Penyakit buah pinggang kronik (CKD) atau buah pinggang rosak adalah keadaan di mana buah pinggang sudah kehilangan fungsi secara beransur-ansur dari masa ke masa. Apa sebenarnya punca buah pinggang rosak ni sehingga ia menjadi salah satu penyakit yang sangat popular di zaman sekarang?

Adakah penyakit buah pinggang rosak ini boleh dicegah?

Bagaimana?

 

PENYAKIT BUAH PINGGANG (CKD) @ PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK

Penyakit buah pinggang rosak kronik adalah keadaan yang merosakkan buah pinggang anda dan mengurangkan keupayaannya untuk menjaga kesihatan anda. Buah pinggang yang sudah rosak tidak mampu melakukan tugasnya seperti yang sepatutnya.

Baca Bagaimana Buah Pinggang Berfungsi

 

Sekiranya penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk, bahan sisa dalam badan boleh menimbun dengan sangat banyak dalam darah dan membuat anda berasa sakit. Anda mungkin mengalami komplikasi seperti tekanan darah tinggi, anemia (kiraan darah rendah), tulang yang lemah, kekurangan nutrisi yang kronik dan kerosakan saraf.

Buah pinggang rosak juga meningkatkan risiko untuk anda mendapat penyakit jantung dan saluran darah. Masalah ini mungkin berlaku perlahan dalam tempoh masa yang panjang. Penyakit buah pinggang kronik mungkin disebabkan oleh penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan gangguan lain.

Pengesanan awal dan rawatan segera boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang kronik daripada menjadi lebih teruk. Apabila penyakit buah pinggang terjadi, ia akhirnya akan membawa kepada kegagalan buah pinggang, yang memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk mengekalkan kehidupan.

 

punca buah pinggang rosak

 

FAKTA MENGENAI PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK (CKD) @ BUAH PINGGANG ROSAK

  • Malaysia mencatatkan anggaran pertambahan 5,000 orang pesakit buah pinggang setiap tahun.
  • Pengesanan awal dapat membantu mencegah perkembangan penyakit buah pinggang dan kegagalan buah pinggang.
  • Penyakit jantung adalah punca kematian utama bagi semua orang yang ada penyakit buah pinggang rosak kronik (CKD).
  • Kadar penapisan glomerular (GFR) adalah ukuran untuk menentukan fungsi buah pinggang. (Baca lanjut tentang Kadar Bacaan GFR)
  • Tekanan darah tinggi menjadi punca buah pinggang rosak dan buah pinggang rosak juga boleh menjadi punca kepada tekanan darah tinggi.
  • Proteururia berterusan (protein dalam air kencing) bermaksud buah pinggang sudah mengalami kerosakan.
  • Golongan yang berisiko tinggi adalah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan sejarah keluarga yang pernah mengalami kegagalan buah pinggang.
  • Dua ujian mudah dapat mengesan kerosakan buah pinggang: memeriksa tekanan darah, albumin air kencing dan kreatinin serum.

 

APA YANG MENJADI PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK?

2 punca buah pinggang rosak yang utama adalah kencing manis dan tekanan darah tinggi. Kedua-dua punca ini bertanggungjawab sehingga 2/3 daripada kes-kes buah pinggang rosak.

Kencing manis berlaku apabila paras gula darah terlalu tinggi, menyebabkan kerosakan pada banyak organ dalam tubuh anda, termasuk buah pinggang dan jantung, serta saluran darah, saraf dan mata.

Tekanan darah tinggi pula berlaku apabila tekanan darah pada dinding saluran darah anda meningkat. Sekiranya tekanan darah tinggi tidak terkawal, atau kurang terkawal, ia boleh menjadi penyebab utama serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang kronik.

Sebaliknya juga, penyakit buah pinggang rosak boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

punca buah pinggang rosak
Kencing manis & tekanan darah tinggi menjadi 2 punca utama kepada penyakit buah pinggang rosak

Baca Rawatan Buah Pinggang Rosak

 

punca buah pinggang rosak

KEADAAN LAIN YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN BUAH PINGGANG IALAH:

  • Glomerulonephritis, sekumpulan penyakit yang menyebabkan keradangan dan kerosakan pada unit penapisan buah pinggang. Gangguan ini adalah jenis penyakit buah pinggang ke-3 paling popular.
  • Penyakit-penyakit warisan, seperti penyakit buah pinggang polikistik, yang menyebabkan cysts besar terbentuk dalam buah pinggang dan merosakkan tisu sekitarnya.
  • Malformasi yang terjadi ketika bayi berkembang di dalam rahim ibunya. Sebagai contoh, penyempitan mungkin berlaku yang menghalang aliran keluar air kencing yang normal dan menyebabkan air kencing mengalir kembali ke buah pinggang. Ini menyebabkan jangkitan dan boleh merosakkan buah pinggang.
  • Lupus dan penyakit lain yang memberi kesan kepada sistem imun badan.
  • Penghalang yang disebabkan oleh masalah seperti batu karang, tumor atau kelenjar prostat yang membesar pada lelaki.
  • Jangkitan salur kencing yang kerap berulang.

Dah tahu apa punca buah pinggang rosak? Maknanya sekarang anda patut tahu cara mencegahnya juga iaitu dengan cara mencegah puncanya terlebih dahulu.

Amalkan gaya hidup sihat, diet yang sihat dan seimbang, pengambilan nutrisi yang baik dan tidak merokok. Ini adalah perkara asas yang wajib semua orang buat untuk mencegah daripada mendapat penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Kencing manis boleh diibaratkan sebagai pintu kepada penyakit kronik yang lain. Jika anda membiarkan diri anda berada dalam risiko mendapat kencing manis, itu sama saja seperti anda sedang mengundang penyakit kronik seperti buah pinggang rosak untuk bertandang sama.

 

Sokongan untuk kekalkan tahap kesihatan dan cegah daripada punca buah pinggang rosak

 

punca buah pinggang rosak

 

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

punca buah pinggang rosak

 

punca buah pinggang rosak

 

punca buah pinggang rosak

 

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

 

punca buah pinggang rosak

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan (vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Punca Buah Pinggang Rosak & Gagal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!