Ada banyak jenis madu di pasaran. Ada madu asli, madu diproses, madu tiruan! Tahukah anda terdapat perbezaan madu asli dan tiruan yang diproses atau madu olahan yang sangat mengejutkan yang masih ramai tak tahu.

Jom! baca ni ye..

perbezaan madu mentah

 

MADU ASLI DAN DEBUNGA LEBAH (BEE POLLEN)

Perbezaan madu asli dan tiruan (madu diproses)

Madu asli dengan madu diproses memiliki banyak perbezaan. Tapi tak ramai orang yang tahu dan faham tentang perbezaan ini. Dengan mengetahui perbezaan ini, maka akan lebih mudahlah untuk menentukan pilihan madu yang baik.

Terdapat banyak madu lebah komersial tidak mengandungi debungan lebah (bee pollen) dan kurangnya vitamin penting yang sepatutnya ada didalam madu. Kandungan enzim-enzim lebah juga adalah antara khasiat madu mentah yang hilang akibat proses pempasteuran dan penapisan.

Proses yang dilakukan keatas madu lebah yang masih mentah akan mempengaruhi kandungan nilai nutrisi dan juga menghilangkan serbuk debunga lebah (bee pollen) semulajadi pada larutan madu mentah.

Fakta mengejutkan tentang perbezaan madu asli dan tiruan yang diproses pasti akan dapat membantu anda apabila ingin memilih madu sebagai suplemen @ pengganti gula semulajadi.

 

PERBEZAAN MADU ASLI DAN TIRUAN YANG DIPROSES (MADU OLAHAN)

Kebanyakan madu yang berwarna emas dan jernih yang anda lihat di jual dimana-mana cenderung sudah mati dan tidak lagi memberikan manfaat kesihatan atau pembekal tenaga yang sepatutnya.

Perbezaan madu asli dan tiruan  yang diproses ini sangat signifikan. Berikut adalah perbezaan madu asli dan tiruan yang diproses / olahan :

 

 

MADU ASLI MENGANDUNGI DEBUNGA LEBAH (BEE POLLEN)

Di Amerika Syarikat (USA), Food and Drug Administration (FDA) mengatakan bahawa setiap produk yang telah disaring (filter / tapis) secara “Ultra” dan tidak lagi mengandungi debunga lebah (bee pollen) tidak disebut madu.

Penyaringan Ultra Madu Diproses

Penyaringan Ultra (Pasturized Process) adalah prosedur teknologi tinggi untuk menyaring (menapis) madu dimana madu akan dipanaskan, kadang-kadang disiram hingga turun dan kemudian dipaksa pada tekanan tinggi melalui filter yang sangat kecil untuk menghapuskan debunga lebah (bee pollen), yang merupakan satu-satunya tanda sangat mudah mengidentifikasi sumber madu. Ini adalah spin – off daripada teknik yang telah disempurnakan oleh Cina.

Kenapa Bee Pollen Dihapuskan?

Dengan melakukan penyaringan ultra berulang-ulang, ia akan menjadikan madu lebih bersih, jernih, berkilat dan kelihatan menarik. Tetapi adakah penyaringan ini memang harus dilakukan?

Bee Pollen atau debunga lebah sendiri adalah komponen penting dan sebahagian daripada madu sebagai produk lebah itu sendiri. Madu yang mengandungi bee pollen semulajadi ini menjadikan madu tersebut lebih kaya dengan kandungan nutrisi yang sangat diperlukan dan bermanfaat untuk kesihatan.

Jika tujuannya hanya untuk membuatkan madu menjadi lebih jernih, berkilat dan produk-produk madu diproses yang lebih ada ‘standard’ komersial. Adakah ia harus sampai menghilangkan dan mengurangkan manfaat madu kerana telah diproses?

Penghapusan semua debungan lebah (bee pollen) dari dalam madu “tidak masuk akal” jika tujuannya hanyalah untuk membuatkan madu kelihatan lebih menarik. Bukan pandangan mata yang penting tapi khasiat semulajadi madu lebih harus diutamakan.

 

MADU ASLI MENGANDUNGI ANTI-KULAT DAN ANTI-VIRAL

Madu mengandungi zat anti-viral, anti-kulat dan anti-bakteria. Pengolahan/pempasteuran madu akan mempengaruhi kandungan zat anti-viral, anti-kulat dan anti-bakteria madu. Kandungan zat-zat ini akan hilang jika madu diproses. (http://www.preventdisease.com).

 

ANTI CARSINOGENIC MADU MENTAH

Madu asli mengandungi zat anti-kanser (anti-carsinogenic) yang sangat efektif dan efisien untuk mencegah penyakit kanser. Madu asli juga dapat mencegah sel-sel kanser daripada merebak menjadi lebih parah dan ganas. Pada madu proses, zat carsinogenic ini akan berkurang ataupun hilang terus. Ini membuatkan anda kehilangan manfaat madu yang sepatutnya.

 

MADU ASLI MENINGKATKAN SISTEM IMUN SEMULAJADI TUBUH

Kandungan zat anti-bakteria seperti hidrogen peroksida akan mematikan dan mecegah bakteria dan kulat daripada berkembang biak dan hidup pada madu asli. Madu secara semulajadinya mengandungi propolis yang juga adalah zat anti-bakteria pada madu.

Madu asli dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh secara semulajadi dan signifikan tanpa resistance. Inilah perbezaan antibiotik pada madu dengan antibiotik kimia. Dengan mengamalkan madu asli secara betul, sistem imun akan lebih kuat untuk mencegah serangan penyakit.

 

perbezaan madu asli dan tiruan

 

MADU SECARA SEMULAJADINYA MENGANDUNGI ROYAL JELLY

Royal jelly adalah makanan istimewa buat ratu lebah yang kaya dengan nutrisi semulajadi yang terdapat pada madu asli. Madu yang telah diproses tidak lagi mengandungi royal jelly.

 

MADU STABILKAN / MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH

Inilah perbezaan madu asli dengan madu diproses, dimana madu asli akan menjadi sumber tenaga yang baik dan mampu menstabilkan paras gula dalam darah. Madu yang telah diproses sangat tidak baik kerana ada gula tambahan yang bukan semulajadi daripada madu lebah itu sendiri. Madu diproses tidak sesuai untuk pesakit diabetes.

Baca juga: Luka Kencing Manis Berjaya Sembuh & Kaki Selamat Dari Kena Potong

 

STRUKTUR AIR MADU ASLI SEAKAN BENTUK SARANG LEBAH

Bentuk struktur air semulajadi pada madu asli adalah seakan bentuk sarang lebah (honeycomb). Bentuk segi enam yang kelihatan pada madu asli merupakan ciri tersendiri madu. Ia lebih jelas jika dilihat dibawah mirkoskop.

 

Apa akan terjadi kepada badan apabila anda mula mengamalkan madu asli?

Tonton video di bawah

 

 

perbezaan madu asli dan tiruan

 

perbezaan madu asli dan tiruan

 

MADU ASLI ESKAYVIE ASHWA SUMOR HONEY

Rasakan Keunikan Madu Sumor Asli dari Yaman.

Dihasilkan eksklusif daripada nektar pokok Sumor (Acacia Tortilis), spesies asli yang berkembang subur di padang pasir Hadramaut, Yaman, madu sumor menawarkan manfaat kesihatan yang tiada tandingan dalam setiap titisan kemanisannya.

Ashwa Sumor Honey merupakan madu sumor tulen 100% tanpa gula tambahan yang dibuktikan dengan ujian klinikal, memberi nikmat serta manfaat kesihatan asli yang luar biasa.

Kaya dengan kandungan vitamin, flavonoid, dan asid fenolik, Ashwa Sumor Honey membantu menguatkan sistem imun tubuh, meningkatkan kesegaran badan bagi menjamin fungsi keseluruhan badan yang optimal.

Madu Sumor sangat terkenal dengan kualitinya yang premium. Tidak hanya memberikan rasa yang lazat, ia juga memberi manfaat kesihatan yang melimpah.

Diperkaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan semula jadi, Madu Sumor merupakan sumber nutrisi luar biasa bagi tubuh anda. Jom teroka khasiat Madu Sumor

  • Mempunyai sifat antibakteria & antimikrob
  • Melegakan batuk & sakit tekak
  • Memberi tenaga pada tubuh
  • Menyokong sistem imun lebih kuat

Tak perlu terbang jauh untuk nikmati keunikan alam dari Yaman ini, dapatkan Ashwa Sumor Honey sekarang!

 

perbezaan madu asli dan tiruan

 

Komen Facebook:
Perbezaan Madu Asli Dan Tiruan Yang Mengejutkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!