Penjagaan luka kencing manis bukan hanya sekadar mencuci luka (dressing) atau sapu-sapu ubat sahaja.

Kawalan paras gula dalam darah, pemakanan, gaya hidup semuanya mempengaruhi proses penyembuhan luka kencing manis yang baik.

 

Penjagaan luka kencing manis. Panjang tapi sangat bermanfaat..

  1. PastikanTAHAP GULA < 10 mmol/l
  2. Pergi ke klinik berdekatan dan dapatkan INJECTION LINCOMYCIN 3cc setiap hari selama 3 hari
  3. Disyorkan untuk makan ANTIBIOTIK AUGMENTIN selama 10 hari
  4. Wajib DRESSING setiap hari oleh jururawat professional yang boleh buat wound debridement
  5. Apply KRIM FUCIDIN setiap kali dressing
  6. Amalkan PHYTAX 30cc 2x sehari sejurus sebelum makan pagi dan malam
  7. SENAMAN jalan kaki atas rumput waktu pagi (lancar aliran darah) jika boleh

Langkah penjagaan luka kencing manis di atas amat amat penting untuk dituruti satu persatu.

Luka kencing manis tidak boleh dibuat main-main.

Pertama pastikan gula bawah 10. Pengalaman saya (Dr. Syid Ayob) mencuci dan merawat luka kencing manis, kalau tak jaga kencing manis (paras gulanya atas 10) memang payah nak sembuh. Silap hari bulan kena potong. Ini kerana kuman suka gula dan juga persekitaran yang asidik (gula bersifat asid).

Nak bagi gula tu turun perlukan komitmen pesakit dengan menjaga segala sudut.

Ni cara kawal gula:

Kawalan makanan.

Harus juga jaga makanan seperti nasi, pulut, buah, roti semua ini boleh memberi kenaikan paras gula. Saya (Dr. Syid Ayob) sarankan pengambilan nasi praboiled dan makan sayuran hijau sebanyak mungkin ketika makan nasi. Buah hanya makan seulas dua jika berkeinginan.

  1. Elakkan minuman manis!
  2. Elakkan stres
  3. Tidur yang mencukupi.
  4. Keadaan badan yang kurang sihat seperti demam, cirit birit boleh meningkatkan gula dalam darah.
  5. Kurang minum air kosong juga boleh meningkatkan kadar gula dalam darah.
  6. Sesetengah jenis ubat seperti ubat Prednisolone untuk sendi boleh meningkatkan gula dalam darah.

Perkara di atas harus diambil kira di samping cuba untuk mengekalkan berat badan yang optima bagi mengawal gula dalam darah. Senaman ringan setiap hari amat digalakkan.

Ambil injection Lincomycin atau Dalacin 3cc 3 hari berturut turut. Kena ikut 3 hari tu, sebab ada sesetengahnya ambil sekali je. Ni penting sebab selagi ada jangkitan, memang tak boleh sembuh. Bahayanya bila jangkitan dah masuk dalam tulang. Jadi osteomyelitis memang payahlah.

Orang kena osteomyelitis ni perlu setahun setengah baru nak baik. Itu pun dengan penjagaan rapi. Kalau tak jaga memang akhirnya bahagian tersebut kena potonglah.

Jika demam, anda perlukan antibiotik juga. Antara yang terbaik ialah Augmentin. Memang mahal sikit tapi berkesan. Sesetengah klinik takde ubat ni, dia bagi antibiotik jenis lain cam ampicillin (ni nak jentik kuman pun tak jalan sebab kuman dalam dunia ni dah resistant pada antibiotik jenis ni maksudnya tak lut lagi lah).

Jadi, penting perhatikan nama antibiotik ni. Saya (Dr. Syid Ayob) syorkan pengambilan 5 hari (10 biji dalam satu strip) tapi perlu juga tengok, kadang-kadang 5 hari tu tak cukup especially kalau gula pesakit atas dari 10).

Kena makan terus menerus mungkin sampai 2 atau 3 minggu. Bergantung kepada luka tu. Kalau luka tu nampak bengkak, bernanah, warna tak merah (pudar kusam aje), maka memang kena terus makan antibiotik tu.

Dressing oleh kakitangan yang professional. Ni kena tengok klinik, kadang-kadang nurse yang buat dressing kat klinik tu bukan nurse pun dan takde pengalaman. Ada yang cuma lap-lap aje luka tu. Ini bikin kuman tu geli geleman aje, tak heran dia kata!

Sebenarnya perlukan nurse yang terlatih. Perlu buat wound debridement, kena potong buang yang hitam-hitam dan kuning-kuning tu. Selagi ada tisu tisu mati tu, tisu baru takkan boleh tumbuh. Cuci pakai antiseptik, jangan sekadar normal saline kerana kuman kencing manis ni bukan seperti kuman bagi pesakit yang normal. Kena agressif sikit. Dressing ni kena buat hari-hari. Bukan seminggu sekali.

Penjagaan luka kencing manis memang susah sebab tiap tiap hari kena pergi klinik tapi itu lah hakikatnya.

Selepas dressing, last skali sapu Fucidin ointment. Ni pun penting sebab kalau sapu ointment biasa biasa kadang-kadang tak jalan jugak.

Amalkan minum PHYTAX. Ini pun penting juga dari sudut tempoh istiqomahnya. Luka kencing manis kalau ikut pengalaman saya (Dr. Syid Ayob) kadang-kadang ambil masa 2-3 bulan nak sembuh. Jadi, kalau baru sebotol, makan sekali sehari pastu lupa makan sekali sekala, memang payahlah jugak.

Nak harap miracle memang tak boleh sebab kuman kencing manis ni garang-garang tahap pendekar Hang Tuah semuanya!!!

Langkah penjagaan luka kencing manis yang akhir sekali ialah senaman, ini juga penting bagi melancarkan aliran darah. Kalau tak larat, cuba lah gerak-gerak sikit sebab nak bagi darah lancar, baru mudah Phytax nak sampai ke kawasan yang luka tu. Kalau dapat berjalan pusing keliling rumah pun ok dah.

Jangan lupa, banyak-banyaklah berdoa kerana hanya Allah yang menentukan dan Dialah yang Maha Penyembuh.

Kalau luka tu bengkak dan bernanah terutama berdenyut sakit waktu malam, itu tanda jangkitan masih ada dan/atau gula masih diatas 10mmo/l.

NOTA: Tips di atas adalah berpandukan kepada konsultasi daripada Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Doktor Perubatan Bertauliah & Formulator Produk Eskayvie.

 

Baca juga: Suplemen Untuk Tambah Tenaga

penjagaan luka kencing manis

 

penjagaan luka kencing manis

 

penjagaan luka kencing manis

 

penjagaan luka kencing manis

 

 

penjagaan luka kencing manis

 

 

Komen Facebook:
Penjagaan Luka Kencing Manis Yang Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!