Apakah dia makanan untuk pesakit buah pinggang rosak?

Artikel ini adalah berdasarkan info umum sahaja. Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis suplemen tambahan dalam diet harian.

 

MAKANAN UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG ROSAK BAGAIMANA YANG SESUAI?

Pemakanan yang betul boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan dan dialisis. Hospital biasanya ada pakar diet yang boleh membantu dalam hal ni. Ikut jer nasihat pakar diet bagi mendapatkan efek terbaik daripada rawatan hemodialisis anda.

 

Berikut adalah panduan umum untuk diet @ makanan untuk pesakit buah pinggang rosak:

Cecair – pakar diet akan membantu anda menentukan berapa banyak air yang perlu anda minum setiap hari. Lebihan air akan menyebabkan tekanan darah naik, jantung terpaksa berkerja lebih dan menambah tekanan kepada rawatan dialisis.

Selain daripada air minuman, makanan seperti sup, aiskrim dan buah-buahan juga mengandungi cecair @ air. Minta tips daripada pakar diet untuk cara bagaimana hendak mengawal dahaga.

 

Potasium – mineral potassium boleh ditemui dalam banyak jenis makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Potassium memberi kesan kepada kestabilan degup jantung kita.

Jadi, pengambilan potassium berlebihan boleh jadi bahaya kepada jantung. Untuk mengawal potassium dalam darah, elakkan makanan seperti buah oren, pisang, tomato, ubi kentang dan buah-buahan kering.

Potassium dalam sesetengah sayuran atau buah-buahan boleh dibuang atau dikurangkan dengan cara mengupas kulit dan rendam dalam air yang banyak sebelum dimasak.

Nota: potassium dalam ubi kentang boleh ‘dibuang’ dengan cara merendamnya dalam air.

 

makanan untuk pesakit buah pinggang rosak
Rendam ubi kentang dalam air sebelum memasak untuk menyingkirkan kandungan potassium

 

Fosforus – fosforus boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan kegatalan pada kulit jika diambil secara berlebihan. Jadi, adalah sangat penting untuk mengawal pengambilan fosforus bagi mengelakkan penyakit tulang dan komplikasi berkaitan.

Makanan seperti susu, keju, kekacang mengandungi fosforus yang tinggi dan perlu dielakkan.

 

Garam (sodium klorida) – kebanyakan makanan dalam tin dan sejuk beku mengandungi sodium yang tinggi. Pengambilan makanan tinggi sodium akan membuatkan kita berasa dahaga dan akhirnya kita terpaksa minum air yang berlebihan.

Jadi, cuba untuk lebihkan makanan segar yang biasanya rendah kandungan sodium dan cari produk yang dilabel dengan “rendah sodium.”

 

Protein – sebelum dialisis, doktor mungkin dah beritahu yang anda perlu mengambil diet rendah protein untuk menjaga fungsi buah pinggang.

Tapi sekarang, anda sebenarnya sangat-sangat memerlukan diet protein berkualiti tinggi. Protein membantu untuk membina otot dan memperbaiki tisu-tisu dalam badan.

Protein berkualiti tinggi seperti daging, ikan dan telur menghasilkan bahan buangan yang minima berbanding protein berkualiti rendah. Ia juga membantu mengurangkan kandungan urea dalam darah.

 

Kalori – kalori membekalkan tenaga kepada badan. Sesetengah orang yang sedang dialisis perlu menambah berat badan. Cari jalan untuk mendapatkan kalori dalam diet harian melalui nasihat daripada pakar diet terutamanya mereka yang menghidap kencing manis.

Berhati-hati dengan pengambilan makanan terutamanya makanan / minuman manis.

 

Suplemen – kekurangan banyak vitamin dan mineral mungkin berlaku dalam diet harian anda kerana terlalu banyak makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit buah pinggang rosak yang sedang menjalani dialisis.

Dialisis juga menyebabkan sesetengah vitamin disingkirkan daripada badan. Doktor akan memberikan vitamin dan suplemen mineral yang bersesuaian dengan pesakit buah pinggang.

Elakkan pengambilan suplemen tanpa nasihat daripada doktor.

 

SUPLEMEN UNTUK MENJAGA & MENYOKONG KESIHATAN BUAH PINGGANG

makanan untuk pesakit buah pinggang rosak

 

ESKAYVIE PHYTAX

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

makanan untuk pesakit buah pinggang rosak

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

NOTA PENTING: Kesan tidak tipikal. Hasil adalah berbeza bagi setiap individu.

 

Baca juga: Punca Buah Pinggang Rosak

 

makanan untuk pesakit buah pinggang rosak

 

Tambahan suplemen @ vitamin yang baik sebagai kepada menu makanan untuk pesakit buah pinggang rosak akan dapat membantu menyokong kesihatan.

Anda juga boleh cuba dapatkan buku resipi khas untuk pesakit buah pinggang daripada pakar diet. Nak ikut diet yang ditetapkan untuk pesakit buah pinggang ni mungkin agak susah pada peringkat awal.

Ye lah kan… sebab banyak sangat pantang larangnya… tapi lama kelamaan nanti mesti boleh biasakan diri. Jangan diikutkan sangat nafsu makan tu sebab kesihatan anda jauh lebih bernilai kalau nak dibandingkan dengan makanan-makanan yang tak boleh diambil tu…

NIDDK booklet Kidney Failure: Eat Right to Feel Right on Hemodialysis

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua.

 

 

makanan untuk pesakit buah pinggang rosak

 

Komen Facebook:
Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!