Ada banyak jenis masalah berkaitan buah pinggang contohnya buah pinggang rosak, penapis buah pinggang bocor, jangkitan buah pinggang, termasuklah batu karang dalam buah pinggang. Bagaimana cara untuk pecahkan batu karang ni supaya anda tidak lagi terus menderita?

Kaedah biasa adalah pembedahan atau rawatan laser. Selain daripada itu, apa yang boleh anda buat untuk pecahkan batu karang?

Cara yang akan saya kongsikan ini mungkin bukan rawatan utama untuk pecahkan batu karang, tetapi ia boleh beri sokongan yang baik kepada kesihatan.

 

APAKAH DIA BATU KARANG?

Seperti yang kita sedia maklum, buah pinggang ni tugas dia adalah menapis bahan buangan yang ada dalam darah dan menghasilkan air kencing. Kadang-kadang, garam dan mineral lain bercantum atau melekat antara satu sama lain maka terbentuklah kidney stones @ batu karang dalam buah pinggang.

Batu ini bersaiz dari sekecil seperti sebutir gula hinggalah ke saiz seperti sebiji bola ping pong. Tapi seseorang tu jarang sedar yang dia ada batu karang dalam buah pinggang melainkan batu karang tu menyebabkan blockage. Batu karang dalam buah pinggang ni akan menyebabkan kesakitan kalau tertolak ke saluran ureters, laluan sempit yang menuju ke pundi kencing.

 

kidney-stones-s2-illustration

 

TANDA-TANDA PENYAKIT BATU KARANG DALAM BUAH PINGGANG

Apabila batu karang dalam buah pinggang bergerak melalui salur kencing, ia boleh menyebabkan perkara berikut terjadi:

  • Kesakitan yang teruk pada bahagian belakang, perut dan pangkal peha
  • Kesakitan semasa kencing
  • Kencing berdarah
  • Loya dan muntah

Batu karang yang kecil mungkin boleh terkeluar tanpa sebarang simptom dirasai.

 

pecahkan batu karang

 

BATU KARANG ATAU BENDA LAIN?

Jika anda tiba-tiba saja rasa sakit pada bahagian belakang atau perut, perkara yang terbaik untuk anda buat adalah cepat-cepat buat pemeriksaan dengan doktor. Sakit pada bahagian abdomen boleh dikaitkan dengan banyak perkara termasuklah apendiks atau kehamilan luar rahim. Sakit semasa kencing juga adalah simptom biasa kepada jangkitan salur kencing atau STD (sexual transmitted disease)

 

FAKTOR RISIKO BATU KARANG YANG BOLEH DIKAWAL

Kurang minum air kosong setiap hari selalu jadi punca utama kepada masalah batu karang dalam buah pinggang. Diet juga memainkan peranan yang sangat penting.

Pengambilan protein berlebihan, garam dan makanan yang tinggi kandungan oxalate seperti coklat atau sayur berwarna hijau tua boleh menjadi punca kepada batu karang dalam buah pinggang bagi sesetangah individu. Faktor risiko lain termasuklah berat badan berlebihan dan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

 

FAKTOR RISIKO BATU KARANG YANG TIDAK BOLEH DIKAWAL

Kalau anda ada sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit batu karang dalam buah pinggang ni, maka anda juga ada risiko untuk mendapat penyakit yang sama. Tekanan darah tinggi, gout, jangkitan salur kencing juga boleh menjadi punca, tetapi jika masalah ni dirawat dan dikawal dengan betul, ia mungkin boleh membantu mengelakkan daripada pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

 

TIDAK MINUM AIR KOSONG YANG CUKUP

Dehidrasi adalah culprit dalam masalah ni. Tidak minum air kosong yang cukup setiap hari boleh meningkatkan risiko seseorang tu untuk mendapat penyakit batu karang dalam buah pinggang. Kekurangan air akan menyebabkan lebihan mineral dalam air kencing, yang boleh terkumpul menjadi batu karang.

 

oxalate
Contoh makanan yang tinggi kandungan oxalate (oksalat) yang perlu dikurangkan atau dielakkan pengambilannya untuk memeliharan kesihatan buah pinggang

 

BAGAIMANA ANTIOKSIDAN DAN FITONUTRISI MEMBANTU DALAM MASALAH BATU KARANG

Antioksidan membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas dapat merosakkan tisu buah pinggang dan menyebabkan keradangan, yang boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang.

Beberapa fitonutrisi, seperti kalsium oksalat dalam makanan, boleh membantu mengikat oksalat dalam usus, mengurangkan jumlah oksalat yang diserap ke dalam sistem salur kencing. Ini adalah penting kerana batu karang kalsium oksalat adalah jenis batu yang paling biasa.

Fitonutrisi juga dapat membantu mengawal keseimbangan air dan elektrolit dalam badan, yang dapat mengurangkan kepekatan urin dan risiko pembentukan batu karang.

Untuk individu yang berisiko tinggi membentuk batu asid urik, antioksidan dan fitonutrisi boleh membantu mengawal tahap asid urik dalam badan.

 

pecahkan batu karang

 

pecahkan batu karang

 

pecahkan batu karang

 

pecahkan batu karang

 

pecahkan batu karang

 

 

pecahkan batu karang

 

Komen Facebook:
Pecahkan Batu Karang Tanpa Pembedahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!