Kecantikan itu bermula dari dalaman. Untuk kekal sihat, cantik dan bertenaga hormon wanita memainkan peranan penting. Ada juga beberapa petua kesihatan dalaman wanita yang anda boleh amalkan.

Baca perkongsian saya ni sampai habis yer.

 

PENGARUH HORMON DALAM HIDUP WANITA

Estrogen adalah hormon yang berperanan penting dalam perkembangan ciri seksual dan sistem peranakan wanita.

Bermula usia 35 tahun, hormon ini akan mula menurun sehinggalah seorang wanita itu mencapai peringkat menopause.

Keadaan ini akan menyebabkan wanita mula mengalami pelbagai perubahan berkaitan seksual seperti kurang bertenaga, kitaran haid mula terganggu, keinginan seksual mula menurun dan aset-aset kewanitaan akan mula mengendur.

 

MEMPERKENALKAN FITOESTROGEN

Kajian menunjukkan masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan fitoestrogen iaitu estrogen dari tumbuhan. Ia bermanfaat bagi wanita dalam menyeimbangkan semula hormon kewanitaan terutamanya bagi mereka yang sedang hampir menopause.

Fitoestrogen menawarkan alternatif semula jadi kepada wanita berbanding estrogen sintetik yang digunakan dalam terapi penggantian hormon di hospital.

Manfaat dari sumber herba asli ini sesuai untuk:

  • Kesan awet muda dan melambatkan penuaan
  • Tingkatkan tenaga wanita
  • Anjalkan kulit payudara yang kendur
  • Mengembalikan keperawanan
  • Tingkatkan keinginan dan kepuasan seksual
  • Atasi masalah senggugut
  • Atasi simptom menopause

Dimana nak dapatkan fitoestrogen ni? Saya kongsikan nanti dibawah ye..

 

PETUA KESIHATAN DALAMAN WANITA

Berikut adalah beberapa petua penjagaan kesihatan dalaman bagi wanita:

1. Minum Air Lemon Suam Diwaktu Pagi: Amalkan minum segelas air lemon suam pada waktu pagi. Ia dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan memberi vitamin C kepada tubuh.

2. Amalkan Senaman Kegel: Latihan Kegel membantu menguatkan otot-otot miss V, menjaga keseimbangan saluran kencing, dan kesihatan dalaman.

3. Pilih Makanan Berkolagen: Makanan seperti ikan, ayam, kacang, dan sayur-sayuran hijau membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, yang penting untuk kulit, sendi, dan organ dalaman. Pengambilan suplemen kolagen yang baik juga boleh dijadikan sebagai sokongan. (Baca juga: Kolagen Untuk Awet Muda)

4. Amalkan Senaman Pernafasan: Latihan pernafasan dapat membantu mengurangkan tekanan dan stres, meningkatkan kesihatan paru-paru, dan menyokong fungsi sistem imun.

5. Makan Fermented Food: Makanan yang telah difermentasi seperti yogurt dan kimchi mengandungi probiotik yang baik untuk kesihatan sistem pencernaan.

6. Minum Teh Herba: Teh herba seperti teh peppermint atau chamomile boleh membantu mengurangkan kembung dan masalah pencernaan.

7. Tidur Malam Yang Cukup: Pastikan tidur cukup dan berkualiti setiap malam, kerana tidur yang baik penting untuk pemulihan badan. (Baca juga: Cara Atasi Susah Tidur Malam)

8. Jaga Stres: Amalkan teknik pengurangan stres seperti meditasi, yoga, atau aktiviti seni untuk menjaga kesejahteraan mental dan kesihatan dalaman.

9. Berunding dengan Pakar Kesihatan: Jika anda menghadapi masalah kesihatan dalaman yang serius, sentiasa berunding dengan doktor atau profesional kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang betul.

Ingatlah bahawa setiap individu adalah unik, jadi pastikan untuk memilih petua yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kesihatan anda.

 

SUPLEMEN SOKONGAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA

Reverse Capsule 340mg adalah jamu moden yang merupakan solusi keanggunan wanita. Ia dirumus khas untuk wanita yang mudah letih, tidak bertenaga, keinginan seksual menurun dan sering dilanda stres.

Kunci utama kaum wanita adalah kestabilan hormon. Terutamanya hormon estrogen yang boleh bantu meningkatkan ketumpatan tulang dan boleh mempengaruhi kelembapan kulit serta mencegah kedutan kulit wanita.

Reverse mengandungi sumber fitoestrogen yang diperoleh dari hutan Khatulistiwa seperti Ubi Bidadari Putih (Pueraria mirifica), Kacip Fatimah (Labisia pumila) dan Shatavari (Asparagus racemosus).

 

Manfaat Reverse Capsule:

  • Kesan awet muda
  • Mengatasi simptom menopause seperti sakit kepala, susah tidur, perubahan mood dan gangguan emosi
  • Meningkatkan libido (keinginan seksual)
  • Mengatasi tekanan, stres dan kemurungan
  • Mengatasi masalah rambut gugur
  • Meredakan senggugut
  • Mengatasi keputihan
  • Menganjalkan payudara & punggung
  • Mengetatkan miss V
  • Mencegah cyst / fibroid

 

Klik gambar di bawah untuk LIHAT TESTIMONI

 

petua kesihatan dalaman wanita

 

petua kesihatan dalaman wanita

Amalkan petua kesihatan dalaman wanita yang baik dan dapatkan juga sokongan suplemen yang betul untuk kekalkan kewanitaan anda tanpa mengira usia.

WhatsApp saya untuk dapatkan Reverse Capsule

 

petua kesihatan dalaman wanita

 

Komen Facebook:
PETUA Kesihatan Dalaman Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!