Adakah anda seorang pengguna produk skin care premium?

Jika Ya…

Adakah produk skin care premium anda itu 100% semulajadi?

Adakah produk skin care premium anda itu dijamin keselamatannya?

Adakah ia 100% bebas daripada bahan kimia berbahaya mahupun yang diragui statusnya?

Adakah ia 100% vegan?

Adakah testimoni produk tersebut hanya sekadar testimoni biasa atau telah melalui ujian klinikal terperinci?

Adakah ia dikeluarkan oleh syarikat pengeluar yang mempunyai reputasi cemerlang?

 

Jika Ya… well done!… anda seorang yang bijak memilih… teruskan mengguna produk tersebut & be beautiful..

 

Jika Tidak…

Anda seharusnya bertukar kepada produk skin care premium yang mempunyai ciri-ciri seperti soalan saya di atas tadi.

 

Kenapa?

Produk skin care premium tidak murah. Anda perlu melaburkan sejumlah wang untuk memilikinya. Jadi, anda sewajarnya mendapat hanya yang terbaik & paling berkualiti sahaja.

TAPI… jika anda mahu menukar produk skin care premium anda kepada yang lain… jenama yang mana pula patut anda pilih?

Jangan risau… pencarian anda bakal terhenti di sini kerana saya bakal memperkenalkan anda dengan rangkaian produk YOUTH daripada Shaklee.

 

Kenali Shaklee

 

produk skin care premium

PRODUK SKIN CARE PREMIUM UNTUK KULIT ORANG MALAYSIA & ASIA

Anda tak perlu ragu-ragu untuk memilih YOUTH. Walaupun YOUTH baru saja dilancarkan di Malaysia pada awal bulan Mac 2018 tetapi sebenarnya YOUTH sudah melalui pelbagai proses ujian klinikal dan kajian saintifik yang ketat sejak 8 tahun yang lepas di makmal Shaklee di US.

Selepas 8 tahun, barulah Shaklee berpuas hati dengan YOUTH dan melancarkannya ke pasaran Malaysia.

Untuk makluman anda, ujikaji keatas YOUTH dijalankan oleh kumpulan saintis bertauliah Shaklee dengan kerjasama pakar kulit antarabangsa. Kumpulan Saintis ini pula adalah kumpulan saintis yang hanya dikhaskan untuk mengkaji produk bagi pasaran Malaysia sahaja.

 

produk skin care premium
Barisan Saintis Shaklee bersama Mr. Roger Barnett di hadapan Dr. Forrest C. Shaklee Innovation Center

 

Menariknya, salah seorang daripada pakar kulit yang terlibat dengan ujikaji tersebut pernah bertugas selama bertahun-tahun dengan satu jenama produk skin care antarabangsa terkenal (saya tak akan sebutkannya disini bagi mengelakkan kontroversi). Beliau berkata yang beliau belum pernah melihat dan menjalankan ujian seketat ujikaji YOUTH dalam menghasilkan produk skin care.

Shaklee memang tidak akan bertoleransi dengan tahap keselamatan & keberkesanan semua produknya tak kira samada suplemen, produk penjagaan rumah dan termasuklah skin care YOUTH ni.

 

 

JOM KENALI KEHEBATAN PRODUK SKIN CARE PREMIUM – YOUTH SHAKLEE

 

PENCUCI MUKA – LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Ia adalah pencuci muka 3-dalam-1, tidak mengandungi sabun dengan pH-seimbang. Luminous Gel Oil Cleanser menggabungkan campuran vitamin yang dipaten serta polifenol dan ekstrak alga hijau untuk memperhalus kulit dengan lembut, menyuci, dan menyediakan (prepare) kulit anda untuk langkah seterusnya.

Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda dengan penuh yakin.

Bahan-bahan Utama Luminous Gel Oil Cleanser:
Vital Repair+®, Ekstrak Anggur Muscadine & Ekstrak Alga Hijau yang menghaluskan.

produk skin care premium

TONER – PERFECTING SKIN TONER

Perfecting Skin Toner YOUTH mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati yang menjadi punca kepada kulit kusam dan ejen pencemar persekitaran untuk membuatkan anda tampil lebih cerah berseri.

Perefcting Skin Toner YOUTH mampu melakukan lebih daripada toner biasa dalam membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang lebih bersih berseri.

Bahan-bahan Utama Perfecting Skin Toner:
Vital Repair+®, Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Alga Hijau

 

produk skin care premium

SERUM – YOUTH ACTIVATING SERUM

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel.

Youth Activating Serum mengandungi campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex yang sudah terbukti berkesan melalui ujian klinikal yang Shaklee jalankan.

Ia berfungsi untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda lebih muda remaja dan memiliki keserian yang unggul.

Bahan-bahan Utama Youth Activating Serum:
YOUTH Complex dengan Stem Sel Epal Swiss, Lotus Japonicus, Vitamin A.

 

skincare paling berkesan

KRIM PELEMBAP / KRIM SIANG – AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50

Selain daripada memberi kelembapan, Age Defense Moisturizer SPF50 ini juga melindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF50 UVA/UVB.

Vitamin dan botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaik penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Kenapa perlu SPF50?

Kerana matahari di Malaysia sangatlah terik dan membakar. SPF yang rendah tak mampu untuk memberi perlindungan yang sepatutnya kulit kita dapat.

Bahan-bahan Utama Age Defense Moisturiser SPF50:
SPF50, Vital Repair+® Complex, Ekstrak Anggur Muscadine

produk skin care premium

KRIM MALAM – ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT

Ekstrak Alga Marin, ekstrak Anggur Muscadine dan Lotus Japonicus serta antioksida lain yang terkandung dalam Advanced Renewal Night Cream – Light ini akan menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa anda tidur. Indahnya kan?..

Campuran botanikal khas YOUTH akan membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, anjal, licin dan cerah.

Bahan-bahan Utama Advanced Renewal Night Cream:
Vital Repair+® Complex, Ekstrak Schisandra Chinensis, Ekstrak Lotus Japonicus

 

produk skin care premium

RADIANCE C+E

Radiance C+E adalah produk yang sangat istimewa dalam rangkaian produk skin care premium YOUTH. Ia mengandungi 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi bagi membantu untuk menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan pada kulit.

Radiance C+E mampu mengurangkan kehadiran bintik penuaan, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Radiance C+E tersedia dalam bentuk kapsul individu yang mudah digunakan. Ia adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, 100% vegan, terbiodegradasi dan diformulasi tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama Radiance C+E:
20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi

 

produk skin care premium

 

MENGAPA PRODUK SKIN CARE PREMIUM YOUTH BERBEZA DARIPADA JENAMA LAIN?

Rangkaian produk skin care permium YOUTH® menawarkan produk yang terbukti secara klinikal yang dihasilkan secara harmoni dengan alam semulajadi. Shaklee menjamin anda bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan kulit secara dramatik dengan YOUTH, tetapi 100% dijamin dapat membuat usia kulit anda menjadi 1 dekad lebih muda.

 

Mampukah YOUTH Shaklee membuatkan kulit anda menjadi lebih muda?

YA!

Produk skin care premium YOUTH dibangunkan oleh pakar kulit world class di makmal Shaklee di US. Indeks Usia Kulit (Skin Age Index) yang dibangunkan oleh kumpulan pakar ini digunakan untuk mengukur penampilan tanda-tanda utama penuaan kulit dengan data klinikal.

 

APAKAH DIA INDEKS USIA KULIT (SKIN AGE INDEX)?

Indeks Usia Kulit adalah satu bentuk formula ujikaji yang digunakan untuk mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta terhadap:-

  • KEDUTAN KULIT
  • SAIZ PORI
  • TONA KULIT
  • KEANJALAN
  • TEKSTUR KULIT
  • HIPERPIGMENTASI
  • SERI KULIT
  • KEKENDURAN

 

produk skin care premium

 

Kesemua produk skin care premium YOUTH dihasilkan tanpa 1,500 bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang boleh diragui atau mungkin dipersoalkan tahap keselamatannya.

Tak sama seperti produk-produk lain yang lama-kelamaan berpotensi memberi impak kepada anda dan planet kita.

Shaklee telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap bahan botanikal barunya, iaitu sebanyak 3 kali ganda berbanding ujian yang diperlukan.

Shaklee melangkaui yang lain dalam aspek ini.

Malah, Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produknya dijamin selamat.

 

Hasilnya!

produk skin care premium

 

HASIL KLINIKAL TANPA KOMPROMI ™ SHAKLEE

Shaklee telah membuktikan bahawa anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan kesucian (purity) untuk mendapatkan keberkesanan produk. Hasil penggunaan YOUTH Shaklee ini juga telah melalui ujian klinikal terperinci dan ia bukan hanya sekadar testimoni biasa.

Produk skin care premium YOUTH Shaklee adalah 100% vegan.

 

PRODUK SKIN CARE PREMIUM DENGAN KUASA BOTANI

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan 8 paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara khusus untuk menangani pelbagai faktor penuaan kulit, samada ianya akibat daripada cara hidup anda, kerosakan persekitaran mahupun penuaan semulajadi.

 

BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM YOUTH SHAKLEE

 

produk skin care premium

LOTUS JAPONICUS

Patent-pending YOUTH Complex, yang diinfus dengan Lotus Japonicus bagi mengaktifkan protein utama untuk menjana semula sel-sel kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin bagi menegangkan dan menganjalkan kulit secara semulajadi.

Gabungan YOUTH Complex Lotus Japonicus dengan ekstrak buah Schisandra Chinensis yang secara struktural membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit.

 

produk skin care premium

EKSTRAK STEM SEL EPAL

Kajian menunjukkan bahawa Ekstrak Stem Sel Epal mampu mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit agar kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mampu mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut lebih lama.

 

produk skin care premium

EKSTRAK BUAH SCHISANDRA CHINENSIS

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan serta kegatalan kulit.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ekstrak  buah Schisandra Chinensis mampu menyokong struktur kulit muda kerana ia akan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidannya.

 

produk skin care premium

ANGGUR MUSCADINE

Paten-pending polifenol anggur muscadine yang terdapat dalam setiap produk YOUTH mampu melindungi dan memperbaiki sel DNA dalam kulit anda sambil menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

VITAL REPAIR® + COMPLEX

Multi-paten Advanced Vital Repair + Complex menyediakan nutrien antioksidan dan vitamin penting untuk menghalang serangan radikal bebas yang merosakkan kulit. Ia juga menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat.

 

 

BEBAS BAHAN KIMIA MERBAHAYA & DIRAGUI 

YOUTH bukan sekadar hanya bebas daripada Paraben atau merkuri. YOUTH bebas daripada 1,500 bahan kimia merbahaya dan juga yang diragui tahap keselamatannya. Untuk menyenaraikan kesemua 1,500 bahan tersebut mungkin terlalu panjang, tapi berikut adalah sebahagian daripadanya.

produk skincare terbaik

 

LIHATLAH SENDIRI EFEK YOUTH YANG SANGAT WOW PADA MEREKA

 

 

ANDA MEMBAYAR UNTUK PRODUK PREMIUM

Shaklee bukan produk yang dibancuh dan diadun di belakang rumah dan kemudian di bungkus sendiri untuk jualan.

Produk Shaklee adalah hasil kajian sains bertahun-tahun, setiap satu bahan yang digunakan melalui minimum 350 ujian keselamatan, keberkesanannya dibuktikan dengan data klinikal & Landmark Study.

Produk Shaklee memiliki standard dan kelas yang sangat tinggi.

Jadi, sila jangan bandingkan harga produk Shaklee dengan jenama murahan lain.

Ia sama saja seperti anda membandingkan harga sebuah kereta Ferrari dengan kereta Kancil.

Jika anda benar-benar mahu dapatkan semula kulit muka yang cantik & sihat, anda perlu bersedia untuk melaburkan sejumlah wang.

 

ORDER SET YOUTH ANDA SEKARANG!

HARGA SET YOUTH BERMULA DARIPADA RM900.00 (4 produk) – RM1,400.00 (6 produk)

WhatsApp “YOUTH” ke 019-7071977 sekarang untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat DISKAUN hebat & PULANGAN TUNAI apabila membeli YOUTH

Nota penting: pengambilan nutrisi & suplemen seperti Kolagen, Protein & Vitamin C bersama penggunaan produk skincare YOUTH akan membantu mempercepatkan proses baik pulih kulit.

 

produk skin care premium

 

Komen Facebook:
Produk Skin Care Premium Khas Untuk Orang Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!