Anda mengalami masalah keputihan yang serius dan sedang mencari cara yang paling berkesan untuk atasi masalah keputihan tu? Apa sebenarnya cecair keputihan ni?

Vagina akan melepaskan sejenis cecair yang berfungsi sebagai “tukang cuci” atau pembersih penting dalam sistem peranakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam vagina dan serviks membawa keluar bersama sel-sel mati dan bakteria. Ini menjadikan vagina bersih dan membantu mencegah jangkitan.

Kebanyakan masa, cecair yang dilepaskan oleh vagina adalah normal. Jumlahnya juga berbeza-beza. Bau dan warna (warnanya boleh jadi jernih hingga keputiahn), bergantung pada masa dalam kitaran haid anda.

atasi masalah keputihan

 

Sebagai contoh, akan ada lebih banyak pelepasan jika anda sedang subur, menyusu, atau sedang berahi. Bau mungkin berbeza jika anda mengandung atau jika anda tidak menjaga kebersihan diri dengan betul.

Ini semua tidak membimbangkan. Walau bagaimanapun, jika warna, bau, atau konsistensi kelihatan luar biasa, terutama jika ia disertai dengan gatal-gatal atau rasa panas / pedih, anda mungkin sudah terkena jangkitan.

 

APA YANG MENYEBABKAN KEPUTIHAN TIDAK NORMAL?

Perubahan keseimbangan bakteria normal faraj boleh menjejaskan bau, warna, atau tekstur keputihan.

Ini adalah beberapa perkara yang boleh mengganggu keseimbangan tersebut:

  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Vaginosis bakteria – jangkitan bakteria yang lebih biasa pada wanita hamil atau wanita yang mempunyai banyak pasangan seksual
  • Pil perancang
  • Kanser serviks
  • Chlamydia atau gonorrhea (STD), jangkitan seksual
  • Kencing manis
  • Meruang (douches), penggunaan sabun wangi atau losyen, mandi buih
  • Jangkitan pelvik selepas pembedahan
  • Penyakit radang pelvis (PID)
  • Trichomoniasis – jangkitan parasit yang biasanya disebabkan oleh seks yang tidak terkawal
  • Atrofi faraj – penipisan dan kekeringan dinding faraj semasa menopaus
  • Vaginitis – kerengsaan di dalam atau di sekitar faraj
  • Jangkitan yis
atasi masalah keputihan
Warna dan jenis keputihan yang berbeza memberi tanda kepada masalah berbeza juga

Lihat carta di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis keputihan.

Jenis Keputihan

Apa Maksudnya Simptom Lain

Berdarah atau berwarna coklat

Kitaran haid tidak normal, kanser serviks atau kanser endometrial Pendarahan vagina tidak normal, kesakitan pelvik
Keruh atau kekuningan Gonorrhea Pendarahan diantara haid, kerap kencing, kesakitan pelvik
Berbuih, kuning atau kehijauan dengan bau yang busuk Trichomoniasis Sakit dan gatal semasa kencing
Merah jambu Penipisan lapisan uterine selepas bersalin (lochia)
Pekat, putih, bertali Jangkitan yis Bengkak dan sakit disekitar vulva, gatal, sakit semasa hubungan seks
Putih, kelabu atau putih dan berbau hanyir Bakteria vaginosis Gatal atau pedih / panas, kemerahan dan bengkak pada vagina atau vulva

BAGAIMANA DOKTOR MENDIAGNOSIS KEPUTIHAN YANG TIDAK NORMAL?

Doktor akan bermula dengan mengambil kira sejarah kesihatan dan bertanya tentang gejala yang anda alami.

Soalan mungkin termasuk:

  • Sejak bila keputihan tidak normal bermula?
  • Warna keputihan?
  • Adakah terdapat sebarang bau?
  • Adakah anda mengalami rasa gatal, sakit, atau panas / pedih di dalam atau di sekitar vagina?
  • Adakah anda mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual?
  • Adakah anda meruang (douches)?

Doktor mungkin mengambil contoh keputihan atau melakukan Pap test untuk mengumpul sel-sel dari serviks anda untuk pemeriksaan lanjut.

 

BAGAIMANA CARA ATASI MASALAH KEPUTIHAN TIDAK NORMAL?

Bagaimana anda dirawat bergantung kepada apa yang menyebabkan masalah itu.

Sebagai contoh, jangkitan yis biasanya dirawat dengan ubat-ubatan anti-kulat dalam bentuk krim atau gel yang akan dimasukkan ke dalam vagina.

Vaginosis bakteria dirawat dengan pil atau krim antibiotik.

Trichomoniasis biasanya dirawat dengan metronidazole (Flagyl) atau tinidazole (Tindamax).

 

ATASI MASALAH KEPUTIHAN DENGAN SUPLEMEN

atasi masalah keputihan

GLA COMPLEX – Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon estrogen & testosterone.

ALFALFA COMPLEX – Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. (Nota: Wanita hamil tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex)

GARLIC COMPLEX – Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh. Shaklee menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan herba rosemary sebagai antioksidan dan juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi bagi memerangi bakteria.

 

Sebagai tambahan, anda juga digalakkan untuk mengambil vitamin C bagi meningkatkan tahap sistem pertahanan tubuh bagi mengurangkan risiko jangkitan.

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C – Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

 

APA KATA MEREKA YANG DAH DAPAT ATASI MASALAH KEPUTIHAN DENGAN SHAKLEE?

atasi masalah keputihan

atasi masalah keputihan

atasi masalah keputihan

 

Berikut adalah beberapa petua untuk mencegah jangkitan vagina yang boleh mengakibatkan keputihan tidak normal:

  • Pastikan vagina bersih dan dicuci dengan pencuci atau sabun lembut dan air suam.
  • Jangan gunakan sabun dan produk feminin yang wangi, atau meruang (douches). Elakkan semburan feminin dan mandi buih.
  • Selepas membuang air kecil, sentiasa lap dari depan ke belakang untuk mencegah bakteria masuk ke dalam vagina dan akhirnya menyebabkan jangkitan.
  • Pakai seluar dalam kapas 100%, dan elakkan pakaian dalam yang terlalu ketat.

 

atasi masalah keputihan
WhatsApp 019-7071977 untuk info lanjut / order Shaklee
Komen Facebook:
Atasi Masalah Keputihan Yang Gatal & Berbau

One thought on “Atasi Masalah Keputihan Yang Gatal & Berbau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *