Bacaan GFR atau kadar penapisan glomerular (Glomerular Filtration Rate) adalah ujian terbaik untuk mengukur tahap fungsi buah pinggang anda dan menentukan tahap penyakit buah pinggang anda.

Doktor boleh mengiranya dari hasil ujian creatinine darah anda, umur anda, saiz badan dan jantina. GFR anda memberitahu doktor tahap penyakit buah pinggang yang anda hidapi dan membantu doktor merancang rawatan yang sesuai.

 

bacaan GFR

 

Sekiranya bacaan GFR anda rendah, buah pinggang anda tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Penyakit buah pinggang yang dapat dikesan lebih awal akan memberikan peluang yang lebih baik untuk melambatkan atau menghentikan perkembangannya.

Baca tentang Tahap Kerosakan Buah Pinggang

 

TAHAP-TAHAP KEROSAKAN BUAH PINGGANG (CKD) & TAHAP GFR

Tahap

Huraian (GFR)

Dalam risiko

Faktor risiko sakit buah pinggang rosak (kencing manis, tekanan darah tinggi, sejarah keluarga, penuaan, keturunan)

Lebih daripada 90

1

Buah pinggang rosak – fungsi masih normal

90 keatas

2

Buah pinggang rosak – kehilangan sedikit fungsi normal

89 – 60

3a

Kehilangan sedikit hingga sederhana banyak fungsi buah pinggang

59 – 44

3b

Kehilangan fungsi buah pinggang sederhana hingga teruk

44 – 30

4

Kehilangan fungsi buah pinggang yang kronik

29 – 15

5 Buah pinggang gagal berfungsi

Kurang daripada 15

Bacaan GFR akan memberitahu anda berapa banyak lagi fungsi buah pinggang yang tinggal.
GFR akan semakin rendah apabila buah pinggang rosak semakin kronik.

 

Apakah yang akan berlaku jika keputusan ujian anda menunjukkan bahawa anda mungkin menghidap penyakit buah pinggang kronik?

  • GFR di bawah 60 untuk 3 bulan atau lebih atau GFR di atas 60 dengan kerosakan buah pinggang (ditandakan dengan kadar albumin yang tinggi dalam air kencing anda) menunjukkan penyakit buah pinggang kronik. Doktor anda akan menyiasat punca penyakit buah pinggang anda dan terus memeriksa fungsi buah pinggang anda untuk membantu merancang rawatan yang sesuai.
  • Biasanya, ujian air kencing juga akan dilakukan untuk memeriksa darah atau albumin (sejenis protein) dalam air kencing. Albumin dalam air kencing dipanggil albuminuria. Darah atau protein dalam air kencing boleh menjadi tanda awal penyakit buah pinggang.
  • Orang yang mempunyai albumin yang tinggi dalam air kencing mereka berisiko mengalami penyakit buah pinggang yang kronik dan kegagalan buah pinggang.

 

Doktor anda juga boleh mencadangkan ujian selanjutnya, jika perlu, seperti:

  • Ujian pengimejan seperti ultrasound atau CT scan untuk mendapatkan gambar buah pinggang dan saluran kencing anda. Ini akan memberitahu doktor samada buah pinggang anda terlalu besar atau terlalu kecil, samada anda mempunyai masalah seperti batu karang dalam buah pinggang atau tumor dan sama ada terdapat masalah dalam struktur ginjal dan saluran kencing anda.
  • Biopsi buah pinggang, yang dilakukan dalam sesetengah kes untuk memeriksa jenis penyakit buah pinggang tertentu, melihat berapa banyak kerosakan buah pinggang yang telah berlaku dan membantu merancang rawatan. Untuk melakukan biopsi, doktor akan mengambil kepingan kecil tisu buah pinggang dan melihatnya di bawah mikroskop.

Doktor juga boleh meminta anda untuk berjumpa pakar buah pinggang yang dikenali sebagai ahli nefrologi yang akan membantu menguruskan kes anda.

 

APAKAH BACAAN GFR NORMAL?

Bagi orang dewasa, jumlah GFR normal adalah lebih daripada 90. GFR menurun mengikut usia, walaupun pada orang yang tidak mengalami penyakit buah pinggang.

Lihat carta di bawah ini untuk purata anggaran GFR berdasarkan umur:

Umur (tahun)

Purata anggaran GFR

20–29

116

30–39

107

40–49

99

50–59

93

60–69

85

70 keatas

75

 

SOKONGAN SUPLEMEN UNTUK KEKALKAN TAHAP KESIHATAN YANG BAIK

 

bacaan GFR

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

 

bacaan GFR

 

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

bacaan GFR

 

bacaan GFR

 

bacaan GFR

 

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

bacaan GFR

 

bacaan GFR

 

Komen Facebook:
Bacaan GFR Ukur Tahap Fungsi Buah Pinggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!