Kali ni saya nak kongsikan tips diet… tak abis-abis cerita tips diet kan… tapi saya suka bila dapat berkongsi inf0-info dan tips yang mungkin boleh beri manfaat kepada sape saja yang sudi baca coretan saya ni…

Tips diet kali ni ringkas jer.. ada 10 tips semuanya.. kalau ikutkan memang banyak sebenarnya tips diet yang boleh kita ikut lebih-lebih lagi bagi yang berhajat nak kekalkan atau turunkan berat badan tu.

Dalam entry ni saya kongsikan 10 tips diet ringkas dulu yer…

10 TIPS DIET RINGKAS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN:

  1. Jadikan oat sebagai sahabat anda! Pengambilan semangkuk oatmeal sebagai sarapan pagi boleh mengelakkan anda kelaparan diwaktu tengahari.
  2. Meninggalkan waktu makan boleh menyebabkan tubuh cenderung kepada kelaparan yang menyimpan lemak, dimana ianya menjadi lebih susah untuk membakar kalori. Jadi jangan skip waktu makan.
  3. Hadkan waktu membeli barang keperluan dapur; dengan ini, anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk singgah di bahagian makanan yang diproses (ini memang betul tau, kalau dok pi mai pi mai kat supermarket tu kadang-kadang nak tak nak terambik jugak junk food masuk dalam troli)
  4. Jangan keliru antara haus dan lapar. Minum segelas air sekiranya merasa lapar untuk memastikan samada itu adalah yang anda perlukan sebenarnya. Ramai yang selalu silap bab ni, kalau lepas makan tapi perut masih rasa macam lapar, cepat aje gi cari makanan lagi… mainan psikologi ni tau.. jaga-jaga..
  5. Buatkan bekalan yang mengandungi makanan sihat seperti kekacang, buah-buahan atau sayuran. Tips diet ni boleh bantu untuk mengelakkan pengambilan makanan tidak sihat disaat tergesa-gesa.
  6. Tingkatkan metabolisma dengan teh hijau atau lada benggala.
  7. Bersenam selama 20 minit: 2 – 3 kali seminggu. Rasanya ini tips diet yang paling susah kita nak buat kan… alasannya selalu tak sempat. Takpe, cuci kereta, mengemas rumah pun boleh bantu bakar kalori jugak tau… tak semestinya kena ke gym.
  8. Kenal pasti faktor yang boleh menyebabkan emosi anda terganggu. Emosi yang terganggu boleh membuatkan anda mencari makanan yang tidak sihat sebagai penenang.
  9. Individu yang lebih kerap menimbang berat dan mengikuti perkembangan mereka menggunakan journal lebih cenderung untuk menurunkan berat badan.
  10. Hindarkan minuman berkarbonat & berhati-hati dengan makanan yang tertera “fat-free” atau “zero trans fat” kerana anda sebenarnya mungkin telah membeli makanan yang tinggi kandungan gula atau sodium.

Ok, cukup dulu 10 tips diet ringkas ni yer… nanti kita sambung lagi…

Kepada yang tengah mengatur menu diet dan tercari-cari cara menurunkan berat badan atau nak kekalkan berat badan pun bolehlah apply tips-tips tadi dan pada masa yang sama boleh juga dapatkan bantuan vitamin @ suplemen untuk pengurusan berat badan yang lebih efisien.

shape-up-edited

 

Semoga bermanfaat!

MELABURLAH UNTUK KESIHATAN KERANA IA TIADA GANTI

HUBUNGI:

Nieda
Business Leader & Shaklee Independent Distributor

Whatsapp:
019 – 707 1977

Email:
nieda@ohcantik.com 

Komen Facebook:
10 Tips Diet Ringkas Ni Bila Menjadi, Hasilnya Rasa Sendirilah
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!