Bagaimanakah cara menghilangkan faraj berbau?

Bau faraj yang tidak normal boleh berlaku dari semasa ke semasa. Walaupun anda mengambil berat dan menjaga kebersihan badan dan faraj anda dengan baik, anda mungkin tetap mengalami bau yang tidak disenangi. Walau bagaimanapun, apa yang tidak normal adalah bau yang berterusan atau kuat.

Faraj mempunyai bau semulajadi dan setiap wanita ada bau berbeza. Bau faraj yang biasa boleh digambarkan sebagai “musky” atau “fleshy.”

Kitaran haid boleh menyebabkan sedikit berbau “metallic” selama beberapa hari. Persetubuhan juga boleh menukar bau buat sementara waktu.

Faraj anda mampu membersih secara semulajadi. Ia secara semulajadi boleh mengekalkan pH yang sihat dan menghalang bakteria yang tidak sihat. Tetapi jika anda melihat perbezaan yang nyata pada baunya, anda mungkin mengalami tanda masalah.

Bau yang kuat, kegatalan dan kerengsaan dan keputihan yang luar biasa adalah tanda-tanda anda mungkin mempunyai masalah lain selain daripada bau faraj yang tidak normal.

 cara menghilangkan faraj berbau

 

7 CARA UNTUK MENGHILANGKAN FARAJ BERBAU

Adakalanya anda mungkin memerlukan bantuan untuk menghilangkan faraj berbau. Teknik-teknik berikut boleh membantu anda secara semulajadi menghilangkan bau faraj yang tidak normal:

Cara menghilangkan faraj berbau #1 – Mengamalkan kebersihan yang baik

Bersihkan bahagian luar faraj secara berkala dengan kain lap dan sabun lembut. Pembersihan akan membasuh kulit mati, pelu dan kotoran. Jangan gunakan sabun wangi untuk mencuci faraj. Bau dan bahan kimia boleh mengganggu pH semulajadi faraj anda.

 

Cara menghilangkan faraj berbau #2 – Gunakan hanya produk deodorizing luaran

Sekiranya anda ingin menggunakan sebarang semburan atau minyak wangi, hanya gunakannya di bahagian luar faraj anda. Jangan masukkannya ke dalam faraj. Ia boleh mengganggu tahap kimia semulajadi faraj anda dan membawa kepada masalah yang lebih besar.

 

cara menghilangkan faraj berbau

Cara menghilangkan faraj berbau #3 – Tukar seluar anda

Sekiranya sebelum ini anda biasanya memakai seluar satin, sutera atau seluar poliester; tukarkannya kepada jenis kain kapas 100%. Kain kapas memberikan aliran udara yang baik dan lebih menyerap peluh.  Kelembapan yang berlebihan boleh mengganggu tahap bakteria semulajadi faraj anda.

 

Cara menghilangkan faraj berbau #4 – Pertimbangkan produk pH

Produk over-the-counter (OTC) mungkin berguna untuk memulihkan pH semulajadi faraj anda. Tetapi jika produk yang anda cuba membuatkan bau faraj kekal atau semakin teruk, sila berjumpa dengan doktor. Anda mungkin perlu menggunakan produk yang berbeza atau mencari alternatif preskripsi yang lebih kuat.

 

cara menghilangkan faraj berbau

Cara menghilangkan faraj berbau #5 – Cuba minyak essential

Rawatan ini mempunyai sedikit penyelidikan perubatan untuk menyokongnya, tetapi bukti anekdot mencadangkan minyak pokok teh, iaitu sejenis minyak essential yang dapat membantu menghilangkan bau faraj. Minyak pati ini mempunyai ciri antimikrobial dan antikulat semulajadi, yang boleh membantu mengurangkan dan menghapuskan bakteria. Campurkan beberapa titisan minyak pokok teh dengan air. Kemudian, gunakan 1 atau 2 drop ke bahagian luar faraj anda. Ulangi langkah ini selama 3 hingga 5 hari. Sekiranya gejala tidak bertambah baik atau bertambah buruk, hentikan penggunaannya.

 

Cara menghilangkan faraj berbau #6 – Berendam dalam mandian cuka

Mandi dengan air panas yang kerap boleh mengganggu pH semulajadi anda. Tetapi satu jenis mandi ini mungkin berguna. Tuangkan 1 atau 2 cawan cuka sari epal ke dalam air mandian panas dan berendamlah selama 20 minit. Cuka secara semulajadi boleh mengurangkan bakteria.

 

Cara menghilangkan faraj berbau #7 – Rawatan Preskripsi

Rawatan preskripsi boleh membantu menghapuskan punca yang menyumbang kepada masalah bau faraj. Sekiranya rawatan di rumah atau OTC anda tidak berjaya, mungkin anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor.

 

BILA ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Jika bau faraj disertai oleh gejala yang tidak normal, anda harus terus berjumpa dengan doktor.

Sebagai contoh, jika bau faraj anda lebih kuat daripada biasa dan menjadi semakin teruk. Begitu juga jika faraj anda berbau hanyir. Bau ini boleh menjadi tanda-tanda kepada masalah kesihatan lain.

Anda mungkin memerlukan ubat atau rawatan preskripsi dari doktor.

Sesetengah keputihan adalah normal. Jika keputihan anda menjadi berlebihan atau keputihan tersebut tidak lagi berwarna jernih, anda mungkin mengalami jangkitan.

Kegatalan sekali-sekala juga adalah biasa, tetapi jika anda mengalami kegatalan faraj yang kerap atau yang terasa menjengkelkan, anda mungkin mengalami tanda-tanda masalah yang lebih besar.

 

PETUA UNTUK MENCEGAH BAU FARAJ DIMASA DEPAN

Sebaik sahaja anda berjaya mengatasi masalah bau faraj yang tidak normal, simpan petua ini untuk menghalang masalah lain kemudian hari.

Pertimbangkan pengambilan probiotik. Probiotik baik untuk melawan bakteria, boleh membantu mengekalkan keseimbangan pH faraj anda. Makanan yang kaya dengan probiotik termasuklah yogurt, kombucha, dan sauerkraut yang tidak dipasteurisasi.

Amalkan makanan seimbang dengan pengambilan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, dan protein tanpa lemak. Diet yang seimbang menjadikan badan yang sihat dan termasuklah kesihatan faraj.

Minum banyak air kosong. Selain daripada baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit, ia juga boleh membantu kesihatan keseluruhan faraj anda dengan menggalakkan peluh dan pembebasan cecair yang sihat.

Elakkan douches (meruang) dan skrub. Anda mungkin fikir kaedah akan membantu menghilangkan bakteria buruk, tetapi sebenarnya ia juga menghapuskan bakteria yang baik.

Cuci faraj anda sebelum dan selepas bersetubuh. Seks boleh membawa bakteria serta bahan asing seperti pelinciran dan spermisida daripada kondom. Cuci faraj sebelum dan selepas seks untuk membantu mengekalkan tahap bakteria semulajadi.

Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat kerana ia menghalang faraj anda bernafas. Oksigen sangat penting untuk kesihatan faraj yang baik.

Pakai seluar dalam daripada kain kapas. Seluar dalam kain kapas menghalang kelembapan berlebihan akibat peluh atau keputihan. Kain sintetik tidak sebaik ini.

 

KESIMPULAN

Rawatan di rumah biasanya dapat membantu mengurangkan bau faraj yang tidak normal dalam masa seminggu. Jika bau tidak hilang, atau jika ia menjadi teruk, anda harus berjumpa doktor. Bau faraj yang kuat boleh menjadi tanda kepada masalah yang lebih besar, yang mungkin tidak dapat dirawat sendiri. Lebih baik berjumpa dengan doktor lebih awal, sebelum masalah menjadi lebih teruk.

 

SOKONGAN SUPLEMEN

Suplemen bukan saja dapat membekalkan nutrisi yang baik kepada badan, ia juga dapat membantu fungsi tubuh menjadi lebih efisien termasuklah keseimbangan hormon yang banyak mempengaruhi pengeluaran keputihan di kalangan wanita.

cara menghilangkan faraj berbau

 

FUNGSI & MANFAAT SUPLEMEN

GLA COMPLEX – Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon estrogen & testosterone.

ALFALFA COMPLEX – Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. (Nota: Wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex)

GARLIC COMPLEX – Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh. Shaklee menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan herba rosemary sebagai antioksidan dan juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi bagi memerangi bakteria.

 

cara menghilangkan faraj berbau

Sebagai tambahan, anda juga digalakkan untuk mengambil vitamin C bagi meningkatkan tahap sistem pertahanan tubuh bagi mengurangkan risiko jangkitan.

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C – Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Baca: Cara Atasi Masalah Keputihan

 

Jika anda sudah berkahwin dan mengalami masalah keputihan hingga menyebabkan faraj berbau, segeralah atasinya sebelum suami komplen.

 

CARA MEMBUAT PESANAN

cara menghilangkan faraj berbau

ATAU

WhatsApp “SET KEPUTIHAN” ke 019-7071977 untuk membuat pesanan dengan segera.

Anda akan diberi konsultasi serta panduan lengkap pengambilan suplemen selepas membuat pembelian.

Pesanan anda akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan.

COD: Ipoh (tertakluk kepada terma & syarat)

 

cara menghilangkan faraj berbau

 

 

Komen Facebook:
Cara Menghilangkan Faraj Berbau: Tips & Rawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!