Ramai orang yang ada selalu diserang sakit kepala dan migrain kan? Migrain boleh dikatakan penyakit biasa. Selalu sangat dengar. Tau tak apa punca migrain dan cara mengatasinya?

Walaupun punca migrain ni tak dapat dikenalpasti dengan tepat, tapi ada beberapa perkara yang boleh menjadi faktor penyumbang. Faktor-faktor ni pula memang selalu dialami oleh diri kita sendiri atau orang-orang di sekeliling kita.

 

Ini termasuklah:

Tak cukup tidur atau tidur tak berkualiti – selalu tidur lewat, badan letih tapi mata tak boleh lelap, tidur sering terganggu memang boleh mengundang sakit kepala, migrain dan kelesuan. Letak kepala atas bantal, lepas 1 jam pun belum tentu dapat lena. Bila dah terlena, kerap terjaga pula dan susah nak lelapkan mata semula. Siapa ada masalah macam ni?

Perubahan hormon – hal yang satu ni memang diluar kuasa kita. Susah nak elak tapi masih ‘manageable’ (boleh dikawalselia) kalau kena caranya. Orang perempuan selalu diserang migrain hampir setiap bulan semasa period. Ramai juga yang kerap kena migrain semasa hamil atau apabila masuk umur fasa pre-menopause atau menopause.

STRESS! – ni masalah sejagat rasanya kan? Siapa yang tak pernah stress? Memang hebatlah kalau anda tak pernah langsung rasa stress. Tekanan hidup, tekanan di tempat kerja, hal keluarga, perihal kewangan dengan ekonomi yang semakin menghimpit. Arrrgghh!… stress! Bila stress, jadi susah nak tidur, fikiran tak tenang, badan tak cukup rehat. Mulalah rasa lesu, sistem imun jadi lemah. Maka sakit kepala dan migrain pun suka bertandang.

Mengambil kafein secara berlebihan – siapa coffee lover? Orang yang suka kopi, kalau tak dapat kopi dalam sehari boleh buat rasa tak lengkap hidup dia. Boleh je suka kopi. Kaw! pun takpe cuma jangan berlebihan. Selain daripada itu, wajiblah juga kawal pengambilan gula atau susu pekat.

Perubahan suhu persekitaran atau cuaca yang mendadak – cuaca tengah panas terik, tiba-tiba hujan! Atau lepas duduk dalam kereta pasang aircond sejuk-sejuk, kemudian keluar dari kereta nak singgah kedai, kena panas secara mengejut. Haishhhh.. menangkap kepala, berpinar mata. Ini pun boleh jadi punca migrain.

Dehidrasi – siapa selalu gagal bab ni? Ramai! Bukan semua orang mampu konsisten minum air kosong 2 ke 3 liter setiap hari. Lebih-lebih lagi kalau berpuasa. Air kosong yerr. Sirap bandung, air cincau, teh tarik, air tebu semua tu tak dikira tau. Apabila badan tak cukup air (dehydrated), kepala pun mula sakit. Bukan itu je, sistem penghadaman pun jadi tak cantik, selalu sembelit, badan berangin, perut kembung, gastrik, GERD. Usus kotor dan toksin menimbun dalam badan! Haaa.. habis kacau semua. Sembelit bukan hanya membuang air besar kena meneran, yang buang air besar cuma 2 ke 3 kali seminggu pun dikategorikan sebagai sembelit.

Terlalu lama berhadapan dengan skrin komputer atau handphone – tak kerja hadap komputer? Siapa takde Hp zaman sekarang ni? Boleh dikatakan hampir semua orang banyak habiskan masa dengan Hp dan gajet. Samada bersosial media ataupun untuk urusan bisnes online dan kerja. Lama-lama hadap skrin mata jadi pedih dan letih. Ini juga boleh jadi pencetus kepada sakit kepala dan migrain.

Baca juga: Cara Mengatasi Anxiety Disorder

 

CARA MENGATASI MIGRAIN

Apa cara yang anda boleh buat untuk mengatasi migrain ni?

Ok, kita atasi pada puncanya ye. Takkanlah nak telan ubat je setiap kali migrain menyerang?

Ini sama macam Bomba yang kena padamkan api setiap kali berlaku kebakaran tapi punca kebakaran atau langkah mencegah kebakaran tak diambil.

Mula-mula, anda wajib detoks untuk bersihkan dan sihatkan usus, singkirkan toksin dalam badan. Kenapa?

Tengok gambar di bawah ni..

 

punca migrain

 

Seterusnya HEALING!

atasi masalah anda yang berkaitan dengan stress dan tidur dengan MINDTROPIC & NEUSCENTIAL CALME. Dua produk ni anda kena jadikan sebagai BFF anda. Produk yang sangatlah membantu untuk buat anda rasa tenang, rileks, lebih fokus, tidur anda juga akan lebih lena. Bangun pagi dengan rasa energetic dan fresh!

 

punca migrain

 

Apabila anda mengatasi migrain pada punca migrain itu sendiri, TRUST ME hasilnya akan sangatlah membahagiakan.

 

punca migrain

 

punca migrain

 

punca migrain

 

punca migrain

 

 

punca migrain

 

Komen Facebook:
Punca Migrain Dan Cara Mengatasinya Mudah Rupanya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!