Bagaimana cara untuk sembuhkan luka pembedahan dengan cepat dan apakah cara penyembuhan yang betul?

Apabila anda berehat di rumah selepas pembedahan, anda perlu memerhatikan luka yang ditinggalkan oleh pakar bedah anda. Ia akan melalui beberapa perubahan dan anda mungkin tertanya-tanya: Adakah ini normal, atau saya mendapat jangkitan?

Jom! belajar serba sedikit tentang bagaimana proses sembuhkan luka pembedahan berlaku dan masa bila anda perlukan bantuan doktor.

 sembuhkan luka pembedahan

 

TAHAP-TAHAP PENYEMBUHAN LUKA PEMBEDAHAN

Untuk sembuhkan luka pembedahan, anda akan melalui 3 fasa berikut:

Fasa 1: Bengkak

Proses pertama menuju penyembuhan bermula dengan segera. Salur darah di bahagian luka pembedahan mula membentuk bekuan untuk menghalang anda daripada kehilangan darah yang terlalu banyak.

Sel darah putih di dalam badan anda bergerak ke bahagian luka. Bayangkan mereka sebagai ejen kawalan jangkitan. Tugas mereka adalah untuk melawan bakteria.

Apabila anda berada dalam fasa ini, yang boleh berlarutan sehingga lebih kurang 6 hari selepas pembedahan, adalah normal untuk melihat kesan kemerahan dan bengkak. Jika anda tidak pasti samada kemerahan dan bengkak tersebut ok atau tidak, sila rujuk denga doktor. Luka anda juga mungkin terasa panas dan ia mungkin menyakitkan.

Nanah yang berbau boleh menjadi tanda bahawa jangkitan telah bermula.

Satu lagi tip: Segeralah berjumpa doktor sekiranya anda merasa kesakitan, kemerahan dan bengkak tidak hilang atau semakin buruk.

 

Fasa 2: Membina semula

Proses penyembuhan ini berlangsung dari 4 hari hingga ke sebulan selepas pembedahan. Parut mula terbentuk pada bahagian luka. Bahagian tepi (keliling luka) juga akan tertarik sama dan anda mungkin dapat melihat penebalan di sana. Bintik-bintik merah juga kebiasaannya akan kelihatan di kawasan luka yang mula mengecut.

Anda mungkin mula merasakan kesakitan yang tajam di kawasan luka anda. Ini menjadi tanda bahawa anda sudah mendapat kembali sensasi pada saraf anda. Kesakitan itu akan berkurangan dari masa ke masa.

 

Fasa 3: Pembentukan semula.

Luka pembedahan anda telah diisi dan permukaan baru telah terbentuk.

Fasa terakhir ini boleh berlangsung dari 6 bulan hingga 2 tahun. Anda akan melihat beberapa perubahan pada parut luka anda. Parut luka akan mula menipis, lebih rata dan kemerahan juga mula hilang.

 

JANGKITAN

Walaupun jarang, tetapi jangkitan memang boleh berlaku. Ia biasanya terjadi dalam bulan pertama selepas pembedahan.

Luka anda mungkin dijangkiti jika:

  • Anda Demam
  • Mengalami proses penyembuhan yang terlalu perlahan
  • Luka bernanah, kemerahan dan kesakitan semakin teruk
  • Luka menjadi lembut, panas dan bengkak

Biasanya, jangkitan di kawasan luka boleh dirawat dengan antibiotik. Sila dapatkan nasihat doktor untuk ini.

 

BAGAIMANA PULA DENGAN LUKA KENCING MANIS?

Semua luka akan melalui fasa penyembuhan yang sama. Tetapi bagi luka kencing manis, adalah sangat perlu bagi anda untuk memastikan paras gula dalam darah anda sentiasa terkawal bagi mendapatkan proses penyembuhan yang lebih cepat.

 

Baca: Rawat Luka Kencing Manis Untuk Elak Kehilangan Anggota Badan

 

Tumpukan juga kepada penyembuhan dalaman kerana luka menyebabkan banyak sel dan saraf yang rosak & terjejas.

Anda tidak boleh gembira jika luka anda hanya kelihatan kering diluar.

 

sembuhkan luka pembedahan

 

LUKA PEMBEDAHAN, LUKA KEMALANGAN & LUKA-LUKA LAIN

Sama juga dengan mana-mana luka, luka pembedahan bersalin @ czer atau apa saja jenis luka perlu dirawat & disembuhkan secara dalaman. Sapuan krim @ spray boleh membantu untuk pengeringan luka secara luaran dan ini sangat membantu bagi memastikan luka sentiasa bersih & kering.

Namun begitu, rawatan luka secara dalaman adalah sama penting dengan penjagaan luaran bagi mendapatkan penyembuhan secara total. Ini juga dapat mengelakkan risiko jangkitan dan kesakitan yang berpanjangan terutamanya di bahagian bawah kulit.

sembuhkan luka pembedahan

 

 

PHYTAX ESKAYVIE

sembuhkan luka pembedahan

 

sembuhkan luka pembedahan

 

sembuhkan luka pembedahan

 

sembuhkan luka pembedahan

 

sembuhkan luka pembedahan

 

WhatsApp ke 019-7071977 untuk membuat pesanan anda dengan segera.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap pengambilan suplemen selepas membuat pembelian.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju sahaja. TIADA COD

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan (vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Sembuhkan Luka Pembedahan Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!