Rawatan hypothyroid haruslah dilakukan dengan betul dan anda tidak boleh berhenti separuh jalan kerana banyak komplikasi yang akan berlaku sekiranya hypothyroid tidak dirawat.

Tapi, apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah lebih kepada rawatan simptom hypothyroid dengan cara pengambilan suplemen semulajadi yang baik.

 

KELENJAR TIROID DAN HORMON TIROID

Kelenjar tiroid adalah kelenjar endokrin dalam badan manusia yang terletak di bahagian leher. Kelenjar tiroid ini merembeskan hormone tiroid, yang mengawal keseimbangan kadar metabolik sel tubuh kita, menggalakkan pertumbuhan tubuh badan yang sihat dan sebagainya.

 

rawatan hypothyroid

HYPOTHYROID

Hypothyroid adalah keadaan dimana berkalunya penghasilan hormon tiroid yang rendah dan tidak normal. Masalah endokrin ini biasanya lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki dan insiden ini meningkat apabila seseorang wanita itu meningkat umur terutamanya selepas 50 tahun.

Penyebab hypothyroid termasuklah thyroiditis (keradangan tiroid), kerosakan sel tiroid akibat iodine radioaktif atau pembedahan tiroid, kekurangan iodine yang kronik dan kekurangan thyroid-stimulating hormone (TSH) akibat kepincangan fungsi pituatari.

Memandangkan hormon tiroid diperlukan untuk banyak proses sel, kekurangan hormon tiroid akan menyebabkan banyak simptom pada tubuh seseorang itu seperti:

  • Keletihan
  • Mudah selsema
  • Depresi @ tertekan
  • Berat badan bertambah
  • Mengantuk yang berlebihan
  • Rambut kering & kasar
  • Kulit kering
  • Sembelit
  • Peningkatan tahap kolesterol
  • Hilang daya tumpuan
  • Kelenjar tiroid menjadi besar (bengkak) – hypothyroid kronik

 

RAWATAN HYPOTHYROID

Hypothyroid dirawat menggunakan hormon tiroid (oral) sintetik. Terapi ini akan diawasi selama lebih kurang 6 minggu sehingga ia menjadi stabil.

 

Cadangan suplemen dalam artikel ini adalah berpandukan kepada saranan daripada Pakar Nutrisi Forever Living Products (klik sini: Nutritionist Column)

 

rawatan hypothyroid

SUPLEMEN SOKONGAN UNTUK MEREDAKAN SIMPTOM TIROID (HYPOTHYROID)

ALOE BERRY NECTAR – ekstrak kranberi membantu mengekalkan paras hormon yang baik, termasuk mengawal selia penghasilan hormon thyroid oleh kelenjar thyroid. Anthraquinon Complex yang terdapat dalam aloe vera pula adalah anti-radang yang sangat baik, meredakan kesakitan akibat pembengkakkan kelenjar thyroid. Aloe vera juga berfungsi sebagai agen pengangkut nutrien daripada kranberi terus kepada sel.

FOREVER BEE POLLEN – mengandungi spektrum luas nutrisi termasuk pelbagai jenis vitamin, mineral, asid amino, karbohidrat dan enzim yang membantu keseimbangan kesihatan menyeluruh. Sumber vitamin B Complex yang baik yang sangat penting untuk menguraikan makanan kepada tenaga, membawa kepada tahap metabolisma yang lebih stabil.

FOREVER ROYAL JELLY – mengandungi Phytohormones yang membantu mengawal selia dan menstabilkan hormone. Nucleic Acid dan vitamin B Complex untuk membantu membina sel baru dan kulit yang lebih sihat. 100% semulajadi, tanpa bahan pengawet atau perisa sintetik, mudah diserap dan dihadam.

Baca juga: Tanda-tanda & Rawatan Hyperthyroid

 

APA AKAN TERJADI JIKA RAWATAN HYPOTHYROID TIDAK DIBUAT?

Jika anda menghidap hypothyroid dan ia tidak dirawat dengan betul, banyak masalah kesihatan yang akan berlaku, antaranya:

  • Pembengkakan kelenjar tiroid atau goitre yang boleh menyebabkan kesukaran untuk menelan
  • Peningkatan tahap kolesterol dan risiko serangan jantung
  • Kerosakan saraf, kebas, nyilu dan kesakitan pada tangan, kaki atau mana-mana bahagian yang terlibat
  • Masalah kesuburan
  • Kecacatan janin
  • Keguguran @ kehaliran tidak cukup bulan
  • Gangguan kesihatan mental seperti depresi
  • Myxedema – ancaman nyawa akibat ketegangan terhadap kegagalan untuk bertoleransi terhadap selsema, lethargy dan pening yang boleh membawa kepada tidak sedar diri – myxedema memerlukan rawatan segera!

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda dapatkan rawatan hypothyroid dengan segera dan rawatan haruslah dibuat sehingga anda betul-betul disahkan sembuh oleh pakar yang merawat anda.

 

rawatan hypothyroid

 

Komen Facebook:
Rawatan Hypothyroid (Redakan Simptom Hypothyroid)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!