Orang yang nak tahu sejauh mana tahap kesihatan buah pinggang mereka perlu menjalani beberapa ujian dan salah satu daripadanya adalah ujian bacaan creatinine dan GFR (Glomerular Filtration Rate).

 

APAKAH KREATININ?

Creatinine adalah bahan sisa yang dihasilkan daripada proses metabolisma otot dalam badan. Setiap orang mempunyai creatinine dalam aliran darah mereka.

 bacaan creatinine

 

APAKAH TAHAP BACAAN CREATININE NORMAL?

Bacaan creatinine bergantung kepada umur, bangsa, jantina, dan saiz badan anda.

Bolehkah saya mengetahui jika buah pinggang saya berfungsi dengan betul dengan melihat berapa banyak creatinine dalam darah saya?

Tidak. Melihat sejauh mana bacaan creatinine dalam darah anda bukan cara terbaik untuk memeriksa kesihatan buah pinggang anda. Ini kerana tahap creatinine dalam darah dipengaruhi oleh umur, kaum, jantina, dan saiz badan anda. (Dengan kata lain, apa yang dianggap “biasa” bergantung kepada faktor-faktor ini.)

Baca 10 Punca Kerosakan Buah Pinggang

 

Cara terbaik untuk mengetahui jika buah pinggang anda berfungsi dengan betul ialah dengan melihat kadar penapisan glomerulus (GFR) anda.

GFR adalah pengiraan yang merangkumi creatinine anda, bersama dengan umur, jantina, bangsa, dan berat badan anda. Bacaan GFR anda akan membantu anda mengetahui jika anda mempunyai penyakit buah pinggang atau tidak. Anda mungkin mengalami penyakit buah pinggang jika bacaan GFR anda adalah:

  • Di bawah 60 selama tiga bulan
  • Di atas 60 dengan tanda-tanda kerosakan buah pinggang (protein di dalam air kencing adalah tanda kerosakan buah pinggang)
bacaan creatinine
Contoh perbezaan tahap creatinine mengikut umur, jantina & keturunan (sumber: kidney.org)

 

ADAKAH ANDA MEMERLUKAN UJIAN LAIN?

YA, satu lagi ujian penting untuk memeriksa fungsi buah pinggang adalah ujian air kencing. Hanya kira-kira 2 sudu air kencing diperlukan untuk melakukan ujian ini. Air kencing akan dihantar ke makmal, di mana ujian yang dipanggil ACR (nisbah albumin-ke-creatinine) dilakukan.

ACR menunjukkan samada anda mempunyai sejenis protein yang dipanggil albumin dalam air kencing anda atau tidak. Jumlah normal albumin dalam air kencing anda adalah kurang daripada 30 mg/g.

Apa-apa sahaja di atas 30 mg/g mungkin bermakna anda mempunyai penyakit buah pinggang, walaupun bacaan GFR anda melebihi 60.

Ujian ini juga digunakan untuk melihat sejauh mana penyakit buah pinggang seseorang akan menjadi lebih teruk. Ini dipanggil risiko untuk perkembangan. Jumlah albumin yang tinggi menandakan anda ada risiko sakit buah pinggang yang lebih tinggi.

 

bacaan creatinine

 

Komen Facebook:
Bacaan Creatinine Tinggi Boleh Diturunkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!