dan kusam. Jadi, apakata mulakan hari anda dengan minum segelas air lemon suam. Vitamin C jugak memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksida bagi mencegah penuaan. Ha! tak sia-siakan kalau air lemon suam ni jadi salah satu daripada menu diet wajib harian kita.

Untuk air lemon suam yang sedap lagi menyegarkan dipagi hari, saya syorkan untuk anda mencuba bancuhan Cinch Tea Mix Shaklee yang dicampurkan sedikit perahan lemon dan sedikit madu.

MasyaAllah!… anda memang akan merasa cergas dan hebat sepanjang hari sebab Cinch Tea Mix Shaklee berfungsi untuk memberi tenaga dan meningkat tahap metabolism, jadi ia amat-amat sesuai dan digalakkan untuk yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan dengan lebih berkesan dan selamat. Kalau nak minum pada waktu tengahari, boleh juga sejukkan dulu dalam peti sejuk, tak perlu letak ais yer. Tak elok minum air yang berais selalu sangat.

Cubalah!… anda pasti jatuh cinta. slurrrppp

Cinch Tea

Jadi, lepas ni masing-masing boleh la jadikan air lemon suam + Cinch Tea Mix Shaklee ni sebagai menu diet harian yer. Banyak manfaatnya… bukan setakat detoks jer tau.

Dapatkan Cinch Tea Mix Shaklee hari ni jugak supaya anda dapat rasa sendiri kehebatannya.

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
Minum Air Lemon Diwaktu Pagi: Apakah Manfaatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!